Selasa, 1 April 2014

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Gambar Norazman Mohammad : Kes Bunuh <b>di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b>

Posted: 30 Jan 2014 06:35 PM PST

Kes Pembunuhan Bangi

Gambar Norazman Mohammad : Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi. Berita Semasa agak sedih apabila seorang anak mati di tangan bapa kandungnya sendiri. "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi" apabila seorang bapa telah kelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Kronologi Lengkap Kes Bunuh di Bandar Baru Bangi (Bapa Norazman Mohammad kelar Anak Perempuan)

  • Pukul 4:00 petang : Khadijah(15 tahun) bersama abang sulungnya (18 tahun) berada di tingkat atas rumah teres ( 2 tingkat) telah terdengar jeritan daripada tingkat bawah dan mendapati bapanya (suspek) sedang memegang sebilah parang dan beliau terus mendapatkan abangnya. Kedua-dua mereka turun bawah mendapati 2 adik perempuan mereka berusia (12 tahun) dan (10 tahun) dalam keadaan berlumuran darah di badan manakala adik perempuan bongsu 7 tahun (si mati) terbaring di atas katil bilik bawah. Suspek pada masa itu dipercayai telah melarikan diri melalui pintu belakang. Seterusnya penama (khadijah) telah hubungi polis.
  • Pukul 4:15 petang :  Norazman Mohammad mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Anak perempuan Norazman Mohammad berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.
  • Pukul 4:19 petang : Semasa sedang bertugas, anggota Gerakan Kajang  telah terima panggilan MERS daripada seorang perempuan bernama Khatijah beritahu ada pergaduhan satu tempat kejadian dan telah bergegas ke tempat kejadian dengan kenderaan MPV 206 ke lokasi kejadian. Di lokasi kejadian, ada kesan darah di dalam rumah, dan mendapati ada 3 kanak kanak Melayu telah mengalami pendarahan di bahagian badan. Dimana salah seorang mangsa ini telah meninggal dunia. Ambulan hospital kajang telah di hubungi ke lokasi.
  • Soalsiasat secara lisan isteri suspek (42 tahun) kerja sebagai pegawai penyelidik di TM Cyberjaya memberitahu suspek tidak bekerja sejak 1 tahun lepas dan sejak kebelakangan ini seperti hadapi tekanan perasaan walaubagaimanapun isteri tidak pernah bertanya sebabnya.
  • Pasangan suami isteri telah berumahtangga sejak 19 tahun lalu mempunyai 6 org anak berusia antara 18 hingga 7 tahun. (Sulung (L – 18 tahun) , kedua ( L – 17 tahun), ketiga (P – 15 tahun), keempat (P – 12 tahun) , kelima (P- 10 tahun) dan Bongsu (P – 7 tahun). Telah tinggal di rumah sekarang sejak 11 tahun lepas.
  • Mangsa cedera adalah 2 anak perempuan umur 12 tahun & 10 tahun kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kajang. Manakala simati adalah anak bongsu pasangan ini. Kecederaan jelas pada bahag ian leher.
  • Sejurus kejadian dimaklumkan ops kesan telah dilakukan dan berjaya tangkap suspek di bahagian belakang rumah kawasan semak di mana suspek sedang bersembunyi dalam keadaan kepalanya cedera (berdarah) dan ada 1 ketul batu bata ada kesan darah 25 meter daripada lokasi saspek ditemui.
  • Suspek yang bersenjatakan sebilah parang mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari. Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek

Gambar Norazman Mohammad (Bapa Kelar Anak Perempuan)

P/S : Peringatan bersama untuk kita semua disebalik kejadian menyayat hati dan tragis seperti ini. Hakikatnya, tekanan memang boleh hilangkan tahap kewarasan seorang manusia yang diberikan akal secukupnya untuk membuat pertimbangan dan berfikir.

PP/S : Banyakkan berdoa agar Allah melindungi kita daripada kezaliman, kekufuran. Alfatihah untuk adik yang meninggal. Salam takziah Berita Semasa kepada keluarga mangsa.


KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads