12 di shah alam - Google Blog Search |
Asam Pedas Mak Kiah Tradisi Johor <b>di Shah Alam</b> | My Selera Posted: 24 Jan 2014 09:23 PM PST Team Myselera sekali lagi dijemput untuk merasa dan review menu baru di Restoran Bisik-Bisik, Seksyen 7 Shah Alam iaitu Asam Pedas Mak Kiah. Wah, ini berita baik buat peminat asam pedas, tak perlu pergi jauh-jauh ke Johor kerana Asam Pedas Mak Kiah yang dimasak dalam claypot kini berada di Shah Alam (untuk makan tengah hari dan petang). Restoran Bisik-Bisik yang terkenal dengan Mee Bandung Muar Original Udang Galah XXL, baru sahaja mula memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Asam Pedas Claypot pada minggu kedua bulan Januari 2014. Menurut pemiliknya, idea untuk mula menjual Asam Pedas Mak Kiah terhasil apabila ibunya Mak Kiah yang menjual Asam Pedas di kampung dirompak pada bulan Dec 2013. Oleh kerana masih trauma, pemilik Restoran Bisik-Bisik memberi idea untuk teruskan perniagaan asam pedas dengan resepi Mak Kiah di Shah Alam. Kini, Restoran Bisik-bisik mempunyai tarikan baru. Antara menu asam pedas yang terdapat di Restoran Bisik-Bisik :
Eh,…Asam pedas dalam claypot? Special kan? Sebenarnya asam pedas dalam claypot lagi sedap. Kuahnya menjadi lebih pekat dan umpph!! marvelous!! Asam pedas ini dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan juga ikan masin. Jika terasa perlu lauk tambahan, boleh pesan sayur goreng atau telur dadar. Kami pilih Kangkung Goreng Belacan memandangkan fenomena kangkung yang melanda negara. Tidak lengkap jika datang ke Restoran Bisik-bisik kalau tak minum air kegemaran penulis iaitu Air Katira dan juga Bandung Soda. Untuk peminat asam pedas original Johor, jika ada masa jom singgah ke Restoran Bisik-bisik ,Shah Alam untuk nikmati Asam Pedas Kaw Kawwww dalam claypot. Betul la orang kata, resepi tradisi dan turun temurun lah menjadi faveret pencinta makanan. Restoran Bisik-bisik No. 9/10, Jalan Zirkon B7/B, Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. No. Tel : 017- 758 4680/017 -7317803 Operation hour : VN:F [1.9.22_1171] Asam Pedas Mak Kiah Tradisi Johor di Shah Alam, |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan