Isnin, 27 Januari 2014

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


Terkini ; Foto Operasi Menyelamat Mangsa Pesawat Cessna <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 06:08 PM PST


Tiga mangsa sebuah pesawat ringan jenis Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor yang dilaporkan hilang petang semalam dijumpai selamat kira-kira 3.45 pagi ini.

Ketiga-tiga mangsa, Saiful Farid Amin, 40; Syed Haidar, 25; dan Mohd. Saiful Zafiq, 25, dibawa keluar daripada kawasan nahas di Empangan Batu di Selayang di sini pada pukul 5 pagi ini.

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Selayang dekat sini untuk mendapat rawatan kecemasan.

Seramai 35 anggota pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) ketiga-tiga mangsa nahas berkenaan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila pesawat berkenaan yang diterbangkan oleh Saiful Farid hilang kawalan apabila cuba mengelakkan seekor burung helang yang melintasi pesawat.

"Pesawat yang hilang kawalan tersebut kemudiannya merempuh pohon buluh dan terhempas," kata Othman pada sidang akhbar di lokasi berhampiran nahas pesawat..

Pesawat Cessna milik Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan dilaporkan hilang pada pukul 5 petang di sekitar Batu Caves, semalam.





Projek A-Day Camp <b>di</b> Sg Tua, <b>Ulu Yam</b> | ary_lee

Posted: 16 Jan 2014 07:00 PM PST

Assalamualaikum & Selamat Pagi^^
Beberapa hari lepas, Ary the Explorer bersama kawan-kawan merancang untuk sebuah "A-Day Camp" di Sungai Tua, Ulu Yam. Orang lain sibuk berarak pada pagi Maulidur Rasul, kami sibuk terjun sungai. Dan sejujurnya, ini PERTAMA kali ary mandi sungai. As one of my friends said, you are such a truly city girl, ary. Yes, indeed!
Landmark lokasi ary kali ini adalah Gombak/Batu Caves/Ulu Yam. So, jika korang nak ke sini, cari lah papan tanda yang ada tempat-tempat tersebut. Tapi, di-suggestkan jangan lah pergi ketika Thaipusam ni. Takut tersangkut dalam keadaan trafik yang sangat teruk. 
Timing yang paling sesuai untuk datang ke Sg Tua, Ulu Yam adalah pada waktu pagi. Sebabnya, waktu tu air tak berapa nak deras dan masih surut. Jadi, boleh lah main area waterfall. Dan mulai pukul 12 tengahari dan ke atas, makin ramai yang datang. Jadi, ia akan menyukarkan lagi untuk mendapatkan tempat yang strategik. 
Ary tiba di sana pada pukul 10 pagi dan pada masa itu, beberapa pondok yang berdekatan dengan sungai telah pun dihuni. Tapi kami bernasib baik sebab ada yang nak balik waktu kami sampai^^
Pada masa itu, kami pilih untuk stay di kawasan yang ada waterfall kecik. Kenapa kecik? Sebab memang waterfall tu kecik. Tapi, kecik-kecik jangan dibuat main woiiii.. Ary sendiri injured ditolak tekanan waterfall. Ini disebabkan terlampau excited, melompat-lompat dengan kaki yang sebelah tempang. Dah lah sebelah dah tempang. Bila dua-dua dah tempang, apa jadi? = ="
Toilet ada disediakan tapi sangat terhad. Toilet je ada. Shower tak ada. Lokasi toilet: After jambatan gantung. Lokasi toilet pun nak inform ke? Penting woaaahhhh.. Kang ada yang membuang tepi sungai, saper nak jawab?? 
Btw, masuk sini akan dikenakan bayaran which is RM1 untuk dewasa. Kanak-kanak RM0.50 kot? 

Update: Another story dari side teman bersama di Ulu Yam - Norfa Nil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads