12 di cheras - Google Blog Search |
Pokok Tumbang, Bumbung Tercabut, Kereta Rosak <b>Di Cheras</b>. Posted: 18 May 2014 06:04 AM PDT Sejak kebelakangan ini di Kuala Lumpur hujan sering turun... dan turunnya kadang² menakutkan... kerana disertakan dengan angin yang kuat... petang nie pun hujan lebat juga... harap² tiada la sebarang perkara yang tidak diingini berlaku... Petang isnin baru nie... hujan ribut... ya rabbi... sungguh mengerikan sekali... angin kuat sungguh... beberapa tempat terkena banjir kilat dan banyak juga kereta² tersekat kerana tidak dapat meneruskan perjalanan sebab air dah naik... menutupi hampir keseluruhan jalan raya... Di Cheras... rasanya paling teruk kot mengalami kerosakan... idah sempat mengunjungi beberapa rumah yang mengalami kerosakan teruk... macam YB melawat kawasan plak idah nie kan... hehehe... Bumbung parkir motor tercabut lalu terbang menghempap kereta² yang diletakkan bersebelahan dengan parkir motor tersebut.. Banyak kereta² yang ditimpa oleh bumbung yang terbang itu... Akibatnya banyak kereta² yang kemik... yang pecah cermin depan dan belakang... calar dan sebagainya... Pokok² besar yang tumbang boleh dilihat di merata² tempat di kawasan Cheras... ngeri tengok pokok nie... sampai terangkat akarnya dan memecahkan simen diatasnya... Yang ini lagi parah... pokok besar tumbang dan menghempap kereta yang diletakkan ditepi jalan... ermm.. kesian owner kereta² nie kan... total lost nie... Yang ini pula rumah flat DBKL 4 tingkat... bumbung di tingkat atas tu tercabut... Akibat dari bumbung rumah yang tercabut itu... habis hujan memasuki segenap ruang rumah... simpati melihatkan musibah yang melanda mereka... kena pula ada penduduk² tersebut yang menghidap macam² penyakit dan terpaksa membersihkan rumah mereka sendirian... Dari dalam rumah kita boleh nampak matahari menerusi celah² lubang ditepi syiling rumah... bayangkan jika hujan turun lagi... confirm rumah dia banjir lagi... iskhhh... kesian betul laa... tapi semasa kami datang... ternampak kelibat contractor DBKL sedang melakukan kerja² pembaikan semula walaupun hari itu adalah hari cuti sempena Wesak. Habis bilik, dapur, ruang tamu, tandas... boleh dikatakan semua ruang dimasuki air... tilam, almari, perkakas elektrik, perabot hampir kesemuanya disimbahi air hujan... Ada juga rumah yang terlibat... tetapi penghuninya tiada dirumah... mungkin pulang ke kampung atau bercuti kerana hari selasa adalah cuti umum... kesiann... tak tau la apa yang dah jadi kat dalam rumah dia tu... Selain dari rumah dan kenderaan... ada juga kemudahan awam yang rosak seperti perhentian bas, pagar, siar kaki, jalan raya... Walaubagaimanapun kita masih perlu bersyukur kerana tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku meski pun banyak harta benda yang binasa... |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan