12 di shah alam - Google Blog Search |
roadshow kalimah allah anjuran noh omar <b>di shah alam</b> malam tadi <b>...</b> Posted: 17 Jan 2014 02:22 PM PST Nampaknya hasrat besar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar mau menjadikan isu kalimah Allah sebagai senjata ampuh meraih sokongan umat Islam terutamanya Bani Melayu di negeri Selangor menyokong UMNO/BN nampaknya tidak mendapat sambutan langsung. Jelas taktik lapuk usang purba ketinggalan masa pupus tarikh itu gagal menarik rakyat Selangor untuk menyokong UMNO/BN... Ini dibuktikan dengan roadshow Kalimah Allah yang diadakan di Padang Tadika Kemas, Seksyen 24 Permai, Seksyen 24 Shah Alam, Selangor anjuran UMNO Bahagian Shah Alam yang berketuakan Ketua UMNO Bahagian yang baru malam tadi 17hb Januari 2014 mulai jam 8.30 malam. Anak-anak muda boleh dikatakan tidak kelihatan langsung... Sedangkan para penganalisis politik sama ada yang pro UMNO atau pun pro PR hatta atas pagar sependapat bahawa PRU 14 ialah PRU anak muda dan PRU pengundi pertama. Dari kiriman beberapa gambar kepada Omak Kau nampaknya jumlah yang hadir tidak sampai 150 orang kebanyakkannya ialah kaum wanita. Kalau difikirkan secara logik ahli UMNO Shah Alam sendiri tidak turun untuk berikan sokongan mendengar celoteh jual minyak atar Noh Omar. Rakyat Selangor sedar bahawa isu Kalimah Allah yang cuba dimainkan oleh UMNO ini hanyalah suatu taktik jika diberikan sokongan akan merugikan negara. Jika gambaran ini mau dijadikan kayu ukur sokongan rakyat kepada UMNO maka jawapnya harapan UMNO Selangor dibawah pimpinan Noh Omar mau merampas Selangor dari Pakatan Rakyat amatlah tipis sekali. Nasihat ikhlas suci murni Omak Kau kepada Noh Omar dan mereka yang sewaktu dengannya dalam Perhubungan UMNO Selangor agar lupakan saja hasrat mau mengadakan roadshow seluruh Selangor isu Kalimah Allah ini .. Rakyat beragama Islam dan Melayu dah cerdik pandai belaka... Jangan nak buang masa buat kerja yang tidak mendatangkan faedah dan menambah sokongan rakyat kepada UMNO .. Ini semua kerja sia-sia dari pemimpin yang berakal kangkung!!!!! |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan