Sabtu, 28 Disember 2013

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


3 Gambar bayi tidak bermaya ditemui tepi longkang <b>di Puchong</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 08:16 PM PST


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Walaupun kempen giat dilakukan oleh pelbagai pihak dalam membendung gejala seks bebas dan membuang anak, perbuatan jahiliah ini masih berlaku.

Dalam kes terbaharu yang menyayat hati di Puchong, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan terpaksa menanggung azab sendirian apabila ditinggalkan hampir lima jam di tepi longkang, di belakang sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Jalan BK 4/6, Bandar Kinrara di sini semalam.

Lebih menyedihkan bayi yang ditemui dalam keadaan bertelekup itu diletakkan di atas jalan tar yang tidak berturap rapi sehingga sebahagian badannya lebam-lebam dan calar-balar akibat terlalu lama berada di atas jalan.

Kejadian itu hanya disedari selepas pukul 12 tengah malam apabila tangisan bayi itu semakin kuat seolah-olah meminta pertolongan.

Seorang guru, Haslinda Madun, 55, memberitahu, beliau dan keluarganya mendengar tangisan itu kira-kira pukul 8 malam lagi tetapi tidak pernah menyangka itu tangisan bayi yang ditinggalkan di belakang rumahnya.

Katanya, tangisan bayi itu semakin kuat apabila mereka sekeluarga mahu tidur dan memaksanya menjenguk melalui tingkap dapur untuk mencari arah bunyi tersebut.

"Pada awalnya kami menyangka tangisan itu datang dari pusat jagaan di belakang rumah saya atau dari rumah seorang wanita yang baru bersalin.


"Tetapi kira-kira pukul 12 tengah malam ketika saya sekeluarga mahu tidur, bunyi tangisan itu semakin kuat dan saya memberanikan diri untuk menjenguk dari tingkat dapur. Saya terkejut apabila melihat seorang bayi terbaring di jalan tar. "Apabila saya dan suami keluar, tangisan bayi itu mulai perlahan seolah-olah dia tahu kami semua telah menyedari kehadirannya... syukur pada Allah kerana bayi itu masih hidup kerana kawasan ini sememangnya banyak anjing liar serta tikus besar," katanya.

Jelas Haslinda, beliau tidak berani untuk mengangkat bayi itu kerana terlalu terkejut, sehinggalah pemilik pusat jagaan, Mazlen Mahmood, 40, datang dan mengambil bayi itu untuk dimandikan.

Menurut Mazlen, beliau mengambil keputusan untuk memandikan bayi malang itu kerana seluruh badan bayi tersebut masih dipenuhi air ketuban.

"Ketika diangkat tangan bayi itu bergetar-getar mungkin kerana terlalu lama bertengkup di atas jalan. Malah mulutnya juga dipenuh pasir mungkin kerana terlalu lapar dan dia cuba mengunyah pasir di atas jalan itu.

"Bayi itu juga amat sihat dan saya dapat rasakan dia seberat lebih tiga kilogram," katanya.

Mazlen berkata, beberapa hari kebelakangan ini, pekerjanya ada melihat sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki tempatan sering berulang-alik di sekitar pusat jagaan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam kira-kira 11.30 malam dan mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Kinrara, Inspektor Jasman Osman ke lokasi kejadian.

"Polis tiba di lokasi itu dan mendapati bayi tersebut berada dalam keadaan lemah. Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

"Saya difahamkan keadaannya stabil. Polis juga tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang berhampiran pusat jagaan itu supaya disedari pekerja atau pemilik pusat itu," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, polis telah melawat kawasan kejadian dan mendapati tiada kamera litar tertutup di kawasan tersebut dan tiada saksi yang melihat kejadian itu.

Kata Abdul Razak, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. -Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads