Sabtu, 25 Mei 2013

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Cendol Bakar Kuala Selangor Kini <b>Di Dengkil</b> - Cikgu Naman

Posted: 20 May 2013 07:44 PM PDT


Pada Ahad lepas, balik je dari Seminar Buat Duit Dengan Blog, kami sekeluarga menghala ke Dengkil kerana ada urusan. Alang² dah sampai Dengkil, terasa terpanggil-panggil pulak oleh Cendol Bakar Kuala Selangor yang kini ada di Dengkil. Di Pekan Dengkil sudah ada banner Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil.



Lokasi Cendol Bakar Kuala Selangor @ Dengkil


Koordinat gps 2.859927 101.692717.

Sampai di situ, ramainya tengah beratur untuk mendapatkan semangkuk atau bermangkuk-mangkuk Cendol Bakar Kuala Selangor yang popular itu.
Yang menariknya, siap ada pandu lalu lagi..hehe. Tapi janganlah menyamakannya dengan McD atau KFC, sebaliknya akan ada seorang pekerja yang akan mengambil order dan menghantar cendol yang siap kepada pembelinya.


Agak janggal dengan cara 'layan diri'. Biasanya kalau layan diri, semuanya kita ambil sendiri pergi bayar je. Kali ni layan diri ni order dan ambil..hehe.


Akhirnya dapat juga cendol bakar yang sedap ini. Saya order 2 jenis cendol dan sepinggan tauhu untuk 2 orang.






Rasanya memang sedap. Ada rasa pahit² seakan-akan kopi mungkin kesan daripada air gulanya yang dibakar. Dengan harga yang murah, ianya sangat berbaloi-baloi untuk buat U-Turn sejauh 3km untuk balik ke Putrajaya.

Cadangan
1. Kebersihan perlu ditingkatkan lagi setaraf dengan kepopularan yang ada.
2. Buat sistem nombor. Ambil order, diberikan nombor. Jadi pelanggan² tak perlulah berpanas beratur panjang. Sistem ini ada dipraktikkan di Gerai Roti Canai di Presint 9 Putrajaya.

rumah melayu <b>di</b> paya indah wetlands <b>dengkil</b> - jalan-jalan jenahak <b>...</b>

Posted: 20 May 2013 09:48 AM PDT

Rumah Melayu ialah sebuah rumah melayu Terangganu yang dibina sebagai sebuah rumah replika yang terletak dalam kawasan konservasi di Paya Indah Wetlands Dengkil. Dibina sepenuhnya dengan bahan binaan kayu Seraya hitam. Rumah yang terletak di tepi tasik ini sangat indah dan cantik. Menurut pihak pengurusan Paya Indah Wetlands dengkil, rumah ini boleh disewa untuk aktiviti keluarga, photografi , perfileman dan perkelahan dengan kadar sewa yang berpatutan. 
Oleh kerana rumah ini terletak dalam kawasan konservasi, maka para pengunjung perlu memohon melalui Jabatan Perhilitan Paya Indah Wetlands terlebih dahulu dan dikenakan bayaran guides. 

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Oh! Banjir Kilat <b>di Puchong</b> | Oh! Tidak

Posted: 18 Feb 2013 09:47 AM PST

Petang semalam (18 Februari 2013) lebih kurang jam 5:30 petang telah berlaku banjir kilat yang menenggelamkan beratus kenderaan di atas jalanraya juga yang berada di parking bawah Pasaraya IOI Mall yang juga turut ditenggelami air. Banjir kilat ini surut sejam kemudian. Apapun tiada sebarang insiden lain berlaku.

ohtidak-banjir-puchong-5

ohtidak-banjir-puchong-4

Lagi gambar..

ohtidak-banjir-puchong-3

ohtidak-banjir-puchong-2

ohtidak-banjir-puchong-1

3 lagi gambar yang baru diterima. Terima kasih Fadzly Mohamad:

ohtidak-banjir-puchong-8

ohtidak-banjir-puchong-7

ohtidak-banjir-puchong-6

ohtidak-banjir-puchong-12

ohtidak-banjir-puchong-11

ohtidak-banjir-puchong-10

ohtidak-banjir-puchong-9

Laporan Buletin Utama, TV3:

Bencana yang diturunkan Allah merupakan satu peringatan kepada kita semua agar beringat agar tidak terlalu rakus dalam pembangunan dan menjaga nilai sivik untuk tidak membuang sampah merata-rata yang akhirnya memberi impak kepada saluran pengairan itu sendiri. Ada juga yang menyatakan banjir kilat ini terjadi akibat pembangunan MRT yang sedang giat berlangsung memandangkan ini adalah pertama-kali banjir sebesar ini melanda Puchong di dalam sejarah.

+ Respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OHTIDAK: SIMPATI KEPADA PEMILIK KERETA DAN HARTA-BENDA YANG MUSNAH.

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2013 03:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 03:33 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Menghadiri 6 Majlis Perkahwinan Penduduk | Saari Sungib - ADUN <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 12:46 AM PST

Hulu Kelang, 9 & 10 Mac 2013 – Saari dan Aliza memenuhi program hujung minggu dengan menghadiri undangan majlis perkahwinan penduduk di DUN Hulu Kelang.

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Dato' Mohd Zahari Abd Rahman & To' Puan Siti Norizam Mohd Yusof yang telah berlangsung dikediamannya, Jalan Utama Hillview, Ampang

9 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Dato' Mohd Zahari Abd Rahman & To' Puan Siti Norizam Mohd Yusof yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan Utama Hillview, Ampang

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Safiah Muhammad yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan AU5D/9 Lembah Keramat

9 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Safiah Muhammad yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan AU5D/9 Lembah Keramat

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Syed Hamid Syed Abd Rahman Alkaff & Rahimah Rahman yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan F16, Taman Melawati

9 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Syed Hamid Syed Abd Rahman Alkaff & Rahimah Rahman yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan F16, Taman Melawati

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Ismail Sidek yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan Haji Mokhtar, Kg Pasir

10 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Ismail Sidek yang telah berlangsung di kediamannya, Jalan Haji Mokhtar, Kg Pasir

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Rodzman Tuah & Bi bt Omat yang telah berlangsung di kediamannya, Blok B, Pangsapuri Kos Rendah, Ukay Perdana

10 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Rodzman Tuah & Bi bt Omat yang telah berlangsung di kediamannya, Blok B, Pangsapuri Kos Rendah, Ukay Perdana

Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zamri Karim & Rohani Mohd Raus yang telah berlangsung di kediamannya, Blok C, Jalan AU1C/1, Taman Keramat Permai

10 Mac 2013 – Saari dan Aliza di majlis perkahwinan anak kepada Zamri Karim & Rohani Mohd Raus yang telah berlangsung di kediamannya, Blok C, Jalan AU1C/1, Taman Keramat Permai

BLOG SELANGOR: 12 <b>di ulu kelang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2013 03:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tanah Untuk <b>Di</b> Jual Dalam Kawasan <b>Hulu</b> Selangor Dan Lembah <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 04:07 AM PST

Description

Senarai Tanah Untuk Di Jual Dalam Kawasan Hulu Selangor

1.HULU RENING, BATANG KALI (2 ekar) TANAH DUSUN. Lapisan ketiga dari jalan besar.Ada jalan sampai ke tanah. Dekat dengan kemudahan api dan air.Pokok buah pelbagai cth.durian,rambutan,cempedak,pulasan dan lain-lain.Selang beberapa lot daripada tanah akan dibangunkan sebuah kawasan untuk tujuan perumahan dan komersial. REZAB MELAYU 99 TAHUN. Harga RM90 ribu seekar(runding) ADA 2 LOT.

2.HULU RENING,BATANG KALI (6 ekar). KEBUN GETAH.Jarak dari jalan besar dalam lingkungan 2km hingga 4km. Jauh dari kemudahan api dan air.Ada jalan sampai ke tanah.
REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM70 ribu seekar(runding).
ADA 2 LOT.

3.HULU TAMU,BATANG KALI. (21.986 ekar). DUSUN DURIAN.
Terdiri dari 5 lot tanah yang bercantum. Ada sungai
dalam tanah.Untuk jalan masuk perlu buka simpanan jalan untuk ke tanah.Kemudahan api dan air dimasa akan datang tiada masalah kerana bersebelahan tanah akan dibangunkan KEM PLKN. Dijangka KEM PLKN beroperasi pada Januari 2014.REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM90 ribu seekar (runding).

4.BUKIT TAMU,BATANG KALI (1.8 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN DAN KOLAM IKAN. Ada jalan masuk sampai ke tanah.Tiada
kemudahan api.Sungai mengalir ditengah-tengah tanah.
Di atas tanah ada sebuah rumah batu(rumah rehat).
Kedudukan rumah dan kolam ikan ditengah-tengah di
kelilingi oleh dusun buah-buahan.Ada 4 kolam ikan
Talapia Merah yang dijaga dengan baik.Anggaran hasil
jualan ikan boleh mencecah RM10 ribu sebulan.
REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM460 ribu keseluruhan
(runding).

5.BUKIT TAMU,BATANG KALI (2 EKAR).DUSUN BUAH-BUAHAN.Ada jalan masuk sampai ke tanah. kedudukan tanah rata dan sedikit landai.tiada kemudahan api.Ada sebuah ruah rehat.Mempunyai 3 punca air dari Hutan Simpan Bukit Tamu. Ada 2 buah kolam tetapi tidak dijaga dengan baik.REZAB MELAYU 99 TAHUN.harga RM360 ribu keseluruhan (runding).

6.BATANG KALI (3 ekar). DUSUN DURIAN. Ada jalan masuk
sampai ke tanah.Tiada kemudahan api tetapi ada sungai
melalui tanah.REZAB MELAYU KEKAL. Harga RM90 ribu
seekar(runding).

7.HULU YAM LAMA,BATU 30 (2 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN. Ada kemudahan api dan air. Tanah rata.REZAB MELAYU KEKAL.Harga RM270 ribu keseluruhan(runding)

8.HULU YAM LAMA,BATU 30 (3 ekar).KEBUN GETAH. Jalan sampai ke tanah(separuh tar dan separuh tanah merah). Tidak ada kemudahan api. Ada punca air (tali air). tanah rata dan sedikit berbukit. REZAB MELAYU KEKAL. Harga RM140 ribu keseluruhan(runding)

9.RASA,TAMAN RASA TAMBAHAN (2.6 ekar). DUSUN BUAH-BUAHAN Jalan sampai ke tanah.Tidak ada kemudahan api. Ada sungai kecil melalui tanah.tanah landai.
PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA.
Harga RM240 ribu keseluruhan(runding)

10.RASA,SEMERPOH (1 ekar). Terletak antara jalan dari
Pekan Rasa ke Bukit Beruntung. Ada jalan ke tanah.
Tiada punca api dan air.Tanah berbukit.
REZAB MELAYU 99 TAHUN.Harga RM60 ribu seekar(runding)

SENARAI TANAH UNTUK DI JUAL DI KAWASAN LEMBAH KLANG

1.DENGKIL (2.5 ekar). TANAH KOSONG dan ada sungai.Sesuai untuk pertanian,rumah sewa dan rumah kediaman.Berdekatan dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).Status Tanah REZAB MELAYU KEKAL PERTANIAN.Harga RM190 ribu seekar(runding)

2.MERU KG.BUKIT CERAKAH,KLANG (3 ekar). TANAH KOSONG TEPI JALAN BESAR. STATUS PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA.BERDEKATAN BANDAR PUNCAK ALAM < 7 Km. Harga RM500 ribu seekar(runding)

3.JALAN GOMBAK BATU 4 (5 ekar).TEPI JALAN. STATUS
PEGANGAN KEKAL PERTANIAN.Harga RM180 sekaki(runding).

4.JALAN GOMBAK BATU 4 (1.5 ekar). TANAH KOSONG TEPI JALAN.STATUS REZAB MELAYU KEKAL PERTANIAN. Harga RM230 sekaki(runding)

5.SG.LONG KAJANG (7.77 ekar).TEPI JALAN bukit landai.
STATUS PAJAKAN 99 TAHUN SEMUA BANGSA, BANGUNAN.
HARGA RM40 sekaki(runding)

Bagi anda yang berminat untuk mendapat detail lanjut tanah
yang berkenaan, sila emel atau smskan emel anda
ke 0176548878 atau mdalff0@gmail.com

Incoming search terms:

  • rumah untuk dijual batang kali 2013 (4)
  • rumah untuk dijual di hulu selangor 2013 (2)
  • perniagaan untuk dijual di batang kali (2)
  • rumah untuk dijual di selangor 2013 (1)
  • rumah untuk dijual di sungai besar selangor 2012 (1)
  • rumah untuk dijual kawasan klang 2013 (1)
  • rumah untuk dijual sungai besar di pejabat daerah sungai besar selangor (1)
  • rumah untuk disewa selangor 2013 (1)
  • sewa tanah kosong selangor (1)
  • tanah dusun untuk dijual di selangor 2013 (1)

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


10: IBLIS BERTOPENG MANUSIA DITAHAN <b>DI SUNGAI BULOH</b>

Posted: 25 Mar 2013 11:21 PM PDT

Sungai Buloh: Kegiatan kumpulan samun dan pecah rumah dikenali Geng Pechai yang berleluasa di daerah ini tumpas apabila lapan anggotanya termasuk ketua mereka ditahan dalam serbuan berasingan, baru-baru ini.

 
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, kumpulan itu yang disifatkan sebagai ganas dan kejam menyasarkan kedai serbaneka 24 jam dan rumah yang ditinggalkan penghuninya untuk memecah masuk.

Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan selepas melakukan samun bersenjatakan parang ke atas sebuah hotel di daerah ini yang dilakukan empat anggotanya pada 9 Februari lalu.
"Susulan laporan mangsa, kami menubuhkan pasukan khas bagi menjejak kumpulan ini yang turut mencederakan mangsa ketika menyamun.

"Hasilnya, enam lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Kota Damansara pada 12 Februari lalu bersama sebuah kereta curi dan senjata parang yang disembunyikan dalam kenderaan itu," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke-206 di Balai Polis Kampung Baru Subang, di sini, semalam.

Dalam majlis kali pertama diraikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh itu, seramai 37 anggota dan pegawai dari lima balai polis menerima sijil penghargaan atas perkhidmatan cemerlang. Katanya, dua lagi anggota Geng Pachai ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) di Saujana Utama selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada 19 Mac lalu.
"Pemeriksaan mendapati kedua-duanya baru saja melakukan jenayah samun dan rogol serta mereka dalam perjalanan untuk melarikan diri ke tempat persembunyian.

"Hasil soal siasat mendapati mereka anggota kumpulan Geng Pachai yang banyak melakukan jenayah di daerah ini," katanya.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


9W2DYA STESEN RADIO AMATUR: Digipeater dan Igate <b>di Bangi</b>

Posted: 03 May 2013 09:15 PM PDT


Bangi mempunyai dua stesen yang aktif dalam aprs iaitu 9W2CEH-3 dan 9W2WEE-3. Jarak dari base adalah 2.6km bagi 9W2WEE-3 membolehkan tracker aku dapat diaktifkan sepanjang masa. Sebelum ini, 9W2CEH-3 dari base aku tidak dapat diaktifkan kerana jaraknya adalah 5.5km.

Sebelum kedua-dua stesen ini aktif aku hanya mengharapkan stesen mountain top 9M4RDG-3 dapat berfungsi dengan baik. Jika anda bermobile di kawasan Bangi anda tidak perlu risau kerana kedua-dua stesen ini berfungsi dengan baik hinggalah ke sempadan Negeri Sembilan.

Ada satu lagi stesen yang aktif di Kajang iaitu 9W2LL-5. Pada pemerhatian aku, stesen ini menerima packet bagi kedudukan yang jauh. Aku tidak pasti adakah ia betul-betul terletak di situ. Jarak dari base aku ialah 10.5km.

Manakala di Putrajaya pula terdapat stesen 9W2DIE-3 dan jarak dari base aku adalah 11.3km.

Bagi aku pula, perlu memasang antena base bagi membolehkan lebih banyak stesen lagi dapat aku dengari.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

12 di ulu yam - Google Blog Search

12 di ulu yam - Google Blog Search


612 : Mandi - Manda @ <b>Ulu Yam</b> | Aku Menulis Untuk Diri Sendiri

Posted: 20 May 2013 10:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hari Sabtu yang lepas, aku dengan tiga orang sahabat yang lain telah berkelah di Ulu Yam. Kawasan perkelahan ni kira-kira setengah jam perjalanan jer dari rumah aku. Cantik kawasan perkelahan ni dan bersih jugak.

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Ceramah Terkini!!! YB Azmin Ali <b>di Selayang</b> (video) - Agen DSAI

Posted: 09 Apr 2013 10:49 PM PDT

Ruang Iklan Teks Berbayar

Panas!! Hanya Modal RM25,
Anda Berpotensi Mendapat RM10,000 Dalam Masa 5 Minggu
- KLIK SINI 11/7/13 Tamat

Product Menjimatkan Petrol Terkini!!!! Sehingga 50%...- BERMINAT KLIK SINI 13/10/13 Tamat

Blog Agen Dsai Ikut..

Gelombang Sokongan Rakyat Makin Kuat <b>Di Selayang</b> - Selangorku

Posted: 20 Apr 2013 02:31 AM PDT

SELAYANG, 20 APRIL: Gelombang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat(PR) makin kuat di Selayang berdasarkan kecemerlangan pentadbiran dan pelbagai program yang diaturkan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Calon Parlimen Selayang, William Leong(PKR) berkata, rakyat dapat merasai perbezaan ketara di bawah pentadbiran PR Selangor yang dilihat lebih banyak menyelesaikan masalah berbanding Umno-BN.

"Saya yakin rakyat telah buka mata dengan satu keyakinan bahawa Kerajaan PR boleh memerintah dengan baik, jujur dan telus.

"Saya sendiri sering turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat dan sekaligus memberi satu harapan kepada rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.

Bagi calon DUN Rawang, Gan Pei Nei(PKR), beliau berharap rakyat akan memberi mandat sekali lagi kepada PR untuk mentadbir Selangor bagi meneruskan kecemerlangan yang dilaksanakan sejak tahun 2008.

Beliau yang kekal bertanding di kerusi DUN tersebut buat kali kedua yakin manifesto gabungan itu serta program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mampu memikat hati rakyat untuk terus kekal menyokong PR.

"Saya rasa rakyat melalui maklum balas yang kita terima mereka nampak ada perbezaan ketara di bawah pemerintahan PR khasnya seperti polisi air percuma, program MES dan sebagainya.

"Kita dilihat sebagai sebuah kerajaan bebas rasuah dan terbukti bersih serta amanah di mana ia diakui oleh Ketua Audit Negara sendiri.

"Secara tidak langsung ia memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong PR," ujarnya.

Sementara itu, calon PAS DUN Taman Templer yang ditandingi Zaidy Abdul Talib berjanji akan meneruskan kecemerlangan pentadbiran PR di Selangor dengan membawa harapan rakyat yang menuntut perubahan.

Katanya, beliau akan melakukan yang terbaik dengan menawarkan khidmat kepada rakyat dan menyerahkan kepada mereka untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak.

"Kami di sini akan meneruskan kecemerlangan yang dibuat oleh PR dalam tempoh lima tahun. Di Malaysia.

"Kita akan tawarkan khidmat kepada rakyat dan serahkan kepada mereka untuk memilih calon yang terbaik. Saya cukup yakin dengan kebangkitan rakyat yang percaya kepada PR," katanya.

Calon PKR DUN Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman pula berharap rakyat akan memberi sokongan padu kepada PR yang sentiasa berusaha membela nasib rakyat.

Beliau juga berharap pilihan raya kali ini akan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya ingin memenangi kerusi DUN ini untuk masa depan warga Kuang kerana saya telah pantau keadaan di sana sejak tahun 2000 lagi.

"Saya akan meneruskan apa yang ingin dilaksanakan oleh PR di mana ia terbukti telah berjaya malah akan ditambah baik lagi seperti yang ditawarkan dalam manifesto PR Selangor," ujarnya.

Pendapat Anda

Pendapat

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 11 May 2013 03:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 03:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2013 03:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai pelek</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 03:11 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelancong warga Amerika disamun, dirogol pemandu teksi

Posted: 13 Mar 2013 06:48 PM PDT

SHAH ALAM - Seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat bukan sahaja disamun dan dikurung, lebih malang dia dipercayai dirogol bergilir-gilir selepas menaiki sebuah teksi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Sumber berkata, ketika kejadian wanita berusia 25 tahun itu baru selesai membeli barang di sebuah pusat beli-belah dan mengambil teksi untuk pulang ke hotel.

Menurutnya, selain mangsa dan pemandu teksi, terdapat seorang lagi 'penumpang' lelaki dalam kenderaan terbabit.

"Pemandu teksi dan lelaki terbabit dipercayai bersekongkol membawa mangsa ke sebuah homestay di kawasan Sungai Pelek, Sepang.

"Mangsa dikurung selama dua hari dan dirogol. Barangan berharga serta wang miliknya turut disamun," katanya.

Menurut sumber, mangsa berjaya melepaskan diri petang semalam, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek.

Katanya, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan sedang mengesan beberapa individu lagi yang disyaki ada kaitan dengan kes tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed dan Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin mengesahkan terima laporan berhubung kes tersebut.

Pada 6 Mac lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan seramai lima pemandu teksi ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan culik penumpang bagi meminta wang tebusan di sekitar ibu negara baru-baru ini.

Beliau berkata, polis turut mengenal pasti tiga kumpulan pemandu teksi aktif melakukan jenayah tersebut sejak enam bulan lalu dengan menyasarkan penumpang wanita yang menaiki teksi bersendirian sebagai mangsa.

Katanya, sebanyak 13 kes dilaporkan berlaku sejak Januari lalu dan modus operandi penjenayah adalah menyewa teksi dan berpura-pura mengambil penumpang sebelum menyamun atau menculik mereka.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...teksi-1.139436

pemandu teksi rogol pelancong - abgteror hotline news

Posted: 13 Mar 2013 10:00 PM PDT

Post image for PEMANDU TEKSI ROGOL PELANCONG

PEMANDU TEKSI ROGOL PELANCONG | Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua lelaki.

Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.

Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.

Sumber mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan, barang-barang mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara Damansara.

Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.

Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kami telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi," katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

DAP <b>Sungai Pelek</b> Diberi 14 Hari Perjelas Salah Guna Kuasa

Posted: 18 Mar 2013 12:27 AM PDT

alt

KUALA LUMPUR 18 Mac - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) N56 Sungai Pelek, Sivakumar Periasamy dari DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan dakwaan salahguna kuasa dengan membelanjakan dana DUN tersebut secara tidak berhemah.

Bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang R.Vellasamy berkata, tempoh tersebut diberi kepada Sivakumar sebelum laporan polis dibuat berikutan beliau tidak mengagihkan peruntukan secara adil yang hanya mengutamakan kroninya sahaja.

"Banyak kuil yang berdaftar tidak dapat peruntukan tersebut, sebaliknya kuil yang tidak berdaftar diberikan peruntukan kerana kuil yang tidak berdaftar ini adalah kroni-kroni beliau."

"Dikawasan sendiri DUN Sungai Pelek pun dia tidak salurkan peruntukan macam mana Sivakumar boleh menyalurkan peruntukan di DUN N54 Tanjung Sepat untuk membina pintu gerbang "Stainles Steel" laluan utama ke Taman Teluk Merbau," katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Vellasamy, peruntukan yang diberikan hanya kepada orang yang dikenali dan rapat dengan beliau dan ada penerima ada kaitan tali persaudaraan.

alt

Sivakumar turut didakwa menggunakan peruntukan tersebut bagi melaksanakan tujuan politiknya serta kepentingan individu tertentu.

"Kami ada bukti penerima mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat dan salah seorang darinya seorang petugas di Pusat Khidmat Masyarakat N56 Sungai Pelek."

"Oleh itu, dipercayai Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai penyelaras DUN dengan mengagihkan wang peruntukan untuk kepentinagn kroni-kroni beliau dan secara jelas melanggar dasar kerajaan Negeri Selangor," kata Vellasamy.

Jelasnya lagi, sumbangan yang dijanjikan oleh ADUN Teratai Jenice Lee sebagai peruntukan untuk menyambut perayaan Deepavali masih belum diterima walaupun telah diluluskan.

Vellasamy turut menjelaskan, segala dokumen mengenai hal tersebut telah dihantar kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan mendesak supaya Sivakumar disiasat dengan kadar segera.

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Dr Idris : Bangunkan <b>Ijok</b> Sebagai Pusat Perindustrian - Selangorku

Posted: 02 May 2013 02:03 AM PDT

KUALA SELANGOR 2 MEI: Terletak di kawasan yang strategik antara Pelabuhan Klang dan Kuala Lumpur, Pekan Ijok sepatutnya menjadi kawasan perindustrian yang berjaya.

Sehubungan itu, calon PKR DUN Ijok, Dr Idris Ahmad berkata, beliau akan berusaha menarik pelabur asing untuk membina kilang-kilang industri di kawasan ini supaya dapat memberi lebih pekerjaan kepada penduduk di Ijok.

"Harapan saya, visi saya, saya cuba menarik pelabur daripada luar untuk bina kilang di sini supaya ini akan memberi banyak pekerjaan pada anak-anak muda di Ijok.

"Ijok sudah ada 'highway', dari segi infrastruktur sudah ada, yang tak ada, kita nak menarik pelabur supaya datang ke Ijok.

"Oleh sebab sistem pendidikan yang buruk, mereka(belia) tercicir daripada arus pembangunan, mereka tak ada kerja, akan timbul masalah sosial dan saya dapati masalah ini berleluasa di Ijok," ujarnya.

Sebelum ini, Dr Idris berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga mantan Adun Ijok banyak menyelesaikan masalah yang dihadapi puluhan tahun penduduk di kawasan ini.

Sejak di bawah PR, masalah puluhan tahun tanah selesai, ini berbeza dengan Umno-BN, permohonan rakyat akan dipertimbangkan, setiap kali kempen pilihan raya.

"Tapi bila PR ambil, kita boleh selesaikan kebanyakan masalah tanah di Jaya Setia, Pecah Batu dan lain-lain tempat, inilah komitmen PR, sebab kami prihatin terhadap masalah rakyat," katanya lagi.

Menurut Dr Idris, Kerajaan PR negeri mewarisi pelbagai masalah daripada kelemahan pentadbiran kerajaan sebelumnya seperti masalah kebersihan, kesihatan dan pendidikan.

Pendapat Anda

Pendapat

ads