Adun Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan nyaris maut apabila laluan sepanjang 300 meter dari laut ke jeti Tanjung Sepat, di sini runtuh ketika beliau bersama ahli jawatankuasa nelayan membuat lawatan di kawasan terbabit.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang semalam itu menyebabkan Mohd Haslin mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesejahteraan Kampung, Tan Hoo Chong turut mengalami kecederaan ringan manakala seorang nelayan patah kaki.
Ahli Majlis Daerah Kuala Langat, Wong Kim Loon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, beliau yang turut serta dalam perbincangan itu bersama Adun dan rombongan sedang membuat lawatan kerja ke kawasan terbabit.
"Ketika kami sedang berbincang bersama nelayan, tiba-tiba jeti yang diperbuat daripada konkrit itu runtuh sepenuhnya dan menyebabkan enam ahli rombongan terjunam ke bawah jeti.
"Mujur saya sempat melompat dan peluk tiang, kalau tidak susah tentu saya juga cedera teruk," katanya lapor media.
Sebelum ini katanya, ahli jawatankuasa sudah memanjangkan masalah jeti yang sudah usang itu kepada pihak berwajib dan meminta peruntukan untuk membaiki kerosakan terbabit tetapi tiada tindakan diambil.
"Nasib baik insiden ini tidak berlaku pada hujung minggu kerana jeti ini sering dikunjungi pelancong asing yang datang untuk mengambil gambar pemandangan di sini," katanya.
My wey of life: a day trip to tanjung sepat, malaysia., While i was in malaysia for chinese new year holiday, my friends and i went to a lil town call tanjung sepat. tanjung sepat is near morib. which is famous for the. Tzee meng's blog: a day trip to tanjung sepat, This is because i have been hearing people talked so much about this place and also seeing many blogs reviews. therefore, this year's hari raya public. ~*edryanne's story*~: one day trip to tanjung sepat, Heys! i just camp back from 4 days 3 night church camp! but now i planned to blog about the previous trip to tanjung sepat first yeah, it was on 29.
Tanjung sepat (01.02.2011) 2/8 ~ hungry nomads, Tanjung sepat (01.02.2011) february 7, 2011 at 9:58 pm feeling bored since we are on leave and chinese new year is still two days away, wife has decided to. Cuti-cuti tanjung sepat | dexxy.net, Tanjung sepat is a town in kuala langat district in selangor, malaysia. located at straits of malacca, primarily is a fishing town. most of the inhabitants have some. ~brought up 2 share~: mari makan di tanjung sepat, When dad suggested that we should go out together, it must be something we should all game for..
Sekinchan: a family day trip – parentwonder.com, This idea was mooted after our highly enjoyable trip to tanjung sepat and sepang gold coast. after some planning and research, 3 families (sp family, lee family, and. As i travel /my kembara, Travelling places, sharing experience. this blog share lots of photos too because photo says a thousand words. Sepang gold coast – escaping kuala lumpur | fly myself – around, Sepang gold coast is a great escape from busy city life in kuala lumpur. a great place to go when you are bored with going to the same shopping center in kl..
Related post for My Wey Of Life A Day Trip To Tanjung Sepat Malaysia
Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya.
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod.
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang.
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau.
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli).
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.
Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja.
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain.
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut.
This entry was posted on April 27, 2013, 3:18 PM and is filed under Catur Kilat. You can follow any responses to this entry through RSS 2.0.
You can leave a response, or trackback from your own site.
SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) diumum sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu, menggantikan Datuk Mohd Satim Diman.
Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pemilihan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang juga merupakan Pengerusi BN negeri ini.
Beliau berkata, Timbalan Ketua Pembangkang pula disandang ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro.
"Pemilihan itu adalah berdasarkan persetujuan dan muafakat kesemua 12 ADUN BN," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama
Ustaz Mohamad Judi Sarjo, 57, dilahirkan pada 2 Julai 1955 di Kampung Batu 11 Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada dua orang adik-beradik seibu dan sebapa. Manakala adik beradik yang lain pula ialah, adik beradik seibu dan berlainan bapa seorang, manakala adik beradik sebapa berlainan ibu pula ialah 6 orang. Bapanya Sarjo Bin Ronoderio dan bekerja sendiri sebagai petani manakala ibunya, Siti Aminah Binti Paimin, adalah merupakan seorang suri rumahtangga.
Pendidikan
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada tahun 1962 sehingga 1967. Manakala pada tahun 1968 sehingga tahun 1972 beliau telah belajar di Sekolah Arab Sungai Burong sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang (KIK) pada tahun 1973 sehingga 1974 dan telah mendapat Rabi' Thanawi di kolej tersebut.
Selepas itu beliau telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara persendirian sewaktu masih bekerja sebagai anggota polis pada tahun 1980., sebelum menyambung pelajar di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Selangor pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1990.
Rumahtangga
Telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik Hamidah binti Idris pada tahun 1988 hasil perkongsian hidup selama 24 tahun, beliau telah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.
Kerjaya
Memulakan kerjaya sebagai konstabal polis sebaik sahaja menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Gerney, Kuala Lumpur pada tahun 1975 dan mula berkhidmat sebagai anggota keselamatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selama dua tahun sebelum ditukar ke Balai Polis Ulu Tembeling, Kuala Tembeling, Batu Balai dan Bandar Jengka sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1982.
Manakala pada tahun 1983 beliau telah berkhidmat sebagai pendidik dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Batu 12 Sungai Burong sehingga tahun 1984. Selepas itu beliau telah berkhidmat sebagai guru di SRA Sungai Terap sehingga tahun 1997.
Beliau kemudiannya, telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Kampung Parit Serong mulai tahun 1997 sehingga tahun 2001, sebelum di pindahkan ke SRA Kampung Medan, Petaling Jaya, atas arahan politik sehingga tahun 2003.
Selepas itu, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Batu Arang, Gombak pada tahun 2003 sehingga tahun 2004. Manakala pada tahun 2004 sehingga tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1 SRA Block S Sungai Burong. Dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Guru Besar di SRA Bukit Belimbing sebelum bersara pada tahun tahun 2007 selepas 28 tahun berkhidmat sebagai guru.
Mula Bergiat Aktif Dalam Politik
Mula bergiat aktif dengan PAS mulai tahun 1983 sebagai Setiausaha PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 1986. Selepas itu beliau telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri dan pada tahun 2009 beliau diamanahkan pula sebagai Ketua PAS Cawangan sehingga tahun 2011.
Pernah telibat secara aktif dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dan telah diamanahkan sebagai AJK DPP Kawasan pada tahun 1984 sehingga tahun 1986. Kemudian beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DPP Kawasan pada tahun 1986 sehingga tahun 1989 sebelum dipilih sebagai Ketua DPP Kawasan pada tahun 1989 sehingga tahun 1991.
Manakala di peringkat kawasan pula beliau telah diamanahkan beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan dan AJK PAS Kawasan, sebelum diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan pada tahun 2009 dan dilantik sebagai Pemangku YDP PAS Kawasan pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan sebagai YDP PAS Kawasan Tanjong Karang.
Sebaik sahaja PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Bendahari Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong pada tahun 2008 dan Timbalan Pengarah JPD tahun 2009 sebelum dilantik sebagai sebagai Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong pada tahun 2011 sehingga sekarang
Selain itu, beliau pernah diamanahkan oleh parti sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 / 2010 selama sepenggal.
Aktiviti Masyarakat
Selain terlibat dengan parti, Ustaz Judi, juga terlibat secara aktif dengan masyarakat dan pernah dilantik sebagai Nazir Masjid pada tahun 2008 sehingga tahun 2011. Beliau juga telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka mulai tahun 2008.
Ustaz Judi juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 11 pada tahun 2010 -2011 dan AJK PIBG Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SATK) mulai tahun 2011 sehingga sekarang.
Penghargaan
Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah banyak dicurahkan kepada parti dan kerajaan beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena dengan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun ini
SHAH ALAM - Seorang pelancong wanita warga Amerika Syarikat bukan sahaja disamun dan dikurung, lebih malang dia dipercayai dirogol bergilir-gilir selepas menaiki sebuah teksi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Isnin lalu.
Sumber berkata, ketika kejadian wanita berusia 25 tahun itu baru selesai membeli barang di sebuah pusat beli-belah dan mengambil teksi untuk pulang ke hotel.
Menurutnya, selain mangsa dan pemandu teksi, terdapat seorang lagi 'penumpang' lelaki dalam kenderaan terbabit.
"Pemandu teksi dan lelaki terbabit dipercayai bersekongkol membawa mangsa ke sebuah homestay di kawasan Sungai Pelek, Sepang.
"Mangsa dikurung selama dua hari dan dirogol. Barangan berharga serta wang miliknya turut disamun," katanya.
Menurut sumber, mangsa berjaya melepaskan diri petang semalam, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek.
Katanya, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan sedang mengesan beberapa individu lagi yang disyaki ada kaitan dengan kes tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed dan Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin mengesahkan terima laporan berhubung kes tersebut.
Pada 6 Mac lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan seramai lima pemandu teksi ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan culik penumpang bagi meminta wang tebusan di sekitar ibu negara baru-baru ini.
Beliau berkata, polis turut mengenal pasti tiga kumpulan pemandu teksi aktif melakukan jenayah tersebut sejak enam bulan lalu dengan menyasarkan penumpang wanita yang menaiki teksi bersendirian sebagai mangsa.
Katanya, sebanyak 13 kes dilaporkan berlaku sejak Januari lalu dan modus operandi penjenayah adalah menyewa teksi dan berpura-pura mengambil penumpang sebelum menyamun atau menculik mereka.
PEMANDU TEKSI ROGOL PELANCONG | Kunjungan ke Malaysia bertukar menjadi buruk bagi wanita Amerika apabila dia dirompak, dikurung dan dirogol oleh dua lelaki.
Wanita berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membeli-belah di pusat beli-belah di Mutiara Damansara pada Isnin apabila dia menahan sebuah teksi.
Pemandu teksi, yang sudah mempunyai seorang penumpang di tempat duduk bahagian depan bagaimanapun mengambil wanita berkenaan.
Sumber mendedahkan selain tidak menuju ke destinasi yang dimaksudkan, barang-barang mangsa telah dirompak sebelum dibawa ke sebuah rumah di Sungai Pelek, Sepang yang terletak kira-kira 80km dari Mutiara Damansara.
Kedua-dua penculik tidak membuang masa dan bergilir-gilir merogol wanita itu.
Difahamkan wanita itu kemudiannya berjaya untuk melarikan dirinya pada Selasa dan meminta bantuan orang yang lalu-lalang sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Kami telah menahan seorang lelaki setakat ini dan siasatan masih diteruskan. Kami berharap dapat menahan suspek kedua tidak lama lagi," katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu digesa menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau pergi ke balai polis terdekat.
KUALA LUMPUR 18 Mac - Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) N56 Sungai Pelek, Sivakumar Periasamy dari DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan dakwaan salahguna kuasa dengan membelanjakan dana DUN tersebut secara tidak berhemah.
Bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang R.Vellasamy berkata, tempoh tersebut diberi kepada Sivakumar sebelum laporan polis dibuat berikutan beliau tidak mengagihkan peruntukan secara adil yang hanya mengutamakan kroninya sahaja.
"Banyak kuil yang berdaftar tidak dapat peruntukan tersebut, sebaliknya kuil yang tidak berdaftar diberikan peruntukan kerana kuil yang tidak berdaftar ini adalah kroni-kroni beliau."
"Dikawasan sendiri DUN Sungai Pelek pun dia tidak salurkan peruntukan macam mana Sivakumar boleh menyalurkan peruntukan di DUN N54 Tanjung Sepat untuk membina pintu gerbang "Stainles Steel" laluan utama ke Taman Teluk Merbau," katanya kepada pemberita hari ini.
Tambah Vellasamy, peruntukan yang diberikan hanya kepada orang yang dikenali dan rapat dengan beliau dan ada penerima ada kaitan tali persaudaraan.
Sivakumar turut didakwa menggunakan peruntukan tersebut bagi melaksanakan tujuan politiknya serta kepentingan individu tertentu.
"Kami ada bukti penerima mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat dan salah seorang darinya seorang petugas di Pusat Khidmat Masyarakat N56 Sungai Pelek."
"Oleh itu, dipercayai Sivakumar telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai penyelaras DUN dengan mengagihkan wang peruntukan untuk kepentinagn kroni-kroni beliau dan secara jelas melanggar dasar kerajaan Negeri Selangor," kata Vellasamy.
Jelasnya lagi, sumbangan yang dijanjikan oleh ADUN Teratai Jenice Lee sebagai peruntukan untuk menyambut perayaan Deepavali masih belum diterima walaupun telah diluluskan.
Vellasamy turut menjelaskan, segala dokumen mengenai hal tersebut telah dihantar kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan mendesak supaya Sivakumar disiasat dengan kadar segera.
[unable to retrieve full-text content]Penulis mengetahu perkara ini melalui 'timeline' rakan Facebook penulis ,beliau ialah seorang ahli UMNO di Kelana Jaya yang dipergunakan oleh pihak berkepentingan. Rupa-rupanya pemilihan UMNO yang berlaku di ...
Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah.
Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.
Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk"Mermaids: The Body Found".
Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.
Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan "Mermaids: The New Evidence" .
Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.
Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
Ini berikutan badan berkenaan menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan yang meminta jabatan itu mengeluarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan berkenaan.
Dokumentari itu sendiri dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
Melalui dokumentari "Mermaids: The New Evidence", bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.
Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu.
Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.
Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan.
Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles (gambar) berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.
"Ekspedisi ini ialah satu penjelajahan yang akan mengambil masa antara 30 hingga 35 hari melibatkan perjalanan sejauh 530km merentas bahagian tengah dan Selatan Greenland," kata beliau kepada Mynewshub.my hari ini.
Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun.
Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai 'Jaguh Kampung', katanya.
"Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.
"Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari," katanya.
Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi.
Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.
"Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita," katanya.
Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar.
Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana?
"Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan," kata beliau sambil tersenyum.-Mynewshub.my