Jumaat, 4 Oktober 2013

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Bubblynotes: Tree Steak House, <b>Sg</b>. <b>Buloh</b>

Posted: 30 Sep 2013 01:11 AM PDT

Dah lunch kannn??? Tak apa kan??? Cerita pasal makan pula kali ni... ^_^... Yeshhhh!!! Akhirnya, akhirnya, akhirnya, mak buyung dapat juga makan di Tree Steak House setelah sekian lama mengidam... Dan di Tree Steak House ni adalah merupakan tempat makan "western favourite" Cik Puan Bubbly sedari tahun 2006 lagi. Memang setiap kali kalau keinginan tekak tu datang, di sinilah persinggahan Cik Puan Bubbly dan "family" ataupun dengan kawan2... 
Kira2 macam dah lama juga tak jejak sini walaupun agak selalu juga lalu di sini bila pergi ke Bandar Baru Sg. Buloh...^_^... sebabnya bila lalu ada masanya hari tu tutup... ada masanya hari tu ada urusan lain nak kena diuruskan jadi memanjang tak sempat jer lah... 
Tree Steak House ni adalah salah satu restoran "western" yang terbaik pada tekak Cik Puan Bubbly dan juga pada tekak ramai orang kot??? Sebab, Tree Steak House adalah salah satu restoran yang popular di sekitar Sg. Buloh dan juga rasanya bagi penduduk di kawasan Lembah Klang... Kalau tak, tak adalah keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan kan??? Entah bila keluarnya yang tu akak tak pasti... he he he... tau pun restoran ni keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan bila nak membayar di kaunter masa hari tu... 
Kami pergi malam minggu hari tu... dan bila sampai macam biasa "fullhouse"!!! Tak ada "seat"... Jadi, kami menunggulah sekejap...tapi rezeki ibu mengandung gamaknya, penantian tu tak adalah lama sangat...Agaknya kesian "owner" restoran tengok mak buyung berdiri lama... "plus2" muka "wanted" kannn??? Dah kenal...wakakaka.... Alhamdulillah ada rezeki junior... Dan pada malam tu, menu kami adalah... Chendana Chicken Chop... 
Hamik ko, mengidam punya pasal, licin kot pinggan tu... cumanya macam biasa... suami tukang habiskan tomato dan sedikit coleslaw yang berbaki... hu hu hu... "part2" sayur ni memang akak slow sikit...memang sejak azali macam tu...
Sedikit tentang Tree Steak House... Tree Steak House terletak di Kampung Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor. Restoran ini telah beroperasi sejak dari tahun 2003 dan berada di jalan utama ke Kuala Selangor. (Jalan menuju ke rumah akak "uols"), berhampiran dengan kawasan pasar malam Paya Jaras. Chef mereka adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam masakan "western" selama lebih dari 10 tahun.
Dari segi harga??? "Trust me!!!" memang berbaloi dan masih di dalam bajet kemampuan...walaupun mungkin ada antara menu2 tu yang mahal, tapi "uols" takkan menyesal punyalah... Sekali makan mesti nak lagi... ahakss... (beria "promote" walhal bukan dibayar pun....wakakaka...ikhlas la...sebab memang sedap... tempat makan sedap mestilah kongsi kan???"
Siapa2 yang dah pernah makan dan juga "regular customer" macam akak mesti setuju dengan pendapat ni... "but then to those" yang masih belum pernah mencuba...kalau nak rasa dan cuba "uols" bolehlah cuba... Yang uniknya, nama2 menu ikut nama pokok...dah nama pun Tree Steak House kannn??? Sebagai panduan "uols" yang masih belum pernah ke Tree Steak House....
Waktu Perniagaan:
6.00 petang sehingga 12.00 malam setiap hari
Jalan Kuala Selangor, Paya Jaras, Sg. Buloh, Selangor
016-343 6550 (Sham Shaharir)
016-269 0656 (Efiyanti Jaarif)
Bon Appetite!!! ^_^... Yummylicious!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads