Rabu, 2 Oktober 2013

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Ali Pancing: Haruan <b>TANJUNG KARANG</b> - Edisi RENTUNG!

Posted: 01 Oct 2013 07:26 PM PDT

Trip Tanjung Karang lagi... kali ni bertiga dengan Saudara Azizi dan anak lelaki aku yang sulung, si Alip. Seperti biasa bila memancing haruan ni aku akan bermati-matian guna umpan tiruan sebab aku geli nak mampos dengan katak hidup ni... bab ni tak boleh salahkan aku, sebab aku mewarisinya dari ayah yang alergik dengan katak ni...
Trip balik hari ni kitorang mancing sambil main panas je, kebetulan pulak orang rumah Azizi baru lepas bersalin. Tanjung Karanglah menjadi tempat operasi kami. Selain dari jaraknya yang dekat dengan Kolumpo ni, stok haruannya masih boleh dikatakan banyak juga.

Tumpuan kami pada hari tu adalah parit atau tali air di tepi jalan atau sawah padi, dengan memegang prinsip 'di mana ada air, di situlah ada ikan' atau 'kalau ada anak haruan, mesti ada mak bapaknya'. Yang bestnya mancing kat sini ialah kiri kanannya port haruan. Seperti biasa aku masih berdegil dan masih mengharapkan gewang-gewang katak tipu aku tu disergap sang haruan.

Azizi mencuba di satu tali air bersebelahan sawah. Ni time pagi lagi sekitar pukul lapan. Tak terasa lagi panasnya. Boleh la berhuya huyahooo sambil menikmati keindahan alam...
Si Alip first time casting haruan guna katak hidup (Azizi yang tolong cangkuk). Asyik terlepas je, sekali sentap melambung haruan tu tapi tak lekat. Maklumlah, selalu aku ajar guna umpan tiruan. Guna umpan tiruan ni senang sikit nak strike haruan sebab bila dia sergap je confirm mata gewang/katak tiruan tu tertancap kat rahang haruan tu. Guna katak hidup ni nak kena tunggu beberapa saat bila umpan dah dikemam sang haruan, lepas tu baru sentap...

Azizi dapat lesen dulu... banyak strike tak lekat disebabkan saiz haruan yang kecik...
AKU: "Ntah kenapa aku tengok ko hari ni hensem sangat dengan baju Rapala tu..."
AZIZI: "Sekarang ni ko nak guna gewang buruk ko ke atau nak guna katak hidup ni, cakap terus terang je kalau nak mintak tolong cangkuk..."
AKU: "Tolong cangkukkan tuan... kihkihkih..."
Bila dah tengok asyik dia je yang dapat, aku mula ngendeng kat dia tolong cangkukkan katak kat aku... hihihiiiii... tapi kena bahan dulu la! Ntah camana katak yang aku beli tu macam anak katak puru je aku tengok. Kalau katak yang jenis ada muncung selalu orang bagi makan ikan kelisa tu aku tak geli sangat (Ceh! Alasan padu!)

Haa... dah dapat sekor. Kecik je tapi best jugak guna katak hidup ni... Azizi ajar lepas haruan tangkap umpan tu, biar dulu dia bawak tali... agak-agak tiga hingga lima saat baru sentap! Aku sentap bagai nak rak! Nak melambung jugak haruan tu. Nasib baik aku guna set ringan je... sekarang masalahnya, aku nak kena repair balik katak tu macam memula tadi... eeiiiii...

 Si Alip dapat sekor. Ni pun satu hal jugak nak kena betulkan balik katak tu...
Lepas tu kami pun berpesta haruan dalam persekitaran yang semakin panas ni. Yang best mancing kat sini haruannya sentiasa aktif dari pagi sampai petang. Waktu tengahari cam gini paham-paham je la... Presiden Zambia pun tak berani nak berjemur lama-lama macam kami ni.... time tengahari jugak la dia galak makan!
 Akhirnya aku terpaksa menerima hakikat yang haruan pada hari tu tak mau layan gewang atau umpan tiruan seperti trip sebelum ini. Selepas bertukar kepada katak hidup barulah dapat merasa strike yang kasar sikit...

 Time ni kami dah start pakai topi. Panasnya mencicit-cicit ubun kepala. Kalau tak tahan boleh demam dibuatnya... aku tengok Alip cool je, tak merungut panas la... dahaga la... lapar laaa... mungkin dia teruja sebab ni la trip paling jauh aku pernah bawak dia memancing...

 Azizi dengan haruan terbesar hari tu... nak kepit dengan lip grip pun tak boleh sebab rontaannya mematahkan lip grip tersebut... menggelupur atas rumput...

 Layan haruan sebesar ni dengan set ringan camni memang best la. Guna kekili Abu Cardinal 1000, tali sulam 6 paun dengan perambut kejutan 10 paun. Joran aku guna fenwick Eagle Claw yang halus tu...

 Parit atau tali air sekitar kawasan ni masih banyak dihuni haruan lagi. Kami main terjah sahaja mana-mana tali air atau parit yang dirasakan berpotensi. Lepas 10 balingan dibuat jika tiada strike kami akan berpindah port lain pulak...

 Hasilnya kadang-kadang luar dugaan jugak...

 Sebahagian hasil, ada yang kecik ada yang besar. Syukurlah buat hilangkan gian dan mengisi masa lapang... 

Kami menamatkan sesi pancingan pada pukul 5 petang sebab badan dah berbalam-balam dimamah mentari di samping perut yang meronta-ronta minta diisi nasik. Kami singgah makan kari sembilang yang terkenal di Tanjung Karang ni... Kari Sembilang? Emm... kena cuba ni... tapi tangan rasa nak casting je parit depan kedai makan tu... haruannya mesti bergumbira kat dalam tu sebab takde orang peduli...

 Kari sembilang sedang dimasak!

 Kami order 3 pot. Dua kepala, satu badan. Tunggu sehingga menggelegak...

 Aku pekena kepala sembilang. Karinya melekat sebab tak guna santan. Bahan rempahnya digiling dengan cara tradisional. Pekerja kat situ la bagitau aku masa aku melilau kat dapur amik gambar...

 Nyam... nyam... habih licin...

 Kalau korang lalu kat Tanjung Karang, korang kena cuba kari sembilang ni... 

 Pada hari tu memang tak sempat la nak pancing belut. Belut pun banyak jugak kat area ni. Cuma sekarang harganya dah naik sikit tak macam dulu. Mungkin disebabkan permintaan yang terlalu tinggi... atau stoknya yang semakin berkurangan...

 Belut pun salah satu makanan kegemaran aku... rasanya yang ekspendables dan kaya dengan omega 3 membuatkan aku tak teragak-agak untuk membelinya jika singgah di Tanjung Karang...

 Siap digoreng haliakan... nyam... nyam...

Dalam perjalanan balik terserempak dengan kereta kecik ni... punyalah cantik Mini Club Man ni... berdesup kat Highway LATAR... apa-apa pun Tanjung Karang memang indah dan meriah dengan haruan-haruannya... jika ada kelapangan kami pasti ripit lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads