Khamis, 27 Mac 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Maklumat Terkini Dan Punca Jerebu <b>Di</b> Malaysia - <b>Kuala Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2014 08:12 PM PDT

photo

Terdapat 13 kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada hari ini dari jam 6 pagi hingga 11 pagi terutamanya di kawasan Selangor seperti di Banting ( 138 )  , Kuala Selangor ( 158 ) , Pelabuhan Klang ( 148 ). Maklumat yang dirujuk dari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar itu juga menunjukkan , beberapa kawasan lain juga mempunyai bacaan indeks pencemaran udara tidak sihat termasuklah Putrajaya dengan bacaan 127, Nilai di Negeri Sembilan dengan bacaan 147 dan juga Bukit Rambai di Melaka dengan bacaan 116.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Orang ramai boleh merujuk ke portal apims.doe.gov.my kendalian Jabatan Alam Sekitar untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan mereka.

Punca jerebu

Selain itu menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim,  pihak bomba sudah penat memadamkan kebakaran terbuka yang dilakukan oleh  individu tertentu yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan keadaan bertambah kritikal terutama kualiti udara.  Pihak bomba juga telah mengendalikan 500 kes kebakaran terbuka di seluruh negara membabitkan hutan, belukar, ladang dan sampah sejak Februari lalu dan kes ini meningkat sehingga 5 kali ganda berbanding sebelum ini. Faktor cuaca panas dan kering tanpa kehadiran hujan untuk beberapa hari memburukkan lagi keadaan. Pada tahun ini, cuaca kering agak tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac.

About Aida Sue

Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads