Jumaat, 4 April 2014

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Ramdan terpantas <b>di Sepang</b> – Perak Today

Posted: 16 Nov 2013 10:35 PM PST

ramdan

Ramdan terpantas di Sepang Ramdan muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa CP130, semalam:-

MOHD Ramdan Mohd Rosli muncul pelumba terpantas sesi ujian masa CP130 pada Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas dengan catatan rekod baharu di Litar Sepang Selatan, semalam.

Pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM itu merakamkan masa terpantas 1 minit 18:636 saat yang dilakukan pada pusingan kedua untuk memadam rekod lama 1:19.309s milik pelumba Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham.

Pelumba Givi Honda Yuzy Pachie, Mohd Zaqhwan Zaidi muncul pelumba kedua terpantas dengan catatan 1:18.697s diikuti Mohd Affendi Rosli (Y-TEQ SCK Honda Racing) ketiga, 1:18.710s.

Menurut Ramdan, perubahan pada saat-saat akhir terhadap pelarasan jentera membawa kesan positif untuk membantunya beraksi dengan lebih pantas berbanding sesi latihan bebas pada sebelah pagi.

"Saya berterima kasih kepada pasukan kerana perubahan yang dilakukan membantu saya untuk mencatat masa terpantas yang juga merupakan catatan rekod baru di sini. Saya cukup berpuas hati dengan kerja keras yang telah mereka lakukan" katanya yang tekad merebut barisan hadapan pada sesi Superpole hari ini.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads