Pertandingan lompat katak acara tahunan <b>di</b> Croatia - Kosmo Posted: 12 May 2014 07:09 AM PDT Pertandingan lompat katak acara tahunan di CroatiaPertandingan lompat katak acara tahunan di Croatia SEORANG peserta Leo Gregov, 16, meniup kataknya supaya melompat pada pertandingan lompat katak di bandar Lokve, Croatia kelmarin.- AFP
LOKVE, Croatia - Satu pertandingan lompat katak yang dikenali sebagai malam katak diadakan di bandar ini kelmarin. Pertandingan tersebut melibatkan para peserta cuba membuatkan katak masing-masing melompat paling jauh tanpa menyentuh amfibia tersebut. Malam katak merupakan acara tradisi di bandar ini yang terletak sekitar 100 kilometer dari ibu kota Croatia, Zagreb. Pertandingan tersebut kali pertama diadakan pada tahun 1975 manakala seramai 37 peserta bertanding pada acara tahunan itu kali ini. Acara berkenaan dimeriahkan lagi dengan muzik, tarian dan jamuan melibatkan hidangan istimewa kaki katak. - Agensi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan