Isnin, 9 Disember 2013

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di tanjung sepat</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Nov 2013 11:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Durian Belanda, Kopi 3K tingkat ekonomi <b>Tanjung Sepat</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 08:21 PM PST

Oleh : HAFIZAN TAIB,

TANJUNG SEPAT 12 NOV : Projek tanaman Durian Belanda akan dijalankan di DUN Tanjung Sepat bagi membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi masyarakat tempatan seterusnya memacu pembangunan ekonomi di kawasan DUN itu.

haslinAdun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata projek penanaman itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat dengan perancangan di kawasan halaman rumah di kawasan kampung yang disertai penduduk sendiri.

Beliau berkata, ia dirangka disebabkan agak sukar bagi Kerajaan Negeri untuk menyediakan kawasan bagi tujuan peladangan atau pertanian untuk masyarakat setempat.

"Kita akan mengusahakan tanaman ini dengan sasaran satu kampung membabitkan penyertaan 50 buah rumah yang mana satu rumah akan menanam sekurang-kurangnya lima batang pokok. Maka satu kampung akan menghasilkan jumlah 250 pokok Durian Belanda.

durian_belanda"Dengan cara ini jika 10 kampung terbabit dalam projek ini maka kita akan dapat hasil sebanyak 2,500 pokok dan dalam tempoh kira-kira dua ke dua setengah tahun pokok-pokok ini akan menghasilkan buah-buahan untuk tujuan pasaran," katanya.

Haslin berkata, pemasaran produk itu juga akan dibantu menerusi agensi serta pihak berkaitan demi kebaikan masyarakat tempatan.

Katanya, projek cetusan anak muda tempatan itu adalah salah satu usaha bagi menbantu golongan berpendapatan rendah dan miskin di DUN itu bagi peningkatan ekonomi selain memupuk semangat berdikari di kalangan mereka.

"Selain itu kita juga akan menggerakkan beberapa usaha lain seperti industri produk kopi kampung di kenali Kopi 3K yang mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat di kawasan itu.

"Terdapat pengusaha yang perlu dibantu untuk memajukan perniagaan mereka dan kita akan melihat apa keperluannya supaya ia dapat dijayakan termasuk membantu bagi mendapatkan sijil halal untuk tujuan memasarkannya di pasaran luar," katanya.

Haslin berkata, projek tanaman nanas akan turut dijalankan di DUN itu pada masa depan sebagai salah satu sumber tambahan pendapatan penduduk.

"Kita akan jalankan projek itu selepas ini tetapi biarlah projek tanaman Durian Belanda diusahakan dulu dan membuahkan hasil," katanya.

EZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads