Isnin, 23 Disember 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


mikahaziq: Makan best <b>di Kajang</b> - Restoran Cibiuk (Makanan Sunda)

Posted: 13 Dec 2013 12:43 PM PST

Haritu kita gi ziarah ofis mate hubby since wifey dia baru bersalin bulan lepas.. lepas tu memandangkan dah terlanjur kat kajang and orang-orang kata yang kat kajang ni banyak restoran-restoran best, kita pun tak lepaskan peluang lah, nak try jugak restoran sedap kat area kajang ni. Search punya search, kita narrow down to Cibiuk (makanan sunda) atau lagi satu kedai makan arab (popular jugak ni tapi tak ingat nama dia, sebelah je dengan Cibiuk). I cakap dgn hubby cibiuk je lah ye.. dah lama tak makan makanan Sunda :) feveret u! 
Rumah makan Cibiuk ni, besar dan selesa, siap ada surau ber-aircon lagi kat dalam! Memang best! Kita orang sampai dalam jam 5 petang pun boleh tahan ramai pelanggan. Memang popular lah tempat ni kat Kajang kot. Apalagi? Jom order!

Seperti biasa, mee goreng spesial untuk anak ku yang pertama, biasalah kalau mee goreng di restoran indonesia ni dia orang memang suka guna maggi kan? Anak i pun apa lagi makin menjilat jari lah.. tapi serius mee goreng spesial ni memang sedap, lagi2 kalau dah lapar hehe.. makan tak ingat dunia! Udang dan sotong very generous dan I mintak mee ni disediakan tak pedas :)


Udang Crispy untuk suami tersayang dan juga anak no 2 tercinta hehe.. memang dorang dua ni sehati sejiwa peminat udang. Udang goreng ni pun sedap jugak! Fresh, rangup, tepung dia tak tawar dan paling penting.. kulit udang dibuang kecuali di bahagian hujung, waaah tu yang laju je makan tu!! Ditambah dengan sos pencicah manis ala-ala sos cili thai, best dimakan panas2!


Sup tulang adalah satu kemestian kalau makan di restoran indonesia, entah kenapa sup dorang ni kan lain dari sup orang melayu kita hehe.. ni untuk anak no 2 I makan dengan nasi putih.. sup dia sedap, menyegarkan, tak pedas (kan setengah orang letak lada hitam) daging tersangat empuk dan sayuran (tomato dan bunga kubis) masih rangup. Best :)
Lele set untuk saya.. cos I love lele :) Nasi Timpel tu apa eh? nasi putih je dibungkus dengan daun pisang. Jangan terpedaya dengan bungkusan tu, nampak je kecik tapi Ya Allah punyalah banyak nasi dia.. macam nak pengsan makan kasi habis. Yang ni biasa lah kan.. tahu, tempe garing, lele ada rasa rempah-rempah sikit. Dihidangkan dengan sambal tomat dan juga semangkuk kecil sup sayur (macam kuah lodeh cair sikit2 tapi kosong lah)

Yang ni untuk encik suami lah ye.. tak tahu lah rasa macam mana sebab dia makan ayam tu kasi habis sikit pun tak offer isteri dia? sedap lah tu..


Sambal.. sambal.. and more sambal.. I yang actually suka makan sambal tapi encik suami yang over gi amik lebih2..kita pun lagi suap anak makan nasi tak kan nak menggila makan sambal kan? abis kepedasan budak tu nanti :p sambal kat sini memang best ada macam-macam variety.. sambal kicap manis, sambal mangga, sambal tomato dan lain-lain.. pedas!
Satu je komplen kat sini.. jus alpukat tak best :( cair sangat tak kick ler.. rasa susu je lebih.. yang kat belakang tu jus jeruk..i mintak ice lemon tea.. tu yang dia bagi.. budak2 tu minum lah sikit, I tak rasa pun.. 
Encik suami siap nak order satay lagi.. huhu..nasib baik satay dabis kalau tak.. pengsan.. banyak sangat makan.. 
Bestnya makan kat sini.. bila lagi ye boleh pergi Kajang?..
Map of Rumah Makan Cibiuk (Yang kat bawah ni actually map Darul Huffaz Academy, tapi rumah makan cibiuk ni bertentangan jalan dengan Darul Huffaz):
Alamat penuh: No1-G, Jln Putra 6, Taman Putra Kajang, 43000 Selangor

View Larger Map

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads