Bahaya Penyakit dari Leptospirosis (Kencing Tikus/Rats)
Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Dengan MELANTIK SYARIKAT KAMI, SO LEAD PEST SDN BHD dapat mengawal kehadiran koloni tikus ke rumah anda. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus.
Tip untuk anda!
Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.
Bahaya Penyakit dari Salmonella Virus Disease (Lipas/Cockroaches)
Selalunya kejadian keracunan makanan berpunca dari lipas. Tabiat buruk lipas yang suka mengeluarkan semula makanan separuh hadam, sentiasa menabur najis sambil makan dan meninggalkan bakteria di merata tempat. Penyakit yang boleh dihidapi akibat dari bakteria yang dibawa oleh lipas adalah cirit-birit, hepatitis, kepialu, kusta, penyakit kulit dan bengkak kelopak mata.
Antara langkah pencegahan yang disarankan ialah :-
1. Halang kemasukkan lipas ke dalam rumah kita dengan menutup ruang yang mejadi laluan lipas.
2. Jaga kebersihan dapur dan simpan makanan di dalam bekas yang tertutup.
3. Jangan biarkan sisa makanan terdedah dan dicemari lipas. Tutup tong sampah dengan rapat.
4. Bersihkan tompok-tompok minyak di tempat memasak, ketuhar dan gril.
Kawalan serangga professional dari syarikat kami SO LEAD PEST SDN BHD (pest control services management) serta Kaedah penyemburan racun serangga merupakan satu cara terbaik dan berkesan untuk mengawal koloni lipas dari membiak. Untuk mendapatkan kesan yang maksimun, rawatan susulan dengan kawalan kaedah semburan secara dwi-bulanan diparamater kawasan rumah menggunakan racun serangga khas. Semburan ini boleh terus aktif selama 2 bulan.
Bahaya Penyakit dari Aedes/Demam Denggi (Nyamuk)
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.
Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:
i) Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.
ii) Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.
Kawalan serangga professional dari syarikat kami SO LEAD PEST SDN BHD (pest control services management) serta Kaedah Fogging/ULV merupakan satu cara terbaik dan berkesan untuk memusnah sarang Nyamuk dan mengawal dari membiak.
Halang Premis, Rumah kediaman anda dari diserang oleh koloni Anai-anai
Serangan anai-anai biasanya sukar dikesan dan dihapuskan. Ia juga dapat menyebabkan banyak kerosakan terhadap permis-premis, dan rumah kediaman, terutama terhadap bahan binaan yang diperbuat daripada kayu. Sama seperti kebanyakkan masalah penyakit dan sebagainya.
Kaedah terbaik untuk mengatasi masalah serangan anai-anai adalah dengan menghalang jangkitan pertama daripada terus merebak ke bahagian lain.Jika struktur rumah yang diserang dengan serangga anai-anai dibiarkan, bermakna beribu-ribu ringgit terpaksa dikeluarkan untuk kos baik pulih kerosakan.
Malangnya, kebanyakan skim perlindungan dan insuran tidak menyediakan ganti rugi terhadap kerosakan kepada pemilik rumah yang disebabkan oleh serangga anai-anai.Sesetengah mereka mengenali anai-anai dengan nama semut putih. Sumber makanan utama mereka adalah kayu. Sebelum anda mengetahui bagaimana kaedah mencegah anai-anai, adalah lebih baik anda mengetahui bagaimana proses pembiakan anai-anai ini berlaku.
Jenis anai-anai yang dapat menyebabkan kerosakan biasanya terdiri dari jenis anai-anai bawah tanah (termite subterranean). Di Malaysia terdapat banyak spesis serangga perosak dari golongan serangga seperti ini. Terdapat juga jenis spesis lain seperti anai-anai Kayu kering (drywood) tetapi ia tidak menyebabkan kerosakan yang serius seperti anai-anai bawah tanah.
Kawalan serangga professional dari syarikat kami SO LEAD PEST SDN BHD (pest control services management) Pihak kami menyediakan 2 Kaedah. Kaedah Pertama: Umpan/Baiting + Semburan dan Keadah Kedua: Drilling + Semburan.
ANDA ada masalah/gangguan di rumah/rumah sewa/kedai/pejabat/kilang/bangunan dan lain-lain tempat dengan Anai-anai, Semut, Lipas, Tikus atau Serangga-serangga Perosak Yang Lain, kami boleh tolong selesaikan.
Do you have PEST PROBLEMS?Get rid of it!!!
Call the experts for Pest Control & Free Consultation Contact us for a FREE INSPECTION Services @
H/p: +6017 3368240 / 0172910483
Termite/White Ants
- Baiting & Sprayed & Drilling & Sprayed System
- Corrective soil treatment
- Free-constructive soil treatment
Ants, Cockroaches & Rats (General Pest Control)
- Fine Residual Spraying
- Baiting
Mosquitoes /Flies (GPC)
- Fogging/ ULV
Coverage of Services (Termite or GPC)
- Residential, Factories, Hotel & Resorts
- Commercial Building, Restaurant, Warehouse
- Shopping Complexes, Clinic & Pharmacies
- Hospitals, Embassies, School & University
ANDA MENGHADAPI MASALAH SERANGGA PEROSAK? KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA PEROSAK UNTUK PEJABAT, KILANG, RUMAH, TEMPAT AWAM, TAPAK PEMBINAAN DAN LAIN-LAIN.
HUBUNGI: SO LEAD PEST SDN.BHD
H/P: 017-3368240 / 013-3336020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan