12 di kuala selangor - Google Blog Search |
Cendol Bakar Drive Thru <b>Kuala selangor</b> | ROJAK SOMTAM Posted: 07 Apr 2014 06:45 AM PDT Assalamualaikum & salam sejahtera. Dah mencuba mee tarik & mee bandung yang saya suggest?? Kalau belum lebih baik pergi cuba hehehe… kali ini saya nak bawak yang membaca blog ini ke kuala Selangor. Kalau pergi kuala Selangor mesti makanan seafood menjadi tumpuan kan?? Tapi kali ini saya nak bawa merasa makanan yang sejuk sejuk dingin gitu hehehe.. cendol bakar drive-thru kuala Selangor memang dah terkenal di kuala Selangor, mungkin kalau tanya orang di kuala Selangor mesti boleh tunjukkan. Apa keistimewaan cendol bakar ini?? Gula yang digunakan untuk buat air gula itu dibakar dahulu ( ni budak yang jual karipap gergasi tu yang bagi tau.. lau dia tipu saya, korang pun automatic kena tipu la). Rasa cendol disini boleh dikatakan berada dalam kategori sedap mengikut selera saya sebab tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar. Selain pelbagai jenis menu cendol yang disediakan, terdapat juga menu menu lain di gerai gerai yang di sediakan seperti lempeng pisang, bakso, coconut shake, karipap gergasi dan macam-macam lagi. oh, sebelum terlupa, di situ juga ada gerai nama pondok durian.. ada macam-macam menu berasaskan durian. Suasana susunan gerai-gerai di sini ala – ala zaman pendekar melayu gerai yang menggunakan atap rumbia. Untuk pengetahuan semua pada hari minggu kebiasaanya kedai akan agak penuh. Kalau boleh kongsi – kongsi la meja janganlah meja yang boleh duduk enam orang anda nak duduk berdua sahaja ( pengalaman masa makan cendol kat sini, ada makcik wat muka bila kiteorang kongsi meja.. suami dia ok ja). Untuk pengetahuan semua, waktu perniagaan cendol bakar ini dari pukul 10.00pagi sehingga 7.00petang. kalau lewat datang x merasa la.. hehehe Jika anda semua nak ingin ke sini, direction nya senang saja. Jika anda dari highway LATAR, masuk exit kuala Selangor dan terus sahaja sehingga jumpa gerai cendol bakar ini betul betul tepi jalan bersebelahan dengan stesen minyak Caltex. Untuk lebih memudahkan, anda boleh lihat maps yang saya sediakan. Senang kan jalan nak ke sana dari higway latar?? Jom lihat apa yang ada disana!!!!!!!!!!! Ni menu yang menjadi pilihan… Cendol VVIP yang ada nata de coco, biji selasih, kacang merah pulut dan jagung. Pulut dalam cendol ni terasa lembut. Xda la rasa keras je. Memang sedap la. Ni lak yang saya minum. Coconut shake. Sedap juga coconut shake ini. Terasa lemak dan kelapa. Patut cuba. Feel gila brader ni makan. fuhhhh... Ini pulak persekitaran dalam gerai cendol bakar. Drive thru dulu.. hehehe.. Ni la signboard yang boleh anda lihat di tepi jalan. Sebelum terlupa, untuk membeli cendol disini, anda perlulah beratur dikaunter.. kalau tunggu pelayan ambil order, memang tak akan ada.. hehehe.. jika anda berpeluang ke kuala Selangor jangan lupa singgah ke cendol bakar drive thru untuk membasah tekak. Hehehe.. selamat menjamu selera. p/s : kalau ada tempat makan menarik, minta #rojaksomtam di instagram… mana tahu boleh serbu disana pula. |
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan