Ahad, 16 Februari 2014

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


majlis bandaraya <b>petaling jaya</b> buta mata butia hati - Bersama Mazidul

Posted: 11 Jan 2014 07:16 PM PST

Bangunan di dalam pagar di sebelah kanan gambar di bawah, Uptown D' Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Dua hari lalu, pegawai Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ mendakwa dia mengikut telunjuk pihak pengurusan pasar malam itu dalam kes pembaharuan lesen peniaga.
Timbunan sampah berulat, lalat berterbangan.
Kurang 10 meter dari longgokkan sampah menjijikkan dan berbau busuk, gerai menjual makanan Pasar Tani Kota Damansara.
Pasar Tani, lokasi dikunjungi orang awam dan sebilangan mereka menjamu selera di gerai sambil dihidangkan bau hanyir sampah. 
Setiap pelanggan melintas, pasti terlihat kekotoran itu. Hairan bagaimanakah penguat kuasa MBPJ tidak mengetahui FAKTA, wujudnya tong sampah terbuka di kawasan itu. Adakah perlu sampah dibiarkan di situ?
Saya yakin, sampah bertaburan tidak dilupuskan oleh warga Johor, jauh sekali mereka tinggal di Kelantan atau Sabah dan Sarawak.
MBPJ, jangan bertindak terlalu lembab menangani masalah ini kerana kesihatan orang ramai SEDANG diperjudikan. Jangan buta mata, buta hati sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads