Lokasi : Zoo Negara, Ulu Kelang, Selangor
Zoo Negara kekal di Hulu Kelang dan kerja pengubahsuaian untuk wajah baru kini sedang berjalan rancak. Tiket masuk bagi rakyat Malaysia dnegan MyKad ialah RM30. Setakat ini enclosure beruang telah hampir siap diubah suai dan hanya menunggu beruang dikembali kan ke enclosure tersebut. Tambahan terbaru ialah harimau putih dan Safari Walk yang hampir siap. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan keadaan binatang-binatang yang kelihatan sihat dan aktif di dalam enclosure masing-masing.
8 ~ 12 Badak Air Nil - Badak air adalah perenang yang hebat dan boleh menahan nafas didalam air selama 5 minit. Badak air juga boleh berjalan didalam sungai dan tasik. Ia mempunyai kelenjar yang mengeluarkan mukus berwarna 'pink' yang berfungsi sebagai losyen plembab, pelindung matahari dan pencegah serangga..
Makanan utama - rumput & rumpai air.. Habitat asal - Afrika
13 ~ 14 CAPYBARA - Tikus terbesar dunia. Gemar menghabiskan masanya berkubang didalam kolam yang berlumpur. Apabila terancam, ia boleh berlari seperti kuda serta berenang dan menyelam dengan mudah. Mempunyai lubang hidung dan telinga yang terletak diatas kepala membolehkannya meninjau keadaan sebelum naik ke darat.
Diet - rumput dan rumpai laut. Habitat asal - Amerika Selatan
15 Seladang India - Aktif sbelah pagi dan senja. Hanya bertindak agresif apabila didekati atau cedera.
16 Kijang (Barking Deer) - diburu hingga hampir pupus
20 ~ 21 Badak Sumbu (White Rhino) - Merupakan badak terbesar antara spesis badak yang lain dan merupakan haiwan daratan kedua terbesar selepas gajah. Walaupun memiliki saiz badan yang besar badak sumbu mempunyai otak yang kecil.
Makanan - Rumput dan tumbuhan. Habitat Asal - Afrika
22 ~ 27 Harimau Putih (White Bengal Tiger) - Mempunyai mata yang berwarna biru. Harimau putih bukanlah harimau albino. Warna putih terhasil akibat kekurangan pigmen gelap dalam bulunya.
28 ~ 37 Harimau Belang (Malayan Tiger) - Seekor harimau mempunyai kekuatan sebanyak 10 kali ganda manusia. Ia menyukai air dan sering berenang untuk menyejukkan badan pada waktu panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan