Ahad, 10 November 2013

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Kamalanathan gesa Kementerian Luar campur tangan rundingan <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2013 01:47 AM PDT

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan (gambar) menggesa campur tangan Kementerian Luar bagi memudahkan rundingan waris mangsa pembunuhan beramai-ramai Batang Kali pada tahun 1948 oleh tentera British.

Katanya, waris mangsa sudah membuat tuntutan daripada generasi pertama hingga ketiga dan ia adalah satu penantian yang panjang namun mereka tidak pernah berputus asa untuk mendapat perhatian komuniti antarabangsa.

"Saya menggesa campur tangan Kementerian Luar bagi membolehkan waris mangsa menuntut keadilan.

"Waris mangsa mahu satu inkuiri terhadap peristiwa ini kerana ada saksi kejadian yang masih hidup. Namun hingga ke saat ini permohonan maaf oleh kerajaan British belum dikemukakan.

"Saya percaya segala penantian akan membuahkan hasil malah saya juga menyokong kepada perjuangan jawatankuasa kerja ini dalam menuntut keadilan," katanya ketika merasmikan kempen media sosial bagi mempromosikan taman peringatan mangsa korban Batang Kali hari ini.

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK 29 Oktober, 2013.-TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads