Jumaat, 10 Ogos 2012

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


GEMPAR! UFO MUNCUL <b>DI</b> SUNWAY MENTARI?? | Cerita <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 06:33 AM PDT

July 30, 2012 admin Misteri

UFO.

Bukan cerita baru di Malaysia…masa admin kecik2 dulu pernah juga dengar cerita Ufo mendarat di Tanjung Sepat, Selangor. Heboh gak…

Kali ini kelibat objek misteri muncul di langit Sunway Mentrai berjaya di rakam oleh sekumpulan rakan yang sedang minum.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.

Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.

"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.

Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.

"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.

KOMEN AGENSI ANGKASA NEGARA:

Masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi.

KOMEN angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor:

Sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.

Ini videonya…

Sehingga kini belum dapat di pastikan apakah sebenarnya objek tersebut.

Mstaronline.

tak sampai 2 saat pun kalau tekan like!hehe..

like jika korang okeyyyy!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. GEMPAR!!AKAN MUNCUL LAMAN SOSIAL BARU JIKA FACEBOOK TUTUP???!!!
  2. SUBHANALLAH! AYAT AL-QURAN MUNCUL DI KULIT BAYI 9 BULAN DI RUSIA!!

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Perbandaran <b>Selayang</b>

Posted: 06 Aug 2012 02:14 AM PDT

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-

1. PEGAWAI PERUBATAN
2. PEGAWAI VETERINAR
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
4. PEMBANTU AKAUNTAN
5. PENGHANTAR NOTIS

Borang (MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 7, Menara Majlis
Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai/naskah atau boleh dicetak melalui Laman
Sesawang MPS www.mps.gov.my.

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang
dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Iklan : (01 )dlm.MPS 3/2-1378.Jld.5

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 17 OGOS 2012 (Pukul 5.00 Petang)

Maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini
Borang permohona jawatan sila klik sini

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Perbandaran <b>Selayang</b> (MPS) Selangor <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 12:06 PM PDT

JAWATAN:
1. PEGAWAI PERUBATAN
2. PEGAWAI VETERINAR
3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
4. PEMBANTU AKAUNTAN
5. PENGHANTAR NOTIS

IKLAN JAWATAN:
http://www.mps.gov.my/html/themes/sgr_mps/pdf/Iklan-Jawatan-Kosong.pdf

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mps.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=22214&folderId=176044&name=DLFE-4201.pdf

TARIKH TUTUP : 17 Ogos 2012

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Jawatan Kosong Inventory / Stock Assistant <b>di Bandar Sunway</b>

Posted: 30 Jul 2012 05:25 AM PDT

We, Davex (Malaysia) Sdn Bhd, one of the leading company in Malaysia with principal activities in promoting and marketing top quality lighting products. In line with its expansion plan, the company seeks enthusiastic and dynamic candidates for the following positions:

Inventory / Stock Assistant
Selangor – Bandar Sunway

Responsibilities:
To maintain accurate stock inventory record.
To issue, deliver and receive stock in proper manner.
To Support sales team in stock handling.
Coordinate with superior and procurement dept on stock requirements and delviery schedule.
Responsible for proper inventory control and stock takes.
General administration function and filing.

Requirements:
Immediate vacancy.
Minimum SPM/ "O'Level, Higher Secondary/STPM/"A" Level or equivalent
At least 1 year relevant working experience
Preferably Female with pleasant and positive attitude are strongly encouraged to apply
Computer literate
Able to work independently and initiative
Self-motivated and ready to accept extra responsibilities
Required language(s): Chinese, English
Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.

Remuneration for the position will commensurate with experience and qualification. If you believe you have what it takes, we would like to meet you.

Interested candidates are required to apply online or submit a comprehensive resume stating current and expected salary, a recent passport size photograph (n.r) and contact number to the following:

The Manager Davex (Malaysia) Sdn Bhd. No. 65, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, 46150 Selangor Darul Ehsan. Tel: 603-5636 4348 Fax: 603-5636 1866 email: Please Login or Register to apply this job online.

Only shortlisted candidates will be contacted

Maklumat Jawatan Kosong Terkini 2012:

Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia kini <b>di Bandar Sunway</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 10:22 PM PDT

Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia sudah berpindah dari Dataran Glomac ke Taman Subang Indah, PJS 10.

Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia berada di dalam bangunan sama dengan Bilik Gerakan Pilihan Raya KEADILAN Kelana Jaya.

Alamatnya ialah 10-1 Jalan PJS 10/2, Taman Subang Indah, 46000 Petaling Jaya. SEmentara itu Pusat Khidmat tersebut boleh dihubungi menerusi telefon atau faks 03-56116324.

Nik Nazmi Nik Ahmad mengadakan Klinik Khidmat Rakyat untuk bertemu pengundi pada 9.00-11.00 malam (Selasa malam Rabu) dan 3.30-5.30 petang (Khamis).

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Langat</b> (MDKL) - Ogos 2012

Posted: 30 Jul 2012 04:28 PM PDT

JAWATAN:
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
3. PENOLONG JURUTERA
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP
5. JURUTEKNIK
6. JURUTEKNIK KOMPUTER
7. PELUKIS PELAN

IKLAN JAWATAN:
http://www.mdkl.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a57bb28a-a078-49e7-8b08-1db755713760&groupId=289061

BORANG PERMOHONAN:
http://www.mdkl.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a4596cfa-4b01-4b8f-838e-10489505ac81&groupId=289061

TARIKH TUTUP : 10 Ogos 2012

Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Kuala Langat</b>

Posted: 23 Jul 2012 09:07 PM PDT

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan tetap seperti berikut:-

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
3. PENOLONG JURUTERA
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP
5. JURUTEKNIK
6. JURUTEKNIK KOMPUTER
7. PELUKIS PELAN

Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my

Tarikh permohonan pada 10 Ogos 2012

Maklumat lanjut iklan jawatan sila klik sini
Borang jawatn kosong sila klik sini

Khamis, 9 Ogos 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Wang Palsu <b>di</b> Kempen Permatang Pasir « Dewan Pemuda PAS <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2009 09:44 AM PDT

Sebenarnya, perkara ini bukanlah pertama kali didengar. Sebelum ini, pada PRU12 2008, berita yang hampir sama turut tersebar, di mana wang RM50 palsu turut diagih-agihkan. Ada suara-suara sumbang mengatakan yang pihak tertentu yang diberikan peruntukan untuk pilihanraya, sebaliknya menggunakan wang tersebut untuk mencetak wang palsu, yang tentunya lebih murah. Dengan itu, segala lebihan dapat masuk kocek sendiri. Wallahua'lam

Hayati berita di bawah dari Malaysiakini/ Bernama

Wang palsu RM100 untuk undi BN

Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

"Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama "wang" berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi "tolong undi calon BN".

"Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

"Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini," katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

Bergambar <b>Di Teluk</b> Likas.......................... - About me....

Posted: 06 Jan 2009 12:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Bergambar Di Teluk Likas.......................... Dicatat oleh milia di 12:18 AM. Label: parti last day bersama-sama dengan pelatih tahap 2 2008 sesi 2 ... Rumah Dato Siti Nurhaliza Dan Dato Seri K di Buki... ▻ Jan 18 (4) ...

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Lelaki Mati Ditembak <b>Di Sg</b>. <b>Buloh</b> Country Resort | MyNewsHub

Posted: 23 Jul 2012 03:02 AM PDT

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tembak Teman Baru Bekas Kekasih Kerana Cemburu

Budak Mangsa Tembakan Dibenar Keluar Hospital

Ditembak Kerana Lambat Pesan Makanan

Ditembak Mati Selepas Larikan Kereta Peronda

3 Perompak Pecah Masuk Rumah Mati Ditembak

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Shafie Nor: Lelaki mati ditembak <b>di Sungai Buloh</b> Country Resort

Posted: 23 Jul 2012 03:28 AM PDT

KUALA SELANGOR, ISNIN, 23 Julai, 2012: Seorang lelaki ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala di Jalan Anggerik, Sungai Buloh Country Resort, Saujana Utama di sini, hari ini. 
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki itu oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tepi jalan itu pada jam 7.30 pagi. 
Beliau berkata, polis mengenalpasti lelaki itu sebagai Wong Teck Sern, 42, dengan kad pengenalannya beralamat Jalan Teng Kung Sui, Upper Lanang, Sibu Sarawak. 
Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. 
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Raja <b>di Petaling Jaya</b>! - Selangorlicious

Posted: 30 Jul 2012 06:15 PM PDT

Sebelum datang ke gerai DurianSS2.com saya telah mencuba pelbagai gerai durian disekitar Petaling Jaya. Hasilnya, gerai DurianSS2.com menjadi pilihan utama saya.

Di sini kita dihidangkan dengan pilihan durian dari baka yang terbaik. Antaranya Mas Pahang, Mas Johor dan Raja Kunyit. Kebetulan Jun sehingga Ogos adalah musim durian bagi semenanjung Malaysia, sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk menjamu raja kepada segala buah ini.

Sebelum itu sedikit panduan bagi memilih durian yang terbaik. Pertama, perhatikan tangkainya. Pastikannya sempurna dan tidah pecah atau ada kesan ditakik. Ini kerana ada pengusaha durian yang mengait durian yang belum masak dan memeramnya dengan karbaid (carbide). Tetapi durian karbaid ini rasanya kelat, dan isinya agak keras. Ya lah, durian tidak masak secara semulajadi.

Pengalaman saya sendiri di gerai-gerai lain sekitar SS 2, ada yang menjual durian karbaid(kita dapat lihat di mana longgokan durian yang telah dikopek dibuang kerana masih belum benar-benar masak).

Kedua, lihat permukaan kulit. Pastikan tiada lubang ulat dan rekahan di bontotnya. Durian yang merekah, adalah durian yang sudah lama gugur. Bila sudah tidak segar, isi durian biasanya berair, rasa terlalu manis bercampur sedikit masam. Durian ini hanya sesuai dibuat tempoyak sahaja bagi saya.

Setelah melihat secara fizikal, hidu pula permukaannya. Pastikan baunya tidak terlalu kuat. Jika terlalu kuat, tandanya durian itu dah lama gugur. Kalau tidak berbau pula, durian ini belum masak dan keras. Pastikan juga tiada bau karbaid!

Langkah terakhir, goncang. Pastikan ada sedikit rasa hentakan di dalam. Jika tidak ada langsung, durian itu sudah lama gugur. Kalau rasa hentakan terlalu kuat pula, tandanya isinya keras, dan durian itu tak masak.

Inilah indahnya durian – yang terbaik adalah yang secukup rasa.

Pilihan durian di DurianSS2.com menepati semua ciri durian yang terbaik. Bila dibelah, walla! Memang seperti yang saya bayangkan. Isi tebal, rasanya pula melangkawi jangkaan saya. Untuk RM18 sekilo, memang berbaloi!

Layanan peniaga yang ramah, kemas beruniform menambah keselesaan. Air kosong juga disediakan percuma bagi membasahkan tekak.

Suasana gerai juga sangat ceria, saya percaya gerai durian adalah gerai yang paling ceria pernah saya pergi. Ini kerana pengunjungnya mempunyai cinta yang sama terhadap durian. Lokasi DurianSS2.com di simpang tiga memudahkan ia untuk dicari.

Setelah habis tiga biji durian yang besar-besar, kami pesan pula air kelapa muda. Sungguh menyegarkan!

Pengalaman makan durian di gerai DurianSS2.com ini membolehkan saya (a self-proclaimed durian connoisseur)membuat kesimpulan yang inilah tempat yang akan saya tuju setiap kali gelora ghairah durian datang memuncak. Kerana saya tahu, saya tidak akan dikecewakan.

11215

Rate this post:

Thanks!

An error occurred!

Tags:

Rabu, 8 Ogos 2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


~~ZaRa::ZaiNuDiN~~: Photoshoot post wedding <b>di Tanjung Karang</b>

Posted: 23 Apr 2012 12:37 AM PDT


Assalamualaikum WBT...
Salam 1Malaysia...

Main point kitorang ke Kuala Selangor untuk photoshoot la.
Aku melahirkan keinginan nak berphotoshoot kat bendang.
Team NadiArt ok je. Yang penting takde extra charge.

Aku berangan nak tema ala2 Nurkasih gitu kan.
Ahaks..
Tema, purple and white.
Susah gak nak cari baju bila da setup tema ni.
Bukan susah apalah. Susah nak cari size sebenarnya.
End up, seluar Amin kale krim.
Tu pun guna apa yang ada sebab da tak larat nak mencari.

Malam kitorang dinner kat Satay hut, Adi NadiArt bbm Amin.
Dia tanya ada survey2 ke bendang tuh.
Sebab ada member dia cakap sawah baru tuai.
Halamak! Risau dah ni.
Sebab sepanjang aku dok gugel, tak jumpa waktu sawah dituai.
Tapi ada blgger yang ke sana awal bulan March memang nampak
lah gambar dia, padi masih comel2 je. baru tanam.

Lepas kitorang abis lunch, kitorang terus pegi sawah yang area Sungai Sireh.
Memang la Cantik la view kat sini.
Tapi that time, padi baru tanam.
Aku tatau apa istilah pertanian untuk ini.
Yang penting padi tu comel2 lagi. if nak amik gambar pun,
konpem la nampak tanah, tak nampak hijau.

Then, tanya orang kampung tempat shooting filem Nurkasih.
Diorang kata banyak shoot area lagi 1.
yang masuk dari lorong sebelah hospital.
maka, gigih kitorang patah balik.
Dalam hati, risau gak sebab nak photoshoot cane if bendang lapang lagi.
abis2 tinggi pun paras betis je.
Tapi serius cantik. Lapang je mata.
Sampaikan aku lupa lak nak amik gambar.

Kampung apa nama dia eh. lupa pulak.
Kampung air kunci ke apa ntah.
yang penting nama dia agak panjang dan unik.
aku gugel takde plak jumpa.

ok, kat sini padi belum menguning. tapi tinggi jugak.
pun la aku kekaguman sampaikan lupa nak berposing 2 orang.
sementara tunggu team nadiart sampai, kitorang cuci mata.
time nih panas terik ok.
Tau jelah aku, peluh macam kan membanting tulang.
merembes peluh kat muka macam kan apa je.

Tatau napa dengan aku petang tuh.
badan da rasa penat sangat. aku pun tak banyak cakap.
Just follow jela apa je yang diorang suruh  buat.
Muka plain aja sebab tak mekap.
Aku mekap, tapi nipis, pastu kena ngan peluh aku.
Semua pun da cair...
Tapi apa2 hal pun, aku cuba beri yang terbaik untuk gambar kami.
Kenangan kami.



Inilah hasilnya. Teaser aku amik kat page NadiArt






12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Bandar Seri Putra: Ahli Majlis Zon 24 Membantu Fakir <b>di Bangi</b> Lama

Posted: 20 Jul 2012 10:40 PM PDT

Inline images 1

Sekadar berkongsi cerita dari FB Ahli Majlis MPKj Zon 24, Hj Mazwan Johar.

Nasib org fakir. Hidup payah. Diam di bangsal buruk. Kais pg makan pg. En. Veerasamy buat pelbagai kerja kasar utk sara klrga. Anak lelakinya umur 10 thn (dlm foto) sering bantu. Kawan2 d sekolah ejek bapanya. Dia tk tahan & adu kpd bapanya bbp kali. Tertekan dgn aduan anaknya & terkesan dgn minuman keras, bapanya ke sekolah utk beri ingatan pd phk sekolah jgn diri & anaknya dihina. Dia msk kawasan sekolah dgn parang tersisip d pinggang. Sekolah adu pd polis & dia ditahan reman. Tiada lg kais pg. Laporan diterima dpd jiran Cina sebelah bangsalnya. Bergegas ke bangsal itu. Foto di hadapan bangsal klrga Veerasamy bersama isteri & anak2 mrk. Beri sumbangan makanan semlm sebelum Ramadhan bermula. Secebis kisah hidup org fakir d tanahair.


=============================================================================

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


meninggalkan anak dan memerah otak <b>di morib</b>

Posted: 17 Jul 2012 01:46 AM PDT

cerita lama ni.tapi baru nak cerita.
21-23 June 2012 lepas, kena pegi bengkel course develepment dan terpaksa lah tinggalkan anak 3hari 2malam.ini first time nak tinggalkan dia.
tengah hari 21June tu,boleh balik rumah kejap tgk anak kat rumah bs.yang sedihnya,dia xnak pegi balik kat bs dia.dia ingat ibu nak bawak dia sekali.uwaaaa.ibu tahaaaan je takot berderai depan mak dia.
bs aku ni fussy sikit sbb sabtu dia mmg xjaga.aku dah rungsing ni.hubby keje pulak sabtu half day.last2 aku hembus2 sikit,then bs airis setuju nak jaga.

airis bila dengan ayah,well-behaved sangat.siap muah2 ibu dalam phone.

berdebar takut malam2 cari ibu bila nak tido.tapi salah jangkaan ibu.dia tido dengan bestnya dgn ayah dia.just ayah dia kata,xmelekap mcm dia tido ngan aku.ngan ayah dia tido jauh2.hahahahahah

oh,tujuan sebenar nak tempek pics impiana morib hotel.sweet hotel ni.bersih and tenang.












kesimpulannya tak nak tinggal anak dah.rindu amat.huhuhu.lepas jumpa tu,beseri2 muka dia.ibu lagi lah.hihi

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Majlis berbuka puasa keluarga 15 Ramadhan 1433 <b>di Beranang</b> <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2012 09:36 PM PDT

Assalamualaikum kaum keluarga dan rodonc-rodonc..


Sabtu 15 Ramadhan yang lepas, kaum keluarga sebelah isteri koi telah bergabung dan menjayakan satu majlis berbuka puasa di rumah koi di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor Darul Ehsan, 4 km dari sempadan Negeri Sembilan Darul Khusus (Daerah Seremban) di selatan.


Koi menjemput adik-beradik koi juga, tetapi kebetulan semua ada urusan masing-masing, tiada dapatlah saudara-saudara hamba hadir memeriahkan majlis yang ceria tersebut. Abang hamba Zaidi bekerja hingga lewat petang dan kemudiannya terpaksa menyediakan diri untuk peperiksaan akhir semester di Bangunan Peperiksaan UM (belajar di OUM), kakak hamba Rohayu terpaksa menunggu anak sulungnya Shaza Yasmin yang mengikuti kelas tuisyen di Serendah, UPSR pun sudah tidak lama lagi, adik perempuan hamba berbuka puasa di Kota Gelanggi 2, adik lelaki hamba pula telah awal-awal lagi pulang ke Kulim untuk berbuka puasa dengan keluarga ibu&bapa saudara.


Koi dan isteri Puan Faridah Hamzah (Ani) sekeluarga menyediakan ikan pari kecil (dalam istilah Kelantan ike tuko) dan ikan cencaru (keronge) bakar, air laici + nata de coco dan membeli kek coklat kerana Nuzul Nasywa akan menyambut hari lahir ke 9 sempena Nuzul Qur'an. Keluarga kakak ipar koi Puan Rohaya Hamzah (Kak Ya) dan suaminya Muhammad Abdul Latef (Abe Mat) menyediakan mi kari dan kuih kegeraman anak-anak koi akok serta rojak& kuah kacang. Serta kek untuk hari lahir mengikut kalendar Gregorian anak sulung mereka Muhammad Shateer Muhammad. Tetamu yang didatangkan khas (dengan belanja sendiri hehe) dari Tumpat, Kelantan Darul Naim, keluarga abang ipor koi Mohd Awi Hamzah (Abe Awi) dan isterinya Puan Iszam Rohayu Yahya (Kak Ayu) menyediakan daging masala (resipi turun-temurun keluarga), sayur kacang&udang, kuih nekbat istimewa dari Kelantan dan buahan-buahan pencuci mulut. Adik-adik beliau yang menetap di Lembah Kelang turut hadir sama memeriahkan suasana. koi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir merapatkan silaturrahim pada kali ini.
(Sesi makan kek hari lahir, gambor dirembat dari FB Abe Awi kuikui)



Adik ipar koi Elbe Kiswati Hamzah (Ana) dan suami Al-Fadhil Ustaz Hasmunir bin Che Ramli (Munir) datang jauh dari Tampin dengan ikan terbuk masin goreng dan joint venture dengan Kak Ya dalam menyediakan mi kari. Adik ipor koi sorang lagi Mohd Azman Hamzah (Amer) dan isterinya Puan Zuraida Awang (Ida) menyediakan salah satu resipi 'hit' pada maghrib tersebut, iaitu "cocktail buah-buahan Rinching" dan ayam goreng berempah.


(Isteri koi sedang mengambil makanan)


Turut serta dalam majlis ialah Mek (mak mertua koi) dan Ma (mak mertua Abe Awi) dalam majlis ini. Berselera Mek & Ma makan bersama-sama anak-anak dan menantu.


(Sesi makan pencuci mulut)
Gambar tidak banyak yang sempat koi snap sendiri, mungkin ada di FB Abe Awi, boleh koi rembat dari sana nanti kuikui..
Secara umumnya kami amat berpuas hati dengan perjalanan majlis walaupun plan asal ialah mengadakan solat tarawih berjemaah, namun atas sebab kesihatan anak Al-Fadhil Ustaz Munir, Aufa Mardhiah yang mengalami alahan kulit, beliau terpaksa ke klinik berhampiran diiringi oleh koi dan isteri yang pergi mendapatkan ubat batuk dan selsema yang telah kehabisan buat kali ketiga.
Tarawih sendiri di rumoh lepas tu. Anak-anak turut menikmati sesi naik hilux Abe Mat di bahagian belakang, tawaf Bandar Tasik Kesuma pada pukul 10 malam sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Koi sekeluarga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang hadir. Moga dijadikan acara tahunan, tambahan pula Kak Long anak Abe Awi kini melanjutkan pengajian di UPM Serdang, sambil-sambil jenguk anak bolehlah ke rumah kami yang sentiasa terbuka untuk seluruh ahli keluarga dan rodonc-rodonc.
Ma'assalamah wa ilal liqaa'.

Ahad, 5 Ogos 2012

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


UMNO Online - <b>Hulu Selangor</b> Catat Sejarah Wujud Rumah Urut <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 11:11 PM PDT

Kategori Utama

Hulu Selangor Catat Sejarah Wujud Rumah Urut – Isa Kassim

OIeh: Mohd Faizal Mohd Salleh

HULU SELANGOR, 31 Julai – Tidak pernah dalam sejarah wujudnya rumah urut di Hulu Selangor, khususnya di kawasan Batang Kali ini namun kini, secara kasarnya sudah nampak tiga buah rumah urut di sini, satu sejarah baru yang ditempa sejak kerajaan Pakatan Pembangkang memerintah Selangor, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

Tambahnya, hakikatnya ianya lebih dari itu malah kewujudan hotel-hotel bajet di kawasan Batang Kali juga menyumbang kegiatan-kegiatan tidak bermoral, contohnya baru-baru ini ada budak sekolah yang ditangkap di hotel bajet tersebut kerana melakukan kegiatan maksiat.

"Saya hairan dengan dasar kerajaan negeri yang membenarkan pembukaan rumah-rumah urut dan hotel bajet di kawasan luar bandar contohnya di kawasan Batang Kali ini.

"Dalam masa yang sama, ini juga melambangkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan sahaja Menteri Besar tetapi juga EXCO Agama Islam yang jelas menjadi patung kepada DAP, membenarkan apa sahaja kemungkaran yang berlaku tanpa ada batasannya. Dia tak boleh buat apa di negeri Selangor ini melainkan mengikut telunjuk DAP," ujarnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan persatuan-persatuan pengguna mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Berikutan itu, mereka mahu kerajaan negeri terbabit menjelaskan rasional tindakan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) meluluskan operasi pusat urut dan hiburan terutama yang bertumpu di kawasan-kawasan komersial berhampiran kediaman penduduk. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 2:11 PM

Sabtu, 4 Ogos 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Jom Makan-Makan: Cendol depan TAMCO, <b>Bukit Raja</b>, Klang

Posted: 07 Jul 2012 08:49 AM PDT


Cendol. Siapa tak tahu apa itu cendol. Baik mati sekarang. Seriously, duduk di Malaysia. Tak kenal cendol? Ok, aku minta maaf atas ayat tadi. Biasalah, orang ikut perasaan memang gitu. Tak sedar diri sikit.

Cendol. Memang famous kat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika musim panas. Kan? So, kat area sekitar Shah Alam ni ada satu cendol yang memang tip-top. Di manakah kedudukan cendol itu berada?

Kalau tahu i-City, kedudukan cendol dah hampir dengan i-City. Ianya berhadapan dengan kilang TAMCO iaitu di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang. Mereka ada menyediakan pelbagai jenis cendol termasuklah cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai dan lain-lain. Selain itu, mereka turut menyediakan laksa utara yang terbaik dari ladang dan air oren.

Kami, crew Jom Makan-makan telah memilih hanya satu jenis cendol iaitu cendol pulut. Kerana apa? Cendol biasa terlalu biasa pada crew JMM, manakala cendol tapai pula tidak kena pada perut kami.

Minta sangat kepada rakyat Malaysia, kalau dah nampak orang beratur tu bagilah peluang pada orang tu dulu. Kau dah lah baru sampai, pastu potong turn orang. Tolonglah berfikir, pihak kami tidak kisah jika anda seorang yang kelainan upaya, ibu mengandung ataupun warga emas. Please respect orang lain.

 Walaupun nampak begitu, tetapi hakikatnya cendol ini memang cukup rasa. Cendol, lemak, manis semua cukup. Tiada yang kurang, tiada yang lebih.


Kepada peminat-peminat cendol, wajib cuba. Untuk yang nak menghilangkan haus di tekak, juga boleh cuba. Tak menyesal. Harga pun berpatutan. Untuk dua cendol pulut kami crew JMM dikenakan RM3.60 sahaja. Murah kan?

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


DANIEL ADIE: Budget Hotel <b>Di Batang Kali</b> Hulu Selangor

Posted: 17 May 2012 05:32 PM PDT

Assalamualaikum..
Ingin melancong ke Genting Highland tetapi budget kecil sehingga terpaksa membatalkan impian anda dek kerana accommodation yang tinggi?? Jangan risau.. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.. 
NOW OPEN! BK Roomz Budget Hotel yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.. Aku sangat berbangga kerana hotel ini diusahakan sendiri oleh sepupu aku.. Baru beroperasi selama hampir 2 bulan tetapi sambutan yang di terima cukup memberangsangkan.. Harga yang tersangat berpatutan serta kemudahan yang disediakan sudah pasti memberi kepuasan yang maksimum kepada kalian.. 
Bicara DANIEL ADIE: Islam memberi jaminan bahawa 9/10 dari pintu rezeki di muka bumi Allah ini datangnya dari PERNIAGAAN..

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Anak Seberang: Habislah.. Ceramah Anwar <b>Di Sabak Bernam</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 10:31 PM PDT


Aku yakin gambar yang diperolehi dari cucutokselampit ini tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Aku juga amat yakin perkara ini terjadi di merata tempat di Malaysia dimana majority rakyat dilihat semakin menolak Anwar diatas pelbagai faktor yang aku rasa semua tahu dan tak perlu dikupaskan disini.

Anwar jahanam harus ditolak. Rakyat harus makin bijak!
Menolak Anwar bererti anda semua sedang berusaha untuk selamatkan Malaysia dari terjerumus kepada keadaan yang jauh lebih teruk dari sekarang.

"Pictures Speak A Thousand Words". Itu pepatah Inggeris bagi mengambarkan ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Haram di Stadium Mini Sabak Bernam, malam tadi. Kehadiran hanya sekitar 100-300 orang! 

Antara penceramah yang hadir bagi menjadi pelawak di pentas stadium adalah Badrul "Khalwat Isteri Orang" Amin, Kesavan, Manickavasagam, Zuraidah, Chua Jui Mei, Aziz Bari, Mahfus Omar dan tetamu yang dinantikan, bekas banduan dan raja biseksual, Anwar Ibrahim. 

Isu basi yang sama dimainkan di pentas lawak berkenaan. Antaranya isu PTPTN, gaji minimum, harga barang, RM50 untuk golongan wanita dan beberapa janji Pakatan Haram pada PRU-12 yang lepas. Agak-agak Selangor negeri yang selamat untuk Pakatan Haram PRU13 akan datang?





Isu basi yang sama dimainkan di pentas lawak berkenaan. Antaranya isu PTPTN, gaji minimum, harga barang, RM50 untuk golongan wanita dan beberapa janji Pakatan Haram pada PRU-12 yang lepas. Agak-agak Selangor negeri yang selamat untuk Pakatan Haram PRU13 akan datang?





Jumaat, 3 Ogos 2012

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Batang Kali</b> | boyzonne-hijaurimba

Posted: 26 May 2012 06:34 PM PDT


BATANG KALI - Kesilapan seorang pemandu yang didakwa cuba membuat pusingan U di garisan berkembar menyebabkan seorang remaja patah paha kanan apabila motosikal ditunggang merempuh kereta terbabit.

Mangsa, Haziq Izzuddin Naziron, 17, yang dipercayai baru pulang daripada bermain bola sepak bersama rakannya gagal mengelak kereta Myvi dipandu seorang lelaki di hadapan premis perniagaan berdekatan persimpangan Batang Kali.

Bapa mangsa, Naziron Mohd Adam, 51, yang tiba di tempat kejadian berkata, keadaan lalu lintas ketika itu sesak kerana waktu kemuncak orang pulang dari kerja.

"Ketika saya tiba kira-kira jam 5.15 petang, anak saya sudah terbaring dan dipapah rakannya. Melihat kepada kecederaannya agak serius dan patah paha kanan akibat rempuhan kuat.

Naziron diberitahu, anaknya yang menunggang motosikal berseorangan datang dari arah Bandar Utama Batang Kali (BUBK) menghala persimpangan tersebut bersama kereta terbabit.

Namun, setiba di laluan itu, kereta Myvi terbabit tiba-tiba dilihat membelok dipercayai cuba membuat pusingan U dan mangsa yang tidak dapat mengelak terus merempuh kereta terbabit.

ads