Ahad, 8 Disember 2013

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Kumpau <b>Di</b> Kolam Seri Tanjung, <b>Port Klang</b> - pancing2u - Blogger

Posted: 07 Nov 2013 12:26 AM PST

Itulah orang dah pesan kalau hendak turun menduga makhluk dasaran di kolam pastikan bukan pada hari cuti dan selepas hari cuti ini kerana peratusan untuk "Kumpau" adalah sangat tinggi ekoran ikan-ikan di kolam yang akan dipancing telah disambar terlebih dahulu oleh Otai-otai kolam. Tapi awak degil!!!.
Hati terasa berat untuk ke turun menjerat ikan pada sesi kali ini ekoran ingin berehat dirumah bersama keluarga tetapi bak kata pepatah "Dimana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan" semangat J.C.T Angler tetap diteruskan untuk memancing. Oleh sebab itu hanya Saya (Admin) dan Torres yang turun pada sesi kali ini untuk menjerat spesies di Kolam Seri Tanjung, Port Klang.
Kali ini kami berdua sepakat untuk mangambil pakej memancing dari pukul 12mlm - 7pagi dengan bayaran sebanyak RM77.00. Berumpankan ikan Belanak dan Udang hidup maka sesi pancingan pun bermula. Masyallah, ramainya pemancing-pemancing yang datang ke kolam tersebut sehingga hendak mencari port yang baik pun susah semuanya telah dipenuhi orang maka terpaksalah kami dengan selambanya menyelit diantara pemancing-pemancing yang telah tiba awal tadi. Ada yang buat muka cenggih dan tarik muka, takutlah ikan tidak sangkut pada mata kail mereka tapi rileklah "Brader rezeki telah tertulis maa"...
Setelah hampir 2 jam memancing masih tiada sebarang sambaran yang diterima kami mahupun orang di sekeliling kolam ini macam petanda yang kurang baik sahaja. Pukul 3pagi, hujan mula turun renyai-renyai dan masing-masing dikolam mengeluh "Aduhai, ini kompom ikan tak naik!". Kami berdua masih teruskan sesi memancing macam biasa, Torres sudah mula tidak senang duduk dan berkeliaran di sekitar kawasan kolam membuat lontaran demi lontaran namun tetap tiada sambaran. Saya hanya duduk dan tanam umpan di spot yang dikatakan menjadi sarang ikan Kerapu juga tiada sambaran.
Sepanjang pemerhatian kami berada di kolam tersebut, rata-rata pemancing yang dapat menarik ikan hanya sebanyak 5 orang sahaja dan tiada tangkapan yang "Frenzy" dan ini menyimpulkan satu andaian yang mengatakan adakah taukeh kolam kurang melepaskan ikan atau mungkin ikan telah dilepaskan awal pada Jumaat dan telah habis dirembat oleh mereka yang datang pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Akhirnya masa pancingan selama 7 jam berakhir dengan tiada sebarang tangkapan dari kami. Nampaknya sesi kali ini berakhir dengan "Kekumpauan" buat J.C.T Angler. Terima kasih diucapkan kepada para pembaca Pancing2u yang sudi mengikuti perkembangan kami, usah kuatir mungkin tiada rezeki kami pada kali ini dan insyallah kami akan turun untuk menjerat lagi di aktiviti akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads