12 di sabak bernam - Google Blog Search |
UsTaZaH Ain: Muzium <b>Sabak Bernam</b> Posted: 16 Oct 2013 06:08 AM PDT Bismillah dan Assalamualaikum Alhamdulillah wassolatu a'la Rasulul Amin wa a'la alihi wa sohbihi ajma'in. Setelah berkorban barulah Ustazah mahu menggunting rambut Hamka. Setelah siap, apa lagi Hamka mesti mengajak ke Taman Permainan di Sabak Bernam. Kebetulan hari ini adalah hari bekerja, jadi ustazah menyempatkan diri untuk memasuki Muzium Sabak Bernam yang terletak bersebelahan Taman Permainan. Ini buka pertama kali Ustazah masuk ke sini, jadi kali ini masuk sekadar ingin mengambil gambar sahaja. Apatah lagi Hamka tak betah dek teringat Taman Permainannya yang belum cukup lama baginya bermain walaupun cuma dia seorang tanpa ditemani kakak-kakaknya. Muzium ini terletak di Pekan Sabak Bernam. Kedudukannya di belakang Kolej Komuniti dan bersebelahan dengan Perpustakaan Awam Sabak Bernam. Pada bahagian tepinya terdapat sungai Sabak Bernam. Nyaman suasananya. Muzium ini tidaklah terlalu besar, anda boleh melihat apa yang terdapat di Muzium Sabak Bernam melalui gambar di bawah : |
You are subscribed to email updates from di sabak bernam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan