Selasa, 8 April 2014

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


<b>Ulu Yam Di</b> Liverpool | Pondok Paklong

Posted: 04 Feb 2014 11:46 PM PST


Pada awalnya Paklong tidak berapa tahu tentang naskah ini sehinggalah suatu hari Paklong terbaca satu post kenalan di facebook yang berkongsi tentang buku Ulu Yam Di Liverpool. Khabarnya ditulis oleh seorang rakyat Malaysia yang berasal daripada Ulu Yam yang kini berada di bumi Liverpool. Tajuknya sudah membuatkan Paklong rasa tertarik untuk meneliti naskah ini. 


Kunjungan Paklong ke salah sebuah cawangan gedung buku Popular menemukan Paklong dengan buku ini yang pada masa itu hanya tinggal beberapa salinan sahaja. Dengan harganya yang tidak sampai dua puluh ringgit adalah sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai santapan minda. Tidak salah dan tidak rugi sama sekali Paklong membeli naskah ini.

Penulis berkongsi kisah suka duka kehidupannya daripada zaman kecilnya sehinggalah sekarang ini. Tentang Liverpool FC.  Tentang Anfield dan banyak lagi yang menarik dikongsi bersama. Membaca setiap helaian naskah ini memberikan satu pandangan dan persepektif yang baru tentang kehidupan ini. Paklong syorkan untuk sesiapa sahaja membaca naskah ini. Ulu Yam Di Liverpool satu naskhah yang Paklong rasa wajib dibaca oleh kita semua. Dengan gaya bahasa yang bersahaja dan tidak terlalu tinggi. Memudahkan apa yang ingin disampaikan oleh si penulis sampai ke dalam minda pembaca. Dengan naskah ini you'll never walk alone lagi.


Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah 'pencuri impian'. Kata mereka, "Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!"
Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi. 
Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan. "Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat." - Nazali Noor.
Buku ULU YAM DI LIVERPOOL – membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads