12 di shah alam - Google Blog Search |
Setiap Pondok Tol <b>Di Shah Alam</b> Akan Dikenakan Bayaran Lesen <b>...</b> Posted: 30 Oct 2013 08:53 PM PDT Aku baru terbaca satu berita neh. Korang bayangkan ek, pondok tol, tahu tak pondok tol? Hah pondok tol tue sekarang dah dikenakan bayaran lesen. Tahu tak apa itu bayaran lesen? Hah kalau taktau meh amek tahu dulu. Yang aku baca tadi ; Majlis Bandaraya Shah Alam akan menguatkuasa syarat baru bagi pemegang konsesi lebuh raya supaya membayar lesen perniagaan bagi pondok tol bawah seliaan kawasan perbandaran tersebut bermula 1 Januari. MBSA neh bukan bawah kerajaan negeri Selangor ka beb? Kalau ini bawah negeri Selangor apakah pentadbiran PR alert mengenai tindakan oleh MBSA ini? Aku tahu la korang sesama penjawat kerajaan pun konflik atas dasar perbezaan politik tapi hujah macam tue tak cukup kuat untuk dijadikan asas bahawa kerajaan negeri Selangor tak boleh berbuat apa2 berhubung isu neh beb. Faham dulu apa yang aku nampak ; 1. Ko kenakan bayaran lesen untuk setiap pondok tol yang wujud. 2. Bayaran lesen satu hal + bayaran iklan lagi. 3. Then syarikat konsesi tol kena la bayar secara berkala kat ko setiap tahun bagi lesen. Itu tak masuk bab iklan. Depa kira lain. 4. Then ko rasa syarikat konsesi tol neh akan goyang kaki huhu haha dan tak heran dengan perkara2 ini? Jangan harap. Depa mesti akan alihkan beban tersebut kepada rakyat dengan mula mendesak2 kerajaan akan naikkan kadar tol. 5. Yang diharapkan oleh aku ialah bagaimana MBSA boleh memastikan bahawa syarikat konsesi tol tidak akan bertindak menaikkan kadar tol sekaligus tak pasal2 pengguna pula kena kat sini, betul tak? 6. Dan apakah MBSA tidak tahu bahawa BN boleh gunakan isu neh dengan mengeluarkan hujah bahawa bayaran pampasan kepada syarikat konsesi tol semakin tinggi kerana usul mereka untuk menaikkan kadar tol akibat terbeban dengan bayaran lesen di Shah Alam tidak mendapat kelulusan? Maksudnya, samada naikkan kadar tol = rakyat bayar secara direct ataupun tidak naikkan kadar tol = rakyat bayar secara pampasan, bayar tetap bayar walaupun menggunakan cara yang berbeza. 7. Khalid Samad wakil rakyat Shah Alam. Kalau la satu jaminan dapat diberikan bahawa bayaran lesen ini tidak membabitkan rakyat dalam apa jua bentuk itu yang sebaik2nya. Aku tahu syarikat tol untung banyak. Tiap2 tahun di umumkan keuntungan BERSIH mereka. Tapi aku juga tahu. Dorang neh pantang tercuit. Kalau untung kurang rm1.00 pun depa bising rugi. Inikan pula 218,000 sekurang2nya. Mao melompat. Tak caya tengokla. Oke bai. Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/245435 |
Mastermind Group Coaching With Dr Azizan Osman <b>Di Shah Alam</b> <b>...</b> Posted: 30 Oct 2013 05:04 PM PDT Semalam, hari Rabu 30 Oktober 2013 saya ke Shah Alam. Saya ada Mastermind Group Coaching bersama Dr Azizan Osman bertempat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah. Bermula jam 9.00 pagi sehingga 1 petang. Secara dasarnya, pertemuan kami ini adalah sekadar Dr nak cek balik apa yang kami dah buat selepas pulang dari Seminar Jutawan Industri 1 bulan yang lepas. Action item yang diberikan kepada kami semua adalah buat buku. Kami semua di suruh buat perkara perkara asas untuk berjaya misalnya Online Presence. Kalau kami nak berjaya sebagai Industry Expert, kami perlu 'tonjolkan' expertise kami di blog dan Facebook menggunakan konsep sharing. Cantik tempat ni. DAO pilih buat disini sebab dekat dengan rumah beliau. Senang sket beliau nak keluar masuk rumah. Hehe. Habis program, semua orang dah keluar dewan. Tinggal beberapa orang lagi yang ada dalam dewan. Apa lagi, saya terus pergi ambil gambar di tempat keramat. Hot Seat. Ambil berkat. Semoga suatu hari nanti impian saya nak naik atas Hot Seat akan tercapai. Untuk anda yang tak tahu, Hot Seat adalah tempat dimana Doktor Azizan akan panggil beberapa pelajar beliau yang dah berjaya dalam perniagaan untuk naik ke pentas dan berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan para peserta program. Naik ke atas pentas adalah satu penghormatan buat bekas para pelajar DAO. Ini menunjukkan mereka dah berjaya. Berjaya apply semua teknik yang DAO ajarkan dalam seminar sebelum itu. Sessi Master Mind Group Coaching Saya berdiri. Berdebar debar jantungku ini. Bukan senang. Nak bercakap dengan DAO ni. Tapi, satu perkara yang saya lakukan. Saya share dari hati. Just share. Tanpa ada skrip. Sebab kalau ada skrip nanti akan jadi skema. Terikat dan bukan dari hati. Saya berkongsi dengan para peserta yang lain apa impak selepas saya buat konsep sharing di blog. Apa impak selepas saya buat ceramah. Apa impak lepas saya tulis ebook dan berikan secara percuma kepada orang lain. Saya berkongsi melalui teknik ini, saya tidak lagi perlu mencari customer. Sebaliknya customer yang mencari saya. Saya berkongsi berdasarkan apa yang DAO suruh kami buat dan kesan terhadap perniagaan. Dan yang best, DAO suruh saya submit manuskrip Ebook Rahsia Pelajar Cemerlang kepada Richwork. Sekiranya melepasi tahap yang mereka benarkan, ia akan diterbitkan oleh mereka dalam bentuk buku fizikal. Wawww.... That's amazing. Niat saya hanya satu, saya mahu Ebook ini dibaca oleh lebih ramai orang lain. Ia dibaca agar dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Agar dapat membantu anak bangsa saya untuk lebih berjaya. So, malam tadi saya dah emel manuskrip ebook ini kepada pihak Richworks. Now masa untuk berdoa. Bagi saya, jika ia dijual secara Ebook. Keuntungan pastinya akan lebih tinggi.Tapi jika diterbitkan, ia akan menjadi lebih eksklusif. Sebab ia berbentuk buku fizikal. Ia akan membawa nama mariafirdaus.com.my ke dalam buku itu. Selepas Habis Perkongsian Ada beberapa orang peserta yang datang berjumpa saya. Bertanya bagaimana cara menulis ebook. Bagaimana nak memasarkan ebook. Saya berkongsi dengan mereka seadanya. Semoga ia memberi manfaat dan dapat menambah nilai hidup mereka yang lain. Apa yang lebih best, sebelum saya pulang. Sempat berjumpa dengan Jerry. "Aqram, ambil nombor phone abang ayam ni. Nanti interview dia buat testimoni." Huhu... Ini satu penghormatan buat saya jika ia benar benar berlaku. Walau apa pun, saya berazam mahu melakukan yang terbaik dalam bisnes saya dan Maria lepas ni. Insya Allah, many more to come. Mahu lebih memberi, mahu menambah nilai hidup orang lain, mahu menyelesaikan masalah orang lain. Semoga ia menjadi pencen kubur buat saya kelak. Wassalam |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan