Rabu, 4 Jun 2014

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Sadis- Video budak 2 tahun ditemui mati dipenggal kepala <b>di Klang</b> <b>...</b>

Posted: 29 May 2014 11:52 PM PDT

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/05/sadis-video-budak-2-tahun-ditemui-mati.html


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.


"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Astro Awani


VIDEO:

Berita Terkini Kes Budak <b>Di</b> Penggal Kepala <b>Di</b> Sungai <b>Klang</b> KL

Posted: 29 May 2014 10:00 PM PDT

Berita terkini kes budak perempuan berusia 2 tahun di penggal atau potong kepala di Sungai Klang Kuala lumpur KL. Penemuan mayat disedari oleh orang awam pada jam 9.00 malam 29 Mei 2014 di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen KTM Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin. Ketika kejadian, badan dan kepala mangsa dipercayai sudah terpisah akibat dikelar menggunakan objek tajam. Sebelum insiden, mangsa telah dibawa lari oleh suspek dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya. Berdasarkan maklumat terkini, suspek mati lemas akibat terjun ke sungai klang berhampiran lokasi kejadian setelah menyedari kehadiran pihak polis.

kes-budak

Laporan Awal Kes Budak Di Penggal Kepala Di Sungai Klang

Identiti Suspek Pembunuh

http://4.bp.blogspot.com/-dCplbKwwfuE/U4k0SgCe3cI/AAAAAAAAMbI/moOTWjJNTo4/s1600/10339430_823404934336367_8311516807716121947_o.jpg

Suspek berusia 27 tahun merupakan bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara Kajang pada 27 Mei 2014 yang lalu atas kesalahan mencuri kereta dan dadah.

Identiti Mangsa Budak 2 Tahun

sofea

Nama Penuh: Siti Soffea Emelda (2 Tahun)

Rakaman CCTV Kes Budak Di Penggal Kepala Di Sungai Klang KL

cctv

Laporan Penuh Kes Budak Di Penggal Kepala Di Sungai Klang KL

Pada 29 Mei 2014, lebih kurang jam 2100 (9 malam), telah terima maklumat berkenaan saksi terjumpa satu mayat kanak-kanak di kawasan tepi sungai Klang. Pihak polis telah menjumpai satu mayat dipercayai kanak-kanak perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya. Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dan pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Dijumpai di tempat kejadian adalah:

  • Sandal hitam (dipercayai milik saspek)
  • Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau
  • Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih
  • Tali pengikat rambut
  • Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa)

Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY. SALMY bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY masuk ke tandas dan meminta kawan-kawannya menjaga anaknya buat seketika.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mereka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah penemuan mayat kanak-kanak ini. Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya sama dengan mangsa. Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.

Saksi dua orang Sabah mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai , mangsa tidak berbaju dan masih hidup. Kemudian, saksi nampak suspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, suspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Terkini: Mayat Suspek Sudah Ditemui pada 31 Mei 2014

Mayat seorang lelaki yang dipercayai menculik dan membunuh Siti Soffea Emelda, 2, dengan memenggal kepalanya ditemui berhampiran tebing Sungai Petaling Jaya di Sunway.

mayat suspek

Gambar Sayu Keluarga Mangsa Kes Budak Di Penggal Kepala

Ibu mangsa pengsan sebaik melihat mayat anaknya yang ditemui dengan keadaan kepala terputus.

sayusayu-2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads