Jumaat, 18 April 2014

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Derita tanpa air <b>di Balakong</b> | ACT for Malaysia

Posted: 27 Feb 2014 08:37 PM PST

balakong water crisis photo 1BALAKONG: Semenjak penutupan dua buah loji rawatan air di Selangor kerana kandungan amonia yang tinggi di Sungai Langat 28 Jan lalu, kawasan Balakong mula mengalami masalah bekalan air bersih.

Kini, sudah hampir sebulan penduduk Balakong menderita dek kerana bekalan air bersih yang terhad itu menjejaskan kehidupan seharian penduduk di sana.

Semalam, FMT telah melawat beberapa kawasan di Balakong yang terjejas dengan masalah ini.

Menurut seorang penduduk di Pangsapuri Kenari, Syaria Kassim, 43 tahun, dia terpaksa berulang-alik tiga tingkat tangga untuk mengambil bekalan air untuk kegunaan isu rumahnya.

Menurut ibu kepada lapan orang anak itu, bebanan ini menyebabkan penyakit asma yang dihidapinya bertambah buruk.

"Ini menjejaskan kesihatan sebab kita penat. Sebelum itu kita tak penat, semenjak ada (bekalan) air (kecemasan) ini, dah dua kali kita pergi ke klinik untuk terima rawatan," katanya.

Menurutnya lagi, walaupun diserang asma, dia terpaksa mengambil bekalan air kecemasan untuk kegunaan keluarganya di siang hari kerana suaminya bekerja.

"Kita anak ramai tak cukup juga ni. Kita pun kadang-kadang pukul 1 petang, pukul 3 petang keluar ambil air tapi bekalan pun tak cukup.

"Orang ramai, ada empak blok (pangsapuri), bekalan air ini memang tak cukup," katanya lagi.

Di Taman Impian Ehsan pula, sebuah keluarga terpaksa berbelanja lebih untuk menjamu selera apabila mereka terpaksa makan di luar semenjak krisis bekalan air ini bermula.

"(Kos perbelanjaan) tak dapat nak cakap sebab sepanjang tiga minggu ni makan di luar. Kalau seorang dalam RM10, ada lima orang dalam rumah jadi dah RM50 sekali makan. Kalau tiga minggu?," kata Izzatul Mohd Rahim, 20 tahun.

Menurut Izzatul, yang sedang menjalankan latihan amali di sebuah hotel, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan pihak tentera menghantar bekalan air kecemasan kepada penduduk di sini.

Jadual tak tentu

Namun, menurut Izzatul, waktu bekalan air dihantar yang tidak menentu menyukarkan penduduk untuk merancang jadual masing-masing.

"Selalu dia hantar malam… kadang-kadang pukul tiga pagi… jadi orang baru nak tidur terpaksa bangun untuk ambil air untuk mandi, untuk anak pergi ke sekolah.

"Malam dah ambil air siap-siap, dah lambat tidur, pagi nak kena bangun lagi. Kalau kerja petang, pagi nak kena menunggu mereka masuk dan tambah bekalan air," katanya lagi.

Tambah Izzatul, ada penduduk yang terpaksa menumpang rumah saudara, pergi ke hotel atau perhentian-perhentian lebuh raya terdekat hanya untuk mandi.

Selain itu, bekalan air yang dihantar juga terlampau sedikit berbanding jumlah penduduk di sana.

"Mereka isi semula tong air itu sehari sekali atau dua hari sekali. Dan ia hanya bertahan lima hingga 10 minit kerana orang ramai yang datang mengambil," jelasnya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai dobi di sini berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga servis mereka kerana mereka terpaksa membeli bekalan air untuk menyambung operasi mereka.

"Dah dua minggu kami tutup, air pun kami beli sendiri dengan harga RM100 setong. Kos perniagaan meningkat dalam 30%.

"(Sambung operasi) merugikan ada la, beli tong (air) pun dah ratusan ringgit…sepanjang dua minggu (tutup kedai) itu tak ada pendapatan langsung," kata Liza Abdul Rasul, 28 tahun.

Tandas restoran

Sementara itu, Restoran Thaqwa Corner di Taman Balakong Jaya pula terpaksa menutup tandasnya dari digunakan pengunjung untuk mengurangkan penggunaan air.

Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa menggunakan cawan dan pinggan pakai buang untuk tujuan yang sama.

"Kita dah tahu biasa dah dekat sebulan (masalah air) ini jadi kita dah simpan air dalam tong. Kos kita meningkat kerana terpaksa beli peralatan pakai buang ini.

"Pelanggan pun ada yang kurang selesa terpaksa menggunakan cawan pakai buang ini semua. Kita pun terpaksa cari lebih kerja untuk membantu jadi kos memang meningkat," kata pengurusnya, Riaz Kan.

Menurutnya, walaupun pada asalnya pelanggan ada yang tidak berpuas hati kerana kurang selesa, namun kini mereka memahami masalah yang dihadapi oleh pihaknya.

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads