12 di bangi - Google Blog Search |
Liza @ Adzriel AB: Dinner <b>di</b> D'One Steak <b>Bangi</b> sebelum SPM'13 Posted: 03 Nov 2013 08:08 PM PST Anak sulung, Aishah akan menghadapi exam SPM pada 6hb November 2013 nanti. Aku sebagai ibu rasa suspen juga tapi tetaplah control tenang (kononnya!). Saja-saja nak bagi dia relaks sikit, aku bawaklah dia dinner di restoran D'One Steak, Bandar Baru Bangi. Adik-adiknya lagilah suka. Ini memang antara restoran favorite Aishah selain daripada Sushi King dan Chicken Rice Shop. Lamb chop kat sini memang sedap. Itulah menu yang Aishah pilih malam tadi. Dia selalu tukar-tukar pilih menu di sini. Aku selalu bawa dia makan kat sini untuk lunch dalam pukul 1-2 petang selepas dia balik sekolah. Jarang sangat dinner kat sini. Si kecik ni memang suka sengih camni bila bergambar. Jenuh juga melayan kerenahnya yang riuh dan tak boleh duduk diam.Aku yang tak order apa-apa pun kenyang sangat sebab menghabiskan roti garlic bersama sup si kecik ni. Hubby pulak nak berkongsi ikan grillnya dengan aku. Jimat satu pinggan order. Aku cadangkan korang makan kat sini kalau nak cari western food yang sedap. Lagi pun restoran ni pernah juga masuk dalam JJCM kat TV3. Malam-malam agak penuh dan meriah juga restoran ni. Lokasi depan Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Ada satu lagi cawangan baru di Bukit Jalil, Puncak Steak House di Taman Puncak Jalil, Jalan PUJ 3/13 telah dibuka tahun ini. Insyaallah, jika ada peluang aku nak try lawat sana pulak. |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan