Ahad, 26 Januari 2014

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


GEREJA DIBINA LAGI <b>DI TANJUNG KARANG</b> ATAS DESAKAN <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2014 11:50 PM PST

Disebabkan dari awal lagi, Kerajaan terlalu memberi muka dan ruang, tanpa memikirkan natijah serta kesan akan datang sekiranya kerajan itu jatuh, akhirnya sekarang ini kesan yang dibimbangi, telah pun berlaku.

UMNO-BN barangkali tidak akan menyangka, mereka akan hilang pegangan ke atas Selangor tetapi PRU12 telah membuktikan bahawa tidak ada satu kerajaan pun yang kekal di muka bumi ini melainkan Kerajaan Allah Taala dan Kerajaan Allah Taala pula, bukanlah kerajaan seperti yang difahami oleh sekalian penjumud dan pencandu politik.

Setiap kerajaan manusia akan memilih dasar bagi memakmurkan negeri, mengurangkan sengketa dan melicinkan dasar-dasar pentadbiran. Pada masa yang sama, kerajaan manusia juga akan memasukkan elemen-elemen perjuangan yang mereka yakini boleh membantu mengekalkan mereka dalam kerajaan tersebut.

Begitu jugalah Pakatan Rakyat di Selangor.

Setiap parti Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – amat sedar, sokongan mereka daripada masyarakat Islam, amat terbatas kepada PAS semata-mata. Sedangkan masyarakat Islam pula merupakan masyarakat majoriti di Selangor.

DAP yang menjadi parti dominan di Selangor meskipun berkongsi jumlah kerusi yang sama dengan PAS iaitu 15, merupakan sebuah parti chauvinist ekstremist Jesuit. Walaupun kedua-duanya merupakan parti agama, berbeza dengan PAS, DAP menjalankan kerja-kerja dakwah secara lebih meluas dan lebih ekstrim. Sedangkan PAS pula sekadar tertumpu kepada politik yang kemudian diselitkan dengan polemik dan hipokrit dakwah Islamiyyah semata-mata untuk mengumpulkan undi.

Di Selangor, DAP yang paling berkuasa. PAS sekadar tukang angguk, manakala PKR menjadi Si Kitul yang cukup setia kepada DAP walaupun PKR telah dilantik sebagai Menteri Besar dan Exco.

Di Tanjung Karang, memang terdapat beberapa buah gereja. Gereja Methodist Cina Tanjung Karang terletak di Jalan Kilang Padi, merupakan antara gereja yang terdapat di kawasan bermajoritikan umat Islam yang berlatar belakangkan pertanian. Jumlah penduduk yang beragama Kristian pula, kurang dari 3%.

Namun, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa akur untuk membina sebuah lagi gereja di Pekan Tanjong Karang apabila didesak oleh DAP.

Antara taktik yang seringkali digunakan oleh pendakyah Kristian ialah membina banyak gereja bagi menunjukkan kawasan berkenaan telah ditakluki oleh Kristian. Meskipun gereja hanya digunakan oleh beberapa orang sahaja jemaah, tetapi gereja-gereja baru akan dibina untuk tujuan publisiti. Turut menjadi faktor adalah setiap gereja hanya tertakluk di bawah kuasa mazhab tertentu dalam Kristian.

Di Malaysia, mazhab Kristian yang paling dominan adalah Katholik dan Methodist.

Parlimen Tanjung Karang dan Kuala Selangor dikuasai oleh UMNO tetapi nampaknya kedua-dua Ahli Parlimen tidak begitu perasan dengan perkembangan semasa di kawasan masing-masing atau barangkali juga mereka bersetuju dengan pembinaan lebih banyak gereja kerana ia adalah lambang KETERBUKAAN dan KETELUSAN selain kemajuan!!!

Lainlah kalau bina masjid banyak-banyak dalam satu kawasan… sudahlah Islam sendiri pun tidak membenarkan perbuatan sebegitu, bahkan golongan bukan Islam pun akan berasa terancam dan mereka tidak dapat hidup tenteram dan aman damai kerana bunyi azan serta bacaan al Quran mengganggu telinga dan hati mereka!!!

Baca lagi : http://theflyingkick.blogspot.com/2014/01/majoriti-penduduk-80-beragama-islam.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads