12 di sungai buloh - Google Blog Search |
Gambar 8 Remaja Mati Lemas <b>di Sungai Buloh</b> Kasap, Segamat Johor Posted: 21 Feb 2014 06:27 PM PST Gambar 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor : Entahlah……tiba-tiba saat menulis laporan berita ini, kalangan kami daripada Berita Semasa terpaksa mengesatkan air mata apabila secara tiba-tiba air mata kami mula berlinangan sedikit demi sedikit. Ya…Allah. Besarnya dugaan ahli keluarga saat menerima berita kematian anak-anak, adik beradik mereka. Inilah yang dikatakan hidup ini "ibarat pelita, bila-bila masa sahaja boleh padam". Lambat atau cepat sahaja. Dan inilah juga dikatakan…."asbab"disebalik ajak yang telah menemui 8 remaja ini. Tengok airnya pun sudah pasti tidak lalu & tiada selera untuk mandi manda di Sungai Boloh Kasap, Segamat Johor. Tetapi 8 remaja mati lemas disebabkan salah seorang rakan mula tergelincir dan….. Ikuti kronologi lengkap seperti di bawah ini… Kronologi Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor
Kejadian Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah 'menyedut', mangsa apabila terpijak dasar sungai itu. Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor :
Gambar Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat JohorBerita Semasa difahamkan, 3 remaja mati lemas yang telah berjaya ditemui dalam kedalaman 20-30 kaki penuh lumpur dan ranting kayu.
Nasihat & tips Berita Semasa untuk diri kami sendiri dan kepada rakan pembaca yang lain, jikalau berhadapan situasi mahu menyelamatkan orang lemas, perkara pertama yang perlu dibuat adalah mengetuk kepala si mangsa sehingga pengsan. Paling tidakpun, selamatkan orang yang tengah bergelut kelemasan daripada belakang. Kalau anda rasa tidak kuat biar mangsa lemah dahulu (dengan kita berada dekat dengan mangsa dalam jarak 3-4 kaki dari belakang) dan apabila mangsa kelihatan lemah cepat-cepat sambar dagu menggunakan lengan dari belakang dan tarik mangsa daripada belakang. Elakkan, ketika mangsa sedang meronta, jangan sesekali pergi depan nanti dia akan melompat panjat kita dan kita akan lemas. P/S : Apapun, semoga Allah merahmati roh-roh semua arwah dan beri kesabaran & kekuatan kepada keluarga bagi menghadapi dugaan ini. Salam takziah kepada keluarga mangsa! |
You are subscribed to email updates from di sungai buloh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan