Ahad, 1 Disember 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


5 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi <b>Di Kuala Langat</b>

Posted: 23 Nov 2013 09:12 AM PST

Sebagai DUTA PELANCONGAN KUALA LANGAT tidak rasmi (pelantikan sendiri bajet comel..hehe), CN sukacita mengajak anda semua ke Kuala Langat untuk bercuti & beristirehat sempena cuti sekolah ini. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Tapi  CN cuma senaraikan 5 tempat sahaja supaya anda tidak pening kepala memikirkan tempat yang banyak sangat nak pegi..hehe

1. Gold Coast Morib (GCM)
: CN pernah pegi theme park GCM ni, kecik jer, tapi best dan tak payah nak penat2 berjalan jauh. Pemakaian pon best, cuma ada 1 game tu yang anda perlu pakai baju swimming untuk main, yang lain ikut suka hati ! Yela, kiter ni mana ada duit banyak2 nk beli baju swimming muslimah yang mahal tu, bukan hari2 swimming pon..hehe

Gambar Sumber : Adik Ipar (Eddy)
: Menyajikan pemandangan yang indah dari atas bukit. Anda boleh lihat pemandangan yang hijau, boleh nampak Pulau Carey, Pantai Morib & Pantai Kelanang dari atas bukit. Kat sini gak ada rumah api untuk anda bergambo. Aktiviti yang paling glamer di sini adalah PARAGLIDING. Tak silap CN bayaran untuk paragliding ni RM200, kenapa mahal ? Sebab cover insuran & dapat sijil. Yela, manalah tahu kot2 tengah kat atas tu, tiba2 ada masalah teknikal, habis jatuh mati katak ! Ops ! CN tak berani nk try, takott..hehe
3. Pantai Morib & Pantai Kelanang
: Dalam entry SINI & SINI, menunjukkan betapa Pantai Morib merupakan tempat kegemaran CN untuk bersantai. Bukan tempat bermandi-manda, cukuplah menyedut udara laut yang segar sambil mengejar Irfan yang suka berlari2..hehe. Gambo wedding CN pun di amik di sini tau berlatar belakang kan pokok bakau .. so kepada bakal pengantin baru, bolehlah amik gambo kahwin pakai kebaya purple sambil panjat pokok bakau ! Kelass kau jahh !
: Ada banyak homestay di Kuala Langat, yang paling glamer & best adalah Homestay Kampung Endah. Kenapa kat sini paling best berbanding tempat lain? Sebab Kampung Endah adalah kampung encik hubby ! Hehehe.. tapi serius tau, kampung ni cantik dan tersusun. Bersih dan penduduk peramah2 belaka. Kampung Endah ni dekat jer dengan Pantai Morib. Selain Kampung Endah, ada gak homestay di Kanchong Darat, Batu Laut, Sungai Lang dan banyak lagi ! 
: Kat Banting ni memang glamer dengan kilang kerepek. Ramai kawan2 dari KL sanggup turun ke Banting semata-mata untuk shoping kerepek & menjalankan business kerepek di tempat kerja ! Ahaks.. Tapi secara personal, CN paling suka kilang kerepek Jaez yang terletak di Kampung Sungai Kelambu. Sebab masuk jer dalam kedai dia yang beso ni, terus pening kepala nak beli yang mana satu. Bukan sahaja pelbagai jenis kerepek dijual disini, tapi pelbagai jenis asam, air bikarbonat dan macam2 lagi. 
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads