Selasa, 5 November 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Semangat UMNO Kedah <b>Tinggi</b> Menjelang PRK <b>Sungai</b> Limau <b>...</b>

Posted: 21 Oct 2013 12:24 AM PDT

alt

YAN 21 Okt - Kepimpinan UMNO negeri semakin melonjak menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau demi merampas kembali kerusi yang dikuasai PAS setelah sekian lama.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sungguhpun Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Mukhriz Mahathir gagal dalam pemilihan naib presiden parti ianya tidak menjejaskan semangat jentera parti menjelang PRK itu nanti.

"Saya melihat ini sebagai ujian dan cabaran untuk kerajaan negeri..ia memberi semangat untuk membuktikan kita bekerja bersungguh-sungguh bagi menghadapi PRK ini.

"Saya baru bercakap dengan Datuk Mukhriz melalui telefon dan beliau juga berpesan bahawa kita akan bersungguh-sungguh membuktikan perpaduan kita bagi menggerakkan jentera kita," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jamil Khir ditemui pada majlis penyampaian bantuan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

Mengulas lebih lanjut mengenai Mukhriz, Jamil menjelaskan anak kepada mantan Perdana Menteri itu sebagai aset dan ikon kepada generasi muda serta mempunyai masa depan cerah dalam arena politik.

"Kekalahan tak semestinya suatu pengakhiran, apatah lagi ini adalah percubaan Datuk Mukhriz yang pertama," ujarnya lagi.

Mengenai program KAR1SMA, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperuntukka kira-kira RM3.8 juta kepada 1,682 penerima bagi Parlimen Jerai.

Jelas Jamil Khir, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau yang berada dibawah Parlimen tersebut memperoleh RM1.9 juta daripada program tersebut dengan memperuntukkan dana kepada 710 penerima.

Parlimen Jerai meliputi DUN Sungai Limau, DUN Guar Chempedak dan DUN Gurun.

Last Updated on Monday, 21 October 2013 18:37

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads