Selasa, 17 Disember 2013

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Perompak Larikan RM270,000 Wang ATM <b>Di Cheras</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 04:50 AM PST

http://1.bp.blogspot.com/-HD9X0mrJlZ4/UDMU_FjfVPI/AAAAAAAAKbg/zU-aHdTeKlc/s400/atm-kena-pecah.jpgKUALA LUMPUR – Tiga penjenayah melarikan wang tunai RM270,920 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Taman Cheras Utama, Batu 9, Cheras di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan, yang berada pada jarak 15 meter antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang penyelia pengawal keselamatan pasar raya berkenaan pada 7.10 pagi.

"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga suspek lelaki itu didapati tidak memakai topeng muka tetapi rakaman itu kabur. Namun, mereka kelihatan begitu mahir ketika melakukan rompakan itu," katanya ketika dihubungi.

Siasatan awal mendapati ada kesan terbakar di kedua-dua mesin ATM itu.

"Kita turut menemui sebatang skru drebar dan empat kesan tapak kasut di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, pasar raya itu hanya menggaji pengawal keselamatan dari 7 pagi hingga 10 malam setiap hari. – Bernama

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads