Jumaat, 9 Mei 2014

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Nasib Penyokong Pas <b>di</b> Selangor: Hudud Tiada, Tanah Dirampas <b>...</b>

Posted: 06 May 2014 11:44 PM PDT

Shah Alam – Kira-kira 50 orang pekebun kecil Kelapa Sawit di Sungai Besar, Selangor, berhadapan dengan situasi hilang mata pencarian akibat tindakan kerajaan negeri Selangor mahu mengambil semula tanah tersebut.

Mereka yang telah berkebun sejak sebelum merdeka di sana merasa kecewa dengan tindakan kerajaan negeri akhirnya meminta bantuan Adun Sungai Panjang (BN) YB Budiman Mohd Zohdi.

Mereka merasa kecewa kerana ia bukanlah tanah di dalan bandar atau hendak digunakan untuk pembangunan.

"Kami yang membersih dan menyuburkan tanah ini sejak puluhan tahun lalu. Sekarang kerajaan negeri tanpa belas ihsan mahu mengambil semula. Untuk apa? Tanah ini di luar sebarang projek pembangunan."

Kebanyakan mereka merupakan penyokong Pas di Sungai Panjang kecewa dan mengadakan demontrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.10314567_10203287354738931_419453259150040053_n

Tanah berkenaan yang mahu diambil oleh kerajaan negeri melalui anak syarikatnya iaitu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor atau PKPS yang terlibat sebagai sayap perlaburan berkaitan pertanian di Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads