Sabtu, 18 Januari 2014

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Kisah Masjid Lama <b>Kuala Kubu</b> Baru yang dikatakan dibina Jin <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 06:21 AM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kisah Masjid Lama Kuala Kubu Baru yang dikatakan dibina Jin

Pernahkah anda mendengar Jin membina Masjid ? Jika anda pergi ke pekan Kuala Kubu baru, Hulu Selangor. 

Jangan lupa singgah menunaikan solat di Masjid Lama Al-Hidayah yang barada di sekitar taman perumahan Ampang Pecah, kerana disitu lah terletaknya sebuah Masjid Lama yang di bina sekitar tahun 1926.
Jika dilihat Masjid Lama itu nampak seperti masjid biasa,tetapi hakikatnya masjid itu ada mempunyai pelbagai misteri yang tersembunyi malah ada pelbagai kejadian aneh berlaku di masjid Lama ini.
Jika kita melihat dan meninjau struktur masjid ini,bangunan asal masjid ini masih dikekalkan, jika ada penambahan pun hanya di bahagian depan dan belakang termasuk bahagian-bahagian yang rosak. Batu untuk membina masjid ini adalah dari batu konkrit yang pastinya besar dan berat.Jika hanya menggunakan tenaga manusia sahaja tentunya mengambil masa bertahun untuk menyiapkan masjid ini.
Persoalannya,bagaimana masjid ini dapat dibina dalam masa yang singkat ? 
Dipercayai selain menggunakan tenaga manusia,bantuan jin juga turut digunakan bagi membina masjid ini.
Penduduk asal yang telah lama menetap disitu mengatakan masjid lama yang dibina pada tahun 1926 itu telah dibina dengan bantuan jin.
Apabila ada jin yang turut membantu sudah pastinya kerja berat dapat disudahkan dalam masa yang singkat sahaja.
Memang secara dasarnya kedengaran seperti tidak masuk akal dan logik.Bagi saya ianya terpulang pada individu itu sendiri untuk mempercayai atau tidak cerita itu.
Ada cerita penduduk disitu mengatakan pernah ternampak seekor ular sawa didalam masjid ketika lalu dihadapan masjid lama itu, tetapi setelah berpatah balik ular sawa itu telah tiada.
Ada juga penduduk yang terdengar bunyi tapak kaki budak berlari-lari didalam masjid, bila ditinjau tiada seorang pun didalamnya.
Pernah juga yang lalu dihadapan masjid itu lebih kurang pukul dua pagi,tiba-tiba terdengar suara dan tapak kaki budak berlari-lari.
Takkan lahpukul dua pagi ada budak bermain di situ ? 
Semuanya masih menjadi misteri hingga ke hari ini dan sama ada bayangan atau kenyataan Wallahualam.
Satu lagi misteri yang harus dirungkai ialah terdapat sebuah kubur lama yang terdapat didalam masjid Al-Hidayah ini.
Ada penduduk mengatakan kubur ini adalah kepunyaan tuan punya tanah yang mewakafkan tanahnya untuk membina masjid ini dan dipercayai seorang wanita.Wanita ini dikenali sebagai Fatimah yakni isteri kepada Mat Kundur.
Jenazahnya di semadikan disitu mungkin atas sebab wasiatnya ketika hidup.
Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan kubur itu sebagai tempat permujaan bagi nombor ekor. 
Penduduk disitu pernah menemui bekas permujaan termasuk lilin yang ditinggalkan di atas kubur itu, terdapat banyak lagi kejadian misteri yang berlaku di masjid berkenaan yang diceritakan oleh penduduk disitu, dan tidak mustahil jika masjid itu benar-benar telah dibina dengan bantuan makhluk halus yakni jin.
Yang paling utama kita harus yakin benda-benda ghaib ini memang wujud.
Cuma ada beberapa penduduk yang rasa terkilan kerana jasa wanita yang mewakafkan tanahnya untuk didirikan masjid tidak dikenang oleh generasi kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads