Isnin, 7 April 2014

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Anwar yakin KEADILAN menang <b>di Kajang</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 22 Mar 2014 09:14 PM PDT

(Oleh Lyn Nasir)

KAJANG 23 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pengundi Kajang memilih calon Pakatan Rakyat sebagai peneraju pentadbiran di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Anwar (paling kiri) mengiringi Wan Azizah bersama pengundi di pusat pengundian Sek Keb Saujana Impian.

Anwar (paling kiri) mengiringi Wan Azizah bersama pengundi di pusat pengundian Sek Keb Saujana Impian.

Beliau berkata, calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menumpaskan lawannya, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.

"Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada kita, InsyaAllah tapi kita kena kerja kuat.

"Dari segi pengundi, saya yakin dengan mereka, mereka dah lihat apa yang BN lakukan kepada mereka, jadi mereka tahu untuk menilainya," ujar Anwar kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun, katanya, hanya pengundi yang mampu menilai calon lebih layak bagi menerajui kawasan itu, yang dianggap sebagai 'Langkah Kajang' ke Putrajaya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berpuas hati dengan sistem pengundian hari ini yang dilihat lebih tenang dan teratur.

"Saya sangat berpuas hati dengan keadaan dan penyelenggaraan Pilihan Raya Kecil Kajang kali ini walaupun seperti biasa terdapat suara-suara lantang bagi menarik perhatian pengundi.

"Tapi pengundi sekarang lebih matang, walaupun kita tak boleh berkempen sejak pukul 12 malam tadi, tapi saya yakin Wan Azizah akan menang di Kajang," kata Khalid.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60312

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads