Sabtu, 1 Februari 2014

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Budak Letrik: Air Terjun Lata Medang, <b>Kuala Kubu</b> Bharu.

Posted: 01 Jan 2014 09:48 AM PST


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ni nak cerita pasai air terjun pulak setelah menghabiskan cerita Trans Java. Dah lama dah pun sebenarnya kami trekking air terjun Lata Medang ni tapi baru berkesempatan nak menulis. Boleh la berkunjung ke Lata Medang ni kalau ada kelapangan di hujung minggu tapi agak kurang sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil kerana lokasinya terletak jauh di dalam hutan.
Lata Medang ini terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu. Kampung Pertak ni merupakan perkampungan orang asli yang terletak berhampiran Sungai Pertak. Jikalau dari pekan Kuala Kubu Bharu, ikut jalan menuju ke Sungai Chilling atau Fraser Hill. Sebelum sampai di Sungai Chilling, akan ada satu signboard kanan menunjukkan Kampung Pertak. Masuk ke kanan melalui kawasan perkampungan moden orang asli hingga ke jalan kecil di mana terdapat jambatan yang merentasi sungai. Parking kereta di situ dan bersedia untuk trekking masuk ke dalam hutan.
Jarak dari tempat parking ke lokasi Air Terjun Lata Medang lebih kurang 2 jam trekking. Untuk peta perjalanan, kami hanya Google dan akan ada peta yang dilukis oleh pengunjung yang pernah ke sini. Kami mengikuti sahaja peta tersebut oleh kerana terdapat beberapa simpang yang kritikal sepanjang laluan denai hutan. Memang kurang sangat berselisih dengan pengunjung lain di sini, tidak seperti di Sungai Chilling yang sememangnya ramai.



















Untuk panduan, dari tempat parking kereta, anda akan bertemu sebuah jambatan gantung yang merentasi sungai. Ikut laluan tersebut hingga anda bertemu jambatan runtuh yang melintangi sungai. Hati-hati melintasi sungai mengikut jambatan runtuh tersebut. Selepas melintasi sungai, teruskan mengikut trail yang ada.

Pastikan memakai pakaian yang sesuai untuk ber-trekking. Kalau boleh berkasut kerana jarak yang dilalui hampir 12 KM pergi balik. Dekat sini tak payah lintas sungai macam Sungai Chilling, cuma awal perjalanan sahaja melalui titi ganting dan jambatan runtuh yang melintasi sungai.























































































































Apa yang syok pasal Lata Medang ni adalah ianya kurang dikunjungi dan masih belum tercemar oleh kerana lokasinya yang terletak jauh di dalam hutan. Air terjun Lata Medang ni sebenarnya bertingkat-tingkat dan terletak di kawasan tanah tinggi. Oleh itu kita akan jumpa dulu Lubuk Mecu di bahagian bawah sebelum jumpa Lata Medang. Ikan pun ada yang kecil-kecil ja, tak macam Sungai Chilling. Bagi yang suka berkhemah, ada tapak perkehemahan berhampiran dengan Lubuk Mecu.

Sebelum beredar pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat melayan mandi Sungai Pertak dahulu. Lokasinya tak jauh dari tempat parking kereta berhampiran Kampung Orang Asli Pertak. Waktu pun dah petang menjelang senja, hanya kami yang berada di situ. Tengahari sebelum tu lalu tengok ada ramai jugak berkelah di sini disebabkan lokasinya yang boleh diakses dengan kenderaan berbanding Air Terjun lata Medang yang kami jelajahi tadi. Sampah sarap agak banyak bertaburan sekitar Sungai Pertak ni. Pandai berkelah tapi tak pandai buang sampah. Sayang tengok tempat menarik sebegini dengan longgokan sampah. 
  • Dari Kuala Kubu Bharu, ambil jalan menuju Bukit Fraser dan belok kanan bila ternampak papan tanda Kampung Pertak. Terus mengikut minitar hingga terjumpa Sungai Pertak di sebelah kanan jalan. Parking kenderaan anda di situ.
  • Mula trekking dari tempat parking hingga ke hujung jalan. Akan ada jambatan gantung yang merentasi sungai. Teruskan perjalanan hingga melepasi jambatan kedua yang runtuh menyeberangi Sungai Luit.
  • Selepas jambatan runtuh, teruskan berjalan mengikut trail yang ada hingga anda menjumpai simpang yang pertama. Ambil jalan KIRI dan teruskan perjalanan. Anda akan terdengar deruan air Lata Jebus di sebelah kiri anda.
  • Jumpa simpang yang kedua, ambil KANAN. Teruskan perjalanan yang sedikit mendaki dan agak teknikal.
  • Lebih kurang sejam perjalanan, anda akan bertemu dengan Air Terjun Lubuk Mecu. Ada tapak khemah di sini. Untuk ke Lata Medang, teruskan perjalanan mengikut denai hutan ke atas. 
  • Masa yang diambil untuk trekking dari tempat parking kereta ke Air Terjun Lata Medang lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Dinasihatkan memulakan trekking pada waktu pagi untuk keselamatan.

Video

Antara aksi yang sempat dirakamkan ;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads