Ahad, 9 Februari 2014

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Burger McKangkung wujud <b>di Petaling Jaya</b> — KL-TODAY.COM

Posted: 04 Feb 2014 06:20 PM PST

Mungkin setelah mendapat inspirasi daripada sandiwara kangkung, Admin "Mike" Abdul Nan menyahut cabaran bagi menyediakan burger kangkung di gerai yang didirikannya di tepi jalan.Hasilnya? Daging burger buatannya sendiri, yang dicelup ke dalam sos sambal belacan, serta dihiasi kangkung, bawang, serta potongan nenas sangat menyelerakan.

"Saya menggunakan resepi sambal belacan yang diturunkan ibu saya, dan menggunakan nenas bagi menambah perisa," jelas Mike ketika ditemui di gerainya Mike's Burger Celup di Seksyen 14 di sini.

Idea asal bagi sajian tersebut diutarakan seorang pelanggan tetap yang mencabarnya menyajikan burger kangkung.

"Saya memang pantang dicabar, dan saya mahu memastikan isu kenaikan kos sara hidup tidak dilupakan begitu saja," Mike berkata, sambil merujuk kepada kekecewaan rakyat berikutan kenyataan harga kangkung yang dibuat Perdana Menteri baru-baru ini.

"Saya mahu seseorang terfikir: Anda mahu jadi seperti kami? Anda perlu turun padang dan jalani hidup seperti kami selama seminggu. Mungkin anda bakal tahu kesusahan rakyat," jelasnya, sambil menegaskan sajian tersebut tidak berniat menghina sesiapa.

Rutin hariannya bermula dengan menghantar anak-anak ke pusat jagaan, kemudan membawa isterinya ke pejabat sebelum singgah di pasar bagi menyediakan bahan-bahan bagi gerainya. Beliau berniaga setiap malam Isnin hingga Sabtu daripada 6 petang.

"Saya menyediakan daging burger sendiri yang lebih berkhasiat. Saya turut menggunakan sos sendiri berdasarkan pengalaman kerja selaku seorang tukang masak," katanya yang menimba 15 tahun pengalaman di dalam industri penyediaan makanan.

Bangga dengan perniagaannya, Mike turut gembira apabila pelanggannya menggemari sajiannya.

Salah seorang pelanggan Mike, Lynn Yap memberitahu theantdaily bahawa bahawa beliaulah yang mencadangkan idea burger kangkung tersebut.

"Suami saya membeli burger Mike sejak 2012 dan kami sering datang ke sini bagi menikmati sajiannya," jelas Yap, yang ditemani suami serta dua orang anak.

Mike mampu menjual 20 biji burger tetapi kini hasil jualannya semakin menurun.

"Saya sering melarikan diri daripada pihak berkuasa kerana permohonan saya bagi menjalankan perniagaan asyik ditolak.

"Saya tidak mampu membuka gerai di pusat perniagaan kerana sewanya mahal," tambah beliau.

Walaupun menganggap dirinya seorang penentang, Mike berkata: "Saya mempertahankan beberapa nilai di dalam kehidupan.

"Saya tidak mengamalkan rasuah bagi mendapatkan permit berniaga. Saya menjalankan perniagaan halal kerana mahu memberi makan minum kepada anak-anak dengan pendapatan yang bersih.

"Ada yang memiliki lesen perniagaan, tetapi menyewa lesen mereka kepada pihak lain. Ini membuatkan saya marah, kerana mereka menutup peluang orang yang benar-benar mahu berniaga," katanya.

-Cecair Perangsang Isteri Yang Hebat… KLIK SINI
-Hormon Pemikat Wanita Yang Paling Pekat & Berkesan … KLIK SINI

Sejak beroperasi setahun yang lalu, Mike sering didatangi pegawai penguatkuasa. Beliau terpaksa berhenti beroperasi selama sebulan setengah satu ketika dahulu.

"Adakah mereka tidak faham kesusahan kami? Mereka ingat kami senang sangat!" kata Mike, yang berharap dapat membuka perniagaan "big bike burger cart"  seperti di Amerika Syarikat.

Malang sekali bakat Mike tidak dapat dikembangkan kerana kesukaran memperoleh lesen perniagaan. Namun, di sebalik kesusahan peniaga sepertinya, ada pula pihak yang menyewakan lesen mereka bagi mendapat keuntungan segera.

-Ant Daily (BM)

majlis bandaraya <b>petaling jaya</b> buta mata butia hati - Bersama Mazidul

Posted: 11 Jan 2014 07:16 PM PST

Bangunan di dalam pagar di sebelah kanan gambar di bawah, Uptown D' Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Dua hari lalu, pegawai Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ mendakwa dia mengikut telunjuk pihak pengurusan pasar malam itu dalam kes pembaharuan lesen peniaga.
Timbunan sampah berulat, lalat berterbangan.
Kurang 10 meter dari longgokkan sampah menjijikkan dan berbau busuk, gerai menjual makanan Pasar Tani Kota Damansara.
Pasar Tani, lokasi dikunjungi orang awam dan sebilangan mereka menjamu selera di gerai sambil dihidangkan bau hanyir sampah. 
Setiap pelanggan melintas, pasti terlihat kekotoran itu. Hairan bagaimanakah penguat kuasa MBPJ tidak mengetahui FAKTA, wujudnya tong sampah terbuka di kawasan itu. Adakah perlu sampah dibiarkan di situ?
Saya yakin, sampah bertaburan tidak dilupuskan oleh warga Johor, jauh sekali mereka tinggal di Kelantan atau Sabah dan Sarawak.
MBPJ, jangan bertindak terlalu lembab menangani masalah ini kerana kesihatan orang ramai SEDANG diperjudikan. Jangan buta mata, buta hati sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads