Jumaat, 28 Mac 2014

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Gadai nyawa <b>di jeram</b> bahaya : my Sarawak – News coverage <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2014 04:19 PM PDT

BAHAYA: Beberapa penduduk menolak perahu mereka semasa melalui Wong Memaloh di Sungai Ngemah, Kanowit.

Laluan utama penduduk Sg Ngemah terjejas teruk akibat kemarau sejak dua bulan lepas

KANOWIT: Laluan utama penduduk Sungai Ngemah di sini yang tinggal di Nanga Jagau, Lubok Tanjong, Nanga Lakah dan Rantau Lugai terjejas teruk akibat musim kemarau yang berpanjangan sejak dua bulan lepas.

Berikutan itu, lebih 2,000 penduduk di kawasan tersebut tiada alternatif lain selain menggunakan pengangkutan sungai dengan perahu panjang melalui Sungai Ngemah untuk urusan harian mereka tanpa mengira musim sejak dahulu lagi.

Antara kesukaran yang dihadapi oleh penduduk pada waktu ini (musim kemarau) ialah keadaan sungai yang cetek, pokok tumbang melintang sungai dan keadaan jeram-jeram yang cetek dan amat bahaya sekali gus amat sukar dilalui.

Seorang juragan perahu panjang dari Rantau Lugai yang hanya ingin dikenali sebagai Nyangguh, 48, meluahkan rasa bimbangnya sekiranya berlaku kecemasan di rumah panjang tersebut yang akan mengambil masa lebih 10 jam untuk turun ke pekan Kanowit menaiki perahu panjang.

"Selain menarik perahu di setiap kawasan yang cetek sepanjang laluan, kami terpaksa menarik bot melalui beberapa jeram yang amat sukar dilalui dan amat bahaya kepada keselamatan kami," kata Nyangguh mengadu kepada Utusan Borneo baru-baru ini.

Antara jeram yang dilalui di sepanjang Sungai Ngemah ialah Wong Entekai, Wong Memaloh (terletak berhampiran Nanga Jagau), Wong Silau, Wong Tarik Ili, Wong Aris, Wong Tibang, Wong Empeliau dan banyak lagi.

Kesemua jeram ini amat sukar dilalui dan sangat bahaya kepada keselamatan pengguna Sungai Ngemah, tegasnya.

Apabila ditanya tentang masalah itu, seorang penduduk di sana yang hanya ingin dikenali sebagai Nyala, 75, menyatakan bahawa mereka biasa menghadapi masalah berkenaan sama ada pada musim kemarau yang berpanjangan mahupun banjir besar.

"Kami tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu mendoakan diri kami selamat setiap kali kami menaiki bot sepanjang perjalanan melalui jeram-jeram yang amat berbahaya kepada kami," katanya.

Menyentuh tentang pembangunan di kawasan itu, seorang penduduk iaitu Anchar Bantin, 56, menyatakan bahawa mereka tinggal jauh daripada arus pembangunan.

"Kami tercicir dari segi kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air terawat dan pembangunan infrastruktur yang lain sejak dahulu lagi.

"Kami mahu jalan raya, kami mahu wakil rakyat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah kami.

"Kami juga mahu Ketua Menteri dan Perdana Menteri meninjau kawasan kami di Sungai Ngemah agar taraf kehidupan kami berubah daripada asalnya," kata seorang penduduk dari Nanga Lakah yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Perancangan membina Jalan Nanga Ngungun ke Nanga Jagau sepanjang lebih kurang 17 kilometer telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada lawatan beliau ke Nanga Tada pada 2010 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM8 juta.

Namun, sehingga kini isu tersebut tiada dibangkitkan lagi dan penduduk Ngemah amat mengharapkan agar kerajaan mempercepatkan pembina Jalan Nanga Ngungun/Nanga Jagau hingga ke Rantau Lugai.

Category: Sarawak

sepetang <b>di</b> aroma ikan bakar, <b>jeram</b> kuala selangor - all about my life

Posted: 10 Mar 2014 05:17 AM PDT

Ini cerita Sabtu last week.
Actually aku nampak newsfed kat fesbuk akak blogger green apple update blog cerita pasal Aroma Ikan Bakar, Jeram ni.
Terus otak time tu terkuar simbol mentol *tink tink*
Datang idea nak makan ikan bakar gak.
Search kat gugel-- baca blog orang-- ada yg cakap sedap, ada yg kata murah, ada yg bitau dulu lagi sedap and murah, ada yg nasihat suh call and booking before datang ect.
Banyak info yg aku dapat tp sepatah haram aku tak ikut. Derhaka namanya ni uhuhuhu.
Yang aku ikut ialah ikut hiway LATAR. Tu je.
Nama aku nak booking, haram terlupa. Terjah je konsepnya:)
Ikut hiway LATAR just 30mins from Sg.Buloh.
Tak susah nak cari kalau ikut pakcik waze-- memang btul direction yang dia kasi.
Time sampai tu, da gelabah jap pasal nmpk byk giler kete berderet tepi jalan. Hubby da start bagi tazkirah-- pasal pe x call booking dulu, kang xde kosong cemana.
Aku malas nk melayan-- tadah je la telinga dengar ahaha.
Aku beratur kat tempat nk pilih seafood/ikan while hubby cari meja for 3 of us. Tapi malangnya xde call pon bitau da dpt meja ke blom. Yang aku ni da risau ni sebab que line beratur da semakin dekat sampaikan akak belakang aku tu cakap, pegi tengok no.meja sebab org kt tmpt pilih seafood/ikan akan tanye no.meja.
So pegi la cari hubby tapi hubby still tercegat kat situ cari meja.
Full house. Punya la ramai orang.
10mins gak la mencari and finally jumpa meja L18-- family kt meja L18 tu blom abes makan actually tp makanan byk yg da licin. Ada sorang family member yg tengah dok meratah ketam.
Takpe la, kitaorang tunggu sampai ko suda makan.
While hubby tunggu diaorang abes makan, aku pegi beratur balik.
Sib baik akak comel tu nampak aku and suh beratur depan dia. Yang bestnya tu dia siap amekkan bekas untuk aku isi seafood/ikan.
Banyak selection of the seafood/ikan-- siakap,cencaru,kembong,pari,udang XXXL,ketam bunga, sotong XXL,kupang,lala,pepahat. Tu je la yg aku kenal hihihi.
Aku amek 2 ekor ikan cencaru-- bakar.
Sotong XXL 2 ekor-- goreng tepung.
Ketam bunga 2 ekor-- masak cili.
Pastu order tom yam ayam 1 sbb nak kuah, air tembikai, teh panas, oren jus and nasi putih 1 pinggan.
Aku tak sentuh pon nasi sebab memang da aim nk makan seafood and ikan bakar. Nak ratah lauk je:)
Puas ati gak la sebab makanan not bad especially sotong goreng tepung and ketam masak cili. Ikan bakar dia bole la. Yang kurenggg sket ialah tom yam-- ni memang aku tak rekemen k. Tak sedap langsung. Buktinya, tak abes pon. Ada la sesudu dua yang aku dengan hubby hirup kuah dia.
Total damaged malam tu ialah RM67.40 utk 2 org makan. 
Paling mahal ialah harga sotong. Mahal pon xpe asalkan sedap, mabeles, yummylicious:)
Next time ada rezeki kalau datang lagi, aku da tau da nk order apa hihihi.
sementara tunggu makanan siap, mari kita selfie dulu 3 beranak:)
time ni air surut, so nampak la cam jauh je dari gigi air padahal kat tmpt org bertenggek tu da boarder air da.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads