Selasa, 27 Mei 2014

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


MGB Daerah Sepang: Kem Perdana MERKUR1 <b>di</b> Zon 3 DUN <b>Dengkil</b>

Posted: 22 May 2014 01:40 AM PDT

Hari ini berlangsung Kem Perdana Program MERKUR1 bagi Zon 3 DUN Dengkil yang melibatkan 5 buah sekolah iaitu SK Dato Abu Bakar Baginda (selaku tuan rumah), SK Jenderam Hilir, SK Desa Putra, SJK (T) Ladang West Country Barat dan SK Sungai Merab Luar.

Program bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti pula oleh ucapan Pn. Hajah Wan Nor Fadriah, Guru BEsar Sekolah Kebangsaan Dato Abu Bakar Baginda.

Para peserta program ini yang dipanggil MERKURIAN telah menggunakan aplikasi dalam talian Zoom A untuk belajar mata pelajarn Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains.

Program anjuran PPD, ADUN Dengkil dan MGB Sepang ini ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Dengkil, Yang Berhormat Tuan Shahrum bin Mohd. Sharif.

Terima kasih YB, Guru Besar SK Dato Abu Bakar baginda,  Pn. Hajah Wan Nor Fadriah binti Wan Idris dan tulang belakangnya En. Ismail bin Ramli.  Tidak ketinggalan kepada para fasilitator dan semua guru dan petugas yang menjayakan program ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads