12 di ampang - Google Blog Search |
Colours of Journey : 6D Motion Ride Fun <b>di</b> Tesco <b>Ampang</b> Posted: 08 May 2014 05:30 PM PDT Ehh macam mana boleh terlupa nak canangkan kat orang2 kampung pulak ni??? Ni cerita minggu lepas masa labor day 1 May haritu.. niat dihati nak lepak ilex dan chillax je kat rumah sambil nak membongkang.. ternyata terkabur niat murni aku tu sebab kena attend kenduri rumah Pak Cik Nizam kat Kajang.. sobs =( tapi tak apa.. janji ada makan2.. so tak payah lah hakak nak kena main masak2 kat rumah.. yer dak? hehehe. Balik dari kenduri haritu aku dah mengantuk giler menguap macam badak dekat seriburatus kali dalam kereta tanda2 nak membuta.. aleh2 Nizam ajak singgah Tesco Ampang.. dia kata kat sana ada "tong" yang dalam dia boleh tengok 6D.. hahaha kuno sangat bahasa laki Kak Jah panggil "tong".. sebenarnya itu bukan tong.. benda tu macam caravan yang diletakkan kat luar Tesco.. dalam tu boleh tengok movie 6D. Kalau rumah korang dekat dengan Tesco Ampang sila serbu beramai2 ke sana bawak jiran rumah sebelah menyebelah sekali merasa tengok 6D kat sana yer =) Nanti sebelum masuk kena duduk luar dulu..sambil2 tu boleh saksikan orang2 kat dalam "tong" tu harok menjerit2 hehe.. kalakor! Mula2 aku memberontak tak nak pergi.. kau giler Senah??!!! ada ke ajak gi Tesco pakai baju tradisional!!! Kak Jah kau ni bukan orang kampung dot com nak pergi hypermarket pakai baju tradisional.. tau lah baru lepas balik kenduri.. tapi orang lain bukannya tau pon Kak Jah baru balik dari kenduri time tu.. Bantahan Kak Jah gagal masa tu.. akhirnya aku akur... Nasib baik aku tak pakai baju kurung yang boleh menampakkan ketradisionalan sangat.. dan nasib baik lah masa tu aku pakai dress labuh. Sekarang ni pergi mana2 kenduri aku dah malas nak pakai baju tradisional sangat.. pakai dress je atau skirt dengan blous yang boleh mix & match.. tak koser nak pakai baju kurung songket bagai. Cuba tengok kat celah hujung sebelah kiri tu ada harga tiket untuk masuk.. murah & berbaloi sangat.. harga untuk 15minit tayangan.. Actually tempat ni tak lah sehebat kat Menara KL & Wangsa Walk yang ada 6D jugak.. cuma kat sini dia buat kat open space parking je.. Kalau nak high class sangat kau pergi kat Menara KL (harga almost RM100) kalau kat Wangsa Walk tu aku tak pasti berapa harga tiket.. mungkin almost RM70 kot. Nizam kata tengok kat sini pun dah ok.. sebab last time kitorang pernah nak masuk yang kat Menara KL tapi disebabkan harga macam tak worth it, tak jadi lah tengok.. sian Khairine & Danish masa tu.. Bila dah ada yang dekat dengan rumah macam ni kitorang pergi je lah.. janji ado daripada kempunan. Pamphlet 6D Motion.. Haritu aku tanya kat cina yang jaga ticket tu.. dia kata diorang akan berada kat Tesco Ampang only limited time.. Tak silap aku dia kata sampai end of May kot.. Kalau korang nak rasa macam mana tengok 6D baik korang pergi cepat. Nanti dah bayar dia kasi kau ticket macam ni.. View kat dalam aku tak ambik gambar.. gelap plus macam mana pulak aku nak bergambar kalau dah kerusi dalam tu bergoyang 360darjah.. hahaha. Ok lah.. itu je info free yang aku boleh share dengan korang.. sapa rumah yang dekat2 Ampang atau dekat dengan Tesco Ampang sila pergi cepat. |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan