12 di ijok - Google Blog Search |
KRONOLOGI SERBUAN JAIP <b>DI IJOK</b> PERAK - We Care For Ummah Posted: 09 Mar 2014 10:02 PM PDT Jam 9.30 Malam 8 Mac 2014 Majlis Sambutan Maulid Sayyidah Zaynab (a.s) bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan dendangan nasyid Jam 10.15 Malam Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyerbu dan mengepung tempat berkenaan ketika majlis berjalan 12.30 Malam Para wanita dan kanak-kanak kecil yang belum menjamah makanan di angkut ke IPD selama dengan menggunakan bantuan trak polis 1.30 Malam Lelaki dan warga tua diangkut ke IPD dengan Trak polis sejauh 40 km 2.15 Pagi Mangsa yang ditangkap diambil keterangan maklumat di IPD (tanpa kehadiran pegawai JAIP untuk menjelaskan keadaan) 2.30 Pagi Mangsa yang ditahan menunggu di bilik soal siasat selama hampir sejam hingga ke dua jam dan dijamu dengan roti kering dan air mineral oleh pihak Polis, pihak berkuasa polis memberi layanan yang semampu yang mungkin ekoran mereka dikerah untuk melakukan tugas dalam keadaan tidak mengetahui keadaan sebenar (tanpa kehadiran pegawai JAIP) 3.30 Pagi Mangsa lelaki, wanita dan anak kecil seawal usia 4 bulan serta warga tua dibawa kesel lokap masing-masing, dengan budi bicara pihak polis seorang wanita terpaksa dibawa kehospital kerana mengalami masalah kesihatan (tanpa kehadiran pegawai JAIP) 4.00 Pagi Pihak polis yang bertimbangrasa dan prihatin mengumpul wang untuk membeli makanan roti canai dan buah pisang untuk diberikan kepada mangsa yang masih dalam kelaparan dalam sel (tanpa kehadiran pegawai JAIP) 4.30 Pagi Pegawai tinggi polis IPD Selama melawat dan menanyakan khabar mangsa di sel (tanpa kehadiran pegawai JAIP) 9.30 Pagi Mangsa diberi makanan nasi goreng dan air Tea O panas untuk sarapan (masih belum ada kelibat Penguatkuasa JAIP) 12.30 Tengah hari Mangsa wanita dan kanak-kanak dilepaskan dengan ikat jamin mangsa yang lain oleh penguatkuasa JAIP dan diberi notis untuk menghadirkan diri ke mahkamah syariah 1.30 Tengah hari Mangsa lelaki juga dilepaskan dengan ikat jamin sesama sendiri dan diminta hadir ke mahkamah syariah 2.30 tengah hari Dengan keprihatinan pihak polis IPD selama menghantar mereka pulang ke tempat yang diserbu semalam dengan menaiki trak polis, kesemua mereka yang tertangkap berterima kasih dengan layanan baik pihak polis terhadap mereka dari semalam. Berikut adalah kronologi operasi serbuan dan tangkapan pihak JAIP pada malam kejadian, pihak polis yang bertugas dan melihat sendiri penderitaan mangsa yang ditahan di lokap IPD meluahkan rasa kasihan dan terkejut dengan tindakan JAIP sehinggakan menahan anak-anak kecil didalam sel lokap bersama ibu mereka. "Kami sendiri tidak tahu bagaimana hal ini berlaku, kami cuma menerima arahan untuk menahan mereka, dan kami agak terkejut dengan tindakan pihak JAIP" kata seorang daripada pegawai polis yang tidak mahu namanya dikenali. Sel lokap IPD Selama hanya dipinjam oleh pihak penguatkuasa JAIP untuk menahan dan mengurung mereka yang tertangkap seramai 100 lebih antaranya wanita dan anak kecil, tindakan pihak JAIP amat bertentangan dan tidak berprikemanusiaan terhadap hak asasi manusia yang diamalkan di Malaysia ke atas mereka yang tertangkap. Malaysia adalah negara pertama didunia yang mengkafirkan kefahaman mazhab Syiah Jaafariah. Tindakan pihak penguatkuasa agama amat bertentangan dengan tanggapan dunia luar, dan mengusarkan lagi keadaan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Iran. Sumber Berita WC4U |
You are subscribed to email updates from di ijok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan