Khamis, 5 Jun 2014

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


DUNIA ITU: Empat maut akibat denggi <b>di Subang Jaya</b>

Posted: 31 Mar 2014 09:14 PM PDT

SUBANG JAYA – Satu lagi kematian disahkan akibat demam denggi di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadikan jumlah keseluruhan maut akibat wabak itu empat sejak awal Januari lalu.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi berkata, tiga kes membabitkan penduduk yang menghuni pangsapuri manakala mangsa terakhir mendiami perumahan teres di Bandar Kinrara 1/7.

Asmawi berkata, masih terdapat enam lokasi panas merekodkan kes tertinggi wabak berkenaan termasuk Taman Kinrara Seksyen 3; Taman Puchong Utama 7; Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara 6; SS15/5, Lestari Puchong 6 dan Taman Pinggiran USJ 2.

Sehingga minggu ke-11, sebanyak 2,178 kes dilaporkan dengan 1,829 disahkan positif.

Asmawi dalam pada itu mengingatkan penduduk yang menyimpan air dalam bekas berikutan jadual catuan bekalan tersebut supaya memastikan bekas digunakan ditutup sebaiknya.

Ia bagi mengelakkan bekas tersebut menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Cuaca panas dan catuan air dilaksanakan menyebabkan ramai penduduk menyimpan air dalam pelbagai jenis bekas, kena pantau selalu bekas tersebut kerana takut ia jadi tempat pembiakan aedes," katanya.

Dalam pada itu, daerah Klang mencatat peningkatan mendadak kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga 26 Mac sebanyak 2,186 sedangkan sepanjang tahun 2013 hanya 2,217 jumlah kes dilaporkan.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata, lonjakan kes untuk suku tahun pertama itu hampir menyamai kes sepanjang tahun lalu dengan dua kematian disahkan bagi tempoh berkenaan.

"Jumlah kes demam denggi di daerah Klang menunjukkan kawasan ini menjadi antara lokaliti aktif nyamuk aedes, oleh itu masyarakat perlu bekerjasama membendung penularan wabak berkenaan.

"MPK anjurkan satu program baharu iaitu Cikgumu Cantik, dan antara inti patinya ialah cikgu dan  murid cari jentik-jentik di kawasan sekolah," katanya.

Mohammad menjelaskan, inisiatif ini bertujuan mendidik masyarakat bermula dari peringkat kanak-kanak akan kesedaran bahaya aedes dan denggi yang menjadi penyumbang kepada kematian.

Kes denggi di Selangor mencatatkan peningkatan sehingga 354 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2014 iaitu 6,211 kes berbanding 1,367 kes tahun lalu.

Sinar Harian 1 Apr 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads