Khamis, 24 April 2014

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Kandungan ammonia <b>Sungai</b> Langat masih <b>di</b> paras <b>tinggi</b> | maibaca

Posted: 17 Mar 2014 07:22 AM PDT

KUALA LUMPUR — Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan
Bukit Tampoi belum boleh beroperasi kerana kandungan ammonia di Sungai Langat
masih di paras tinggi.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataannya hari
ini memaklumkan bahawa hujan di beberapa kawasan sejak semalam masih gagal
memulihkan keadaan air di sungai yang menjadi sumber air mentah untuk kedua-dua
loji itu.

loji cheras
Oleh itu, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang
dilaksanakan kerajaan negeri Selangor masih diteruskan dan ia berjalan lancar.
Pelan dilakukan bagi menangani masalah kekurangan bekalan air terawat
disebabkan penutupan dua loji itu selain kekurangan pelepasan air mentah dari
empangan Sungai Selangor dan Klang Gates.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Persatuan Air Malaysia
(WMA)berkata persidangan air Asia 2014 akan diadakan di sini dari 19 hingga 21
Mac yang antara lain akan memberi tumpuan kepda isu membiayai dan menguruskan
air serta air kumbahan.
Persidangan itu dijangka mengumpulkan pihak berkepentingan dalam industri
air termasuk pakar-pakar, pembuat dasar dan orang awam.
Persidangan anjuran persatuan itu akan menyaksikan penandatanganan
memorandum persefahaman antara WMA dan Australian Water Association mengenai
pembinaan keupayaan dan perkongsian kepakaran bagi sektor air dan air kumbahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads