Rabu, 9 April 2014

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


deqnoor.com: Ayam Ghantari Kini <b>di</b> Lokas Makana <b>Puchong</b>

Posted: 29 Mar 2014 09:55 PM PDT

Hari ini DN ingin berkongsi dengan kalian tempat makan yang telah DN kunjungi bersama beberapa rakan blogger lain pada hari Selasa yang lepas. Ia dikenali sebagai Ayam Ghantari.
- Sos Ayam Ghantari dibuat sendiri oleh tuannya tanpa bantuan pakar (try & error) sehingga berjaya menghasilkan rasa yang sama dengan sos asal.
- Terdapat 2 jenis sos iaitu sos ghantari dan sos taliwang. Sos ghantari berwarna hitam dan rasanya pedas-pedas manis manakala sos taliwang berwarna oren kemerahan dan rasanya pedas.
- Ayam yang digunakan adalah ayam kampung organik dan daging tulang rusuk juga sangat lembut.
- ayam dan daging diperap dengan sos ghantari sebelum dibakar. Adunan yang sudah meresap dan sebati di dalam daging ayam tersebut membuatkan rasanya sangat sedap.
 Ayam Ghantari bersama Nasi Kukus - RM7
Ayam kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis bersama nasi kukus. Ia dilengkapkan dengan lalapan, kerepek tempe dan kerepek paru.
  Puyuh Ghantari bersama Nasi Kukus - RM7
Puyuh dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis bersama nasi kukus. Ia dilengkapkan dengan lalapan, kerepek tempe dan kerepek paru.
  Iga Ghantari bersama Nasi Kukus - RM12.90
Iga (tulang rusuk) dan ayam kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis. Ia dilengkapkan dengan kentang goreng.
  Ayam Ghantari bersama Kentang Goreng - RM7
 Ayam kampung organik dibakar dengan bumbu istimewa dan dihidangkan dengan sos pedas manis. Ia dilengkapkan dengan kentang goreng.
Lihat sahaja makanan yang ditawarkan di atas, pasti membuka selera sesiapa yang meliihatnya. Harga juga sangat berpatutan dan berbaloi dengan rasanya yang sangat sedap. Melihatkan sambutan yang memberangsangkan di Lokas Makana Puchong ini, perniagaan Ayam Ghantari telah diluaskan ke Taiping, Kuala Terengganu dan Keramat. Mereka dalam usaha untuk membuka 2 lagi tapak di Putrajaya dan Damansara. Semoga usaha mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan Ayam Ghantari secara franchais akan berjaya.
 Kami juga turut dapat merasai menu terbaru mereka yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Jagung Ghantari ini dibakar dengan sos istimewa ghantari. Rasanya tetap pedas-pedas manis dan apabila dicampur dengan manis jagung, memang terbaik! Harga masih belum diketahui.
No 15A, Jln PU13/2, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
Locations Google Maps : 2.983927,101.609201.
Landmark : Carrefour Puchong Utama
*****************************
Jika ingin mengikuti perkembangan DN dengan lebih mudah selain dari membaca di blog, boleh follow DN seperti di bawah...
Instagram : deqnoor
Twitter : deqnoor
Google+ : +deq noor
Fanpage : deqnoordotcom

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads