Jumaat, 6 Disember 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Azyandelights: Cheese Cake <b>di</b> Mattop Bariani, Bandar Baru <b>Bangi</b>

Posted: 06 Dec 2013 12:21 AM PST

JEMPUTAN KE "edufest" <b>di</b> DECTAR, UKM <b>BANGI</b> - ღ

Posted: 26 Nov 2013 05:04 AM PST

Assalamualaikum w.b.t and Hello!


Hari ni saya nak menjemput korang semua untuk datang ke DECTAR UKM pada 15/12/2013. (di BANGI tau...) Akan ada satu program yang kita namakan "edufest". Seperti yang korang dapat lihat pada poster di atas, ada 4 orang jemputan luar kita panggil. Antaranya Amin Idris, Heliza Helmi, Ust. Haslin Bollywood dan Dr. Zaharuddin. Korangmesti sangka yang ni sekadar program motivasi kan? Anda salah... Dalam kita buat program motivasi, mestilah kena ada aktiviti lain jugak kan? Maka dengan itu, kami mengadakan aktiviti cabutan bertuah untuk hadirin yang hadir. InsyaAllah hadiahnya juga pasti menarik. Kalau nak tahu apa hadiahnya, kena lah datang ke DECTAR pada Ahad ni.

Jangan lepaskan peluang. Peluang hanya sekali. Ini terbuka kepada semua. Pembaca blog Fatin pun boleh datang join. Sediakan RM20, insyaAllah anda dapat ikuti program ni. Semoga Allah permudahkan segalanya :)



THANKS SUDI MEMBACA ^.^

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Nov 2013 11:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ujang kutik: MITOS <b>BERANANG</b> (SELANGOR) DIRUNGKAI

Posted: 28 Sep 2013 05:42 PM PDT

Sejak saya mengetahui Beranang, sebuah daerah di dalam Negeri Selangor dan juga pintu masuk di sebelah utara Negeri Sembilan, ada dua mitos mengenai Beranang yang pernah hidup subur dalam tanggapan saya. 
Salah satu di antaranya baharu sahaja dapat dicerahkan. Mitos kedua sebenarnya telah lama saya nyahkan tetapi perlu juga dinyatakan sebagai rekod. 
Saya juga yakin bahawa itulah juga persepsi yang menguasai kebanyakkan Orang Negeri Sembilan dan penduduk Melaka di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah terhadap Beranang. 
Pertamanya, saya beranggapan bahawa semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli - keturunan generasi baru Minangkabau dari Tanah Minangkabau yang berhijrah ke Malaysia berabad-abad selepas gelombang kedatangan pertama Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan pada sekitar tahun 1500-an. Komuniti Minangkabau asli di Beranang ini masih bercakap dalam dialek Minang asli dan masih berhubungan dengan saudara mereka di Tanah Minangkabau. 
Saya cuma mengetahui bahawa bukan semua penduduk Beranang adalah dari keturunan Minangkabau asli lebih kurang dua bulan yang lalu. Ceritanya bermula apabila saya bertanya kepada seorang rakan seorganisasi yang berasal dari Beranang mengenai dialek percakapannya adalah dialek Negeri Sembilan ( bukannya dialek Minang asli). 
Dia menjelaskan, " Aku (dia tidak membahasakan dirinya Eden) bukannya orang Minangkabau. Aku adalah 'Orang Negeri Sembilan' . Kedudukkan geografi kampung aku (Beranang) yang bersempadan dengan Negeri Sembilan terletak di dalam Negeri Selangor."
Melaluinya saya baru mengetahui bahawa komuniti Minangkabau asli di Beranang cuma didapati di sebuah kampung sahaja. Selainnya adalah komuniti ' Orang Negeri Sembilan' yang dipisahkan dengan 'saudara kandung' mereka di Negeri Sembilan oleh kanun geografi. Melaluinya saya mengetahui bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek dominan di kalangan penduduk Beranang.
Saya sebenarnya berat hati hendak menyatakan mitos kedua kerana mungkin boleh mengguris hati  rakan-rakan yang berasal dari Beranang. Ketika berulang alik dari Kuala Lumpur - Rembau dan Rembau-Kuala Lumpur (balik bercuti di kampung) pada zaman remaja, saya diingatkan supaya jangan sekali-kali singgah makan atau minum di Beranang. Kononnya, penduduk Beranang suka bermain santau. Saya patuh sepenuhnya!
Tanggapan kononnya penduduk Beranang suka bermain santau adalah satu tanggapan di tahap ' fenomena' di kalangan penduduk Negeri Sembilan/Melaka (Alor Gajah,Masjid Tanah) suatu ketika dahulu. Mitos ini sama makamnya dengan keyakinan " Orang luar yang berkahwin dengan wanita Negeri Sembilan akan tinggal sehelai sepinggang jika berlaku perkara yang tidak diingini ".
Saya akui baharu sahaja mengetahui ' pengaruh Negeri Sembilan' terutamanya dialek percakapan begitu dominan di Beranang, Selangor. Namun, mitos mengenai santau sebenarnya telah lama tidak saya yakini lagi. Saya dan keluarga selalu singgah makan di warung-warung di sekitar Pekan Beranang ketika dalam perjalanan balik ke kampung atau ketika balik semula ke Ampang, Selangor. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan anak jati Beranang yang saya kenali hati budi mereka.    

Apartment Bandar Tasik Kesuma, <b>Beranang</b>. | Rumah untuk dijual <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2013 12:14 AM PST

Description

Type: Apartment
Furnishing: Unfurnish
Occupancy: Tenancy
Beds: 3
Baths: 2
Built Up: 700sq.ft.
Title type: Freehold
Other info: Non Bumi Lot

Keterangan :
– Lokasi: Apartment Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
– Berdekatan JMI & Kolej Professional MARA.
– Grill, ceiling fan, lighting, move in condition.
– Pasaraya berdekatan adalah Giant, Mydin & Tesco.
– 2 km ke Tesco Semenyih.
– 4 km ke Pekan Semenyih.
– 15 minit ke LEKAS Highway.
– Suasana yang damai dan jauh dari kebisingan.
– Kejiranan yang harmoni dan suasana yang tenang.
– Pembeli diperlukan SEGERA !!

Earnest Deposit 3% & Balance 7% masa sain S&P.
Lawyer & Loan akan diuruskan.

Adakan Anda Nak Jual Rumah?
Call sekarang untuk nasihat jual/beli PERCUMA*.

SERIOUS BUYER ONLY!!!!

Untuk sebarang pertanyaan hubungi:
Mr. Syahz 010-2212334

About The Poster

TransAsia Property Consultancy Sdn. Bhd. - VE(1)0187 Lot 2-10, Aras 2, Plaza Seremban, Jalan Dato' Muda Linggi, Negeri Sembilan. Tel/Fax: 06-7620673

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Selangor peruntuk RM37 juta atasi masalah banjir <b>di Klang</b> <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2013 01:11 AM PST

[unable to retrieve full-text content]OLEH : NAZLI IBRAHIM. SHAH ALAM 13 NOV : Ekoran kejadian banjir kilat yang sering melanda di beberapa tempat di Klang, Kerajaan Selangor mengumumkan langkah segera bagi melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir dan menaiktaraf ...

12 di tanjung sepat - Google Blog Search

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


ns art society 森州艺术协会: Notis: Pameran <b>Di Tanjung Sepat</b> / 通告 <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2013 08:49 PM PST


Tarikh: 29 Nov 2013

Semua ahli yang dihormati,

PSNS akan mengadakan Pameran Seni di Tanjung Sepat, Selangor pada 28 Disember 2013 hingga 5 Januari 2014. Ahli-ahli sekalian digalakkan untuk menyertai pameran yang akan diadakan.

Butiran seperti bawah:

Upacara Perasmian: 28.12.2013

Masa: 7pm

Tempat: Chia Ancestral Temple

Address: No. 570, Tanjong Sepat, 48200 Selangor

Bil. Karya: Setiap ahli 1 karya (Karya mesti dipasang bingkai)

Semua karya haruslah hantar pada En Yong Look Lam sebelum 23.12.2013 (Isnin).

Pertanyaan sila hubungi: En Koo Boon Seng (016-6146130)

                                     En Yong Look Lam (016-3199899)

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

TANG XIN YING

Setiausaha PSNS

_________________________________________________________

各位会员:

本会于12月28日至1月5日在丹绒士拔举办画展。

各位会员请用踊跃参加。

详情如下:

开幕日期:12月28日

时间:晚上7点

地点: 丹绒士拔谢氏宗祠

地址:No. 570, Tanjong Sepat, 48200 Selangor

作品数量:每会员限1幅 (作品需裱镜框)       

作品请于12月23日(星期一)前交给杨六南先生。

询问请联络:邱文成先生 (016-6146130)

                杨六南先生 (016-3199899)

谢谢。

森州艺术协会秘书
董欣颖                 敬启

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 09:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Nov 2013 09:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Oct 2013 09:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Sep 2013 09:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di paya jaras</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 09:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malaysia Waves: PSM/PKR Kempen Kaum India <b>Paya Jaras</b> Undi PAS

Posted: 29 May 2013 12:35 AM PDT

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.
Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.
Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.
Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.
Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.
Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.
Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.
Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.
Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.
Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.
Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.
Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.
ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.
pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

Kampung Kemboja <b>Di Paya Jaras</b>, Pahang? - titian perjalanan ini <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 05:30 AM PDT

Berita di TV ni, dengar tadi. di Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras yang digelar sebagai Kampung Kemboja. 
Masyarakat merungut. Saya berpendapat, tidak payah merungut dan minta pihak berkuasa campur tangan. Mereka boleh berniaga di situ kerana mendapat sokongan masyarakat yang menjadi pembeli. Prinsip ekonomi senang, ada permintaan pasti ada penawaran. Jika tidak ada pembeli dan hasil jualan mereka tidak laku, pasti mereka akan pindah ke tempat lain. 
Jadi, pandangan saya, kehadiran mereka disokong oleh masyarakat tempatan juga, mengapa hendak merungut. 

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2013 07:40 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2013 07:13 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2013 07:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ADUN <b>Sungai Burong</b> dilantik Ketua Pembangkang <b>di</b> Selangor <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2013 04:53 AM PDT

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) diumum sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu, menggantikan Datuk Mohd Satim Diman.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pemilihan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang juga merupakan Pengerusi BN negeri ini.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Pembangkang pula disandang ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro.

"Pemilihan itu adalah berdasarkan persetujuan dan muafakat kesemua 12 ADUN BN," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama

Kenali Calon PAS N08 <b>Sungai Burong</b> | PAS Tanjong Karang

Posted: 20 Apr 2013 11:06 AM PDT

580324_370349223041431_832248426_nLatar Belakang

Ustaz Mohamad Judi Sarjo, 57, dilahirkan pada 2 Julai 1955 di Kampung Batu 11 Tanjong Karang. Beliau merupakan anak ke-2 daripada dua orang adik-beradik seibu dan sebapa. Manakala adik beradik yang lain pula ialah, adik beradik seibu dan berlainan bapa seorang, manakala adik beradik sebapa berlainan ibu pula ialah  6 orang. Bapanya Sarjo Bin Ronoderio dan bekerja sendiri sebagai petani manakala ibunya, Siti Aminah Binti Paimin,  adalah merupakan seorang suri rumahtangga.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong pada tahun 1962 sehingga 1967. Manakala pada tahun 1968 sehingga tahun 1972 beliau telah belajar di Sekolah Arab  Sungai Burong sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang (KIK) pada tahun 1973 sehingga 1974 dan telah mendapat Rabi' Thanawi di kolej tersebut.

Selepas itu beliau telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) secara 20130312_113428persendirian sewaktu masih bekerja sebagai anggota polis pada tahun 1980., sebelum  menyambung pelajar di Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Selangor pada tahun 1987 dan berjaya memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1990.

Rumahtangga

Telah mendirikan rumahtangga dengan seorang pendidik Hamidah binti Idris pada tahun 1988 hasil perkongsian hidup selama 24 tahun, beliau telah dikurniakan  seramai 6 orang cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kerjaya

Memulakan kerjaya sebagai konstabal polis sebaik sahaja menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Gerney, Kuala Lumpur pada tahun 1975 dan mula berkhidmat sebagai anggota keselamatan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut selama dua tahun sebelum ditukar ke Balai Polis Ulu Tembeling, Kuala Tembeling, Batu Balai dan Bandar Jengka sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1982.

285264_428837020525984_1600178850_nManakala pada tahun 1983 beliau telah berkhidmat sebagai pendidik dan mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Batu 12 Sungai Burong sehingga tahun 1984. Selepas itu beliau telah berkhidmat sebagai guru di SRA Sungai Terap sehingga tahun 1997.

Beliau kemudiannya, telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Kampung Parit Serong mulai tahun 1997 sehingga tahun 2001, sebelum di pindahkan ke SRA Kampung Medan, Petaling Jaya, atas arahan politik sehingga tahun 2003.

Selepas itu, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Guru Besar di SRA Batu Arang, Gombak pada tahun 2003 sehingga tahun 2004. Manakala pada tahun 2004 sehingga tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan (GPK) 1 SRA Block S Sungai Burong. Dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Guru Besar di SRA Bukit Belimbing sebelum bersara pada tahun tahun 2007 selepas 28 tahun berkhidmat sebagai guru.

Mula Bergiat Aktif Dalam Politik

Mula bergiat aktif dengan PAS mulai tahun 1983 sebagai Setiausaha PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 1986. Selepas itu beliau telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2007 beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Sungai Tengi Kiri524582_413364705406549_372661197_n dan pada tahun 2009 beliau diamanahkan pula sebagai Ketua PAS Cawangan sehingga tahun 2011.

Pernah telibat secara aktif dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang dan telah diamanahkan sebagai AJK DPP Kawasan pada tahun 1984 sehingga tahun 1986. Kemudian beliau telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DPP Kawasan pada tahun 1986 sehingga tahun 1989 sebelum dipilih sebagai Ketua DPP Kawasan pada tahun 1989 sehingga tahun 1991.

Manakala di peringkat kawasan pula beliau telah diamanahkan beberapa jawatan penting seperti Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan dan AJK PAS Kawasan, sebelum diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan pada tahun 2009 dan dilantik sebagai Pemangku YDP PAS Kawasan pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan sebagai YDP PAS Kawasan Tanjong Karang.

Sebaik sahaja PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah untuk menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, beliau telah diamanahkan sebagai Bendahari Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong pada tahun 2008 dan Timbalan Pengarah JPD tahun 2009 sebelum dilantik sebagai sebagai Pegawai Penyelaras PKM DUN Sungai Burong pada tahun 2011 sehingga sekarang

Selain itu, beliau pernah diamanahkan oleh parti sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 / 2010 P1020430selama sepenggal.

Aktiviti Masyarakat

Selain terlibat dengan parti, Ustaz Judi, juga terlibat secara aktif dengan masyarakat dan pernah dilantik sebagai Nazir Masjid pada tahun 2008 sehingga tahun 2011. Beliau juga telah diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melaka mulai tahun 2008.

Ustaz Judi juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Batu 11 pada tahun 2010 -2011 dan AJK PIBG Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang (SATK) mulai tahun 2011 sehingga sekarang.

Penghargaan

Bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan yang telah banyak dicurahkan kepada parti dan kerajaan beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena dengan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun ini

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


SEMI D (BARU) UNTUK <b>DI</b> JUAL <b>MERU</b> SELANGOR DARUL EHSAN

Posted: 21 Nov 2013 11:30 PM PST

Description

lokasi di pekan meru, klang
- 5 minit ke setia alam
- 10 minit ke puncak alam
- 15 minit ke shah alam

RUMAH SEMI-D 2 TINGKAT
END LOT
- keluasan tanah:52′x112′
- keluasan rumah:25′x63′
- Harga: RM820,000

RUMAH SEMI-D 2 Tingkat
(INTERMEDIATE)
- keluasan tanah: 35′x112′
- keluasan rumah: 25′x63′
- Harga: RM690,000

RUMAH SEMI D 1 TINGKAT
- 20′ x 69′ (1380 kps)
- 4 bilik tidur 2 bilik air
- RM 450, 000

*Geran Individu
*Tanah Simpanan Melayu
*Freehold
*Bumi Lot
*Rumah siap dengan kipas siling, pemanas air, penghawa dingin, sistem
penggera, lepaan siling penuh,sistem pagar automatik)
*Sedang dalam pembinaan, dijangka siap pada JUN 2014

***berminat dan sebarang pertanyaan lanjut hubungi 012-232 6929

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Ceramah Perdana Maaf Hijrah Bersama Ustaz Fathul Bari <b>Di Rawang</b>

Posted: 14 Nov 2013 08:15 PM PST


Jom berkuliah dengan UFB di Kg Melayu Batu 16, Rawang!

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Persembahan Silat <b>di</b> Taman <b>Gombak</b> Permai, <b>Batu Caves</b>, <b>Gombak</b>

Posted: 16 Nov 2013 04:00 AM PST

"...Jikalau minggu lepas sesat mencari tempat majlis perkahwinan, perkara yang sama berlaku pada ABG JAM daaa... Haiyaaaa... GOMBAK!!! Area 'familiar' bagi ku tapi gagalkan temui lokasi walaupun... Cari punya cari, akhirnya berjumpa... Perghhh!!! Jauh terperusuk ke perut 'hutan' daaa di pinggiran batu caves rupanya... Nama sajer 'Taman Gombak Permai' tapi betul-betul berdekatan dengan bukit batu caves..."

Tarikh : 16 NOVEMBER 2013
Tempat : TAMAN GOMBAK PERMAI
Pesilat : HADI, SHARIFUDDIN & AKMAL EDGE

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Bandaraya <b>Petaling Jaya</b> (MBPJ <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 01:29 AM PST


Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Disember 2013 Terkini :

  • Penolong Pegawai Penguatkuasa (Polis Bantuan) N27
  • Penolong Pegawai Tadbir (Taska) N27
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Pembantu Penguatkuasa (Polis Bantuan) N17
  • Pembantu Akauntan W17
  • Arkitek J41
  • Pegawai Perancang Bandar J41
  • Pegawai Penguatkuasa (Polis Bantuan) N41
  • Pengurus Taman/Ladang G41
  • Penolong Jurutera J29
Tags : jawatan kosong mppj disember 2013, jawatan kosong juruteknik mdks, jawatan kosong mbpj terkini, jawatan kosong majlis bandaraya petaling jaya disember 2013, jawatan kosong pembantu jurutera elektrik kerajaan sarawak, jawatan kosong polis bantuan mbpj
Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Disember 2013

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2013 01:37 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 01:23 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalinan Kasih <b>di Sijangkang</b> | BAHTERA 11

Posted: 19 Aug 2013 09:42 AM PDT

Pertemuan demi pertemuan diatur. Kali ini aku  mengatur rancagan ingin bertemu dengan Fidah dan Salmah di rumah emak Fidah  di Batu 8 Sijangkang.  Salmah sudah lama tidak berjumpa dengan Salmah sejak pertemuan mereka di majlis perkahwinanku pada tahun 1989.
   Oleh kerana aku telah dapat menjejaki rumah emak Fidah pada tahun 2008 dan pertemuan aku dengan Fidah di rumahnya di Pulau Indah maka senanglah aku menghubunginya.  Kawanku ini susah sikit nak menghubunginya.  Hubungan yang teputus dapat disambung melalui sepupunya.  Aku sebenarnya telah beberapa kali ke rumah emak Fidah semasa aku di tingkatan 6.  Hubungan aku dengan kedua-dua ibu bapanya dan adik beradiknya terutama yang perempuan agak rapat juga cuma aku tidak dapat membezakan mereka dan nama mereka.
    Kampung ini pun telah banyak berubah, maklumlah anak-anak muda dan membina rumah sendiri tanah pusaka ayah bonda mereka.  Kalau dahulu kebanyakannya rumah kayu atau rumah kampung, kini dah ada tersergam rumah mewah dan rumah batu. Aku ada beberapa kali sesat dalam kampung ini tetapi semua orang kenal akan bapanya.
  Pertemuan kami bertiga amat bermakna cuma agak terkilan tak dapat menghubungi rakan yang seorang ini iaitu fauziah bt Abdul Samad , orang Perak, kalau tak silap duk Taiping.
  Syukurlah kami dapat juga bertemu walaupun aku datang dari jauh Sabak Bernam ke Sijnagkang sejauh 161km pergi dan 161km balik.

 Semoga Allah mempertemukan kawan karib kami yang keempat....aamiin.

Penulis : bahtera11 ~ Sebuah blog yang menyediakan pelbagai maklumat

Artikel Jalinan Kasih di Sijangkang ini di tulis oleh bahtera11 pada hari Monday, August 19, 2013. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat dan pengajaran dalam kehidupan kita.Terima kasih atas kunjungan anda.Sila tinggalkan komen.Minta maaf kalau ada silap dan salah.Yang baik ketentuan Allah,yang buruk datang daripada saya :). sudah ada 0 komen: di artikel Jalinan Kasih di Sijangkang

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


membekam pesakit di uthant kg pandan dan kencing manis <b>di ijok</b>. b

Posted: 01 Dec 2013 03:23 PM PST

(111) MEMBEKAM PESAKIT DI UTHANT KG PANDAN DAN KENCING MANIS DI IJOK. B.

MEMBEKAM PESAKIT DI UTHANT KG PANDAN DAN KENCING MANIS DI IJOK. BEKAM DIPUNCAK KEPALA DAPAT MENYEMBUHKAN 72 PENYAKIT MENGIKUT SABDA NABI SAW. INSHA ALLAH SETIAP YANG SUNNAH PASTI ADA KEBAIKANNYA.

 

Membekam pesakit yang mengalami kencing manis sehingga kakinya luka dan terpaksa menggunakan stokin…TAK PERLU TUNGGU SAKIT KRONIK BARU NAK BERBEKAM…MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…

 

Bismillah, Ternyata sejak diperkenalkan, pakej BEKAM POWER mendapat sambutan yang LUARBIASA dari para pelanggan dan bakal pelanggan kami!

 

Teruslah nikmati pembekaman 22 POINT pada harga promosi RM110 (harga biasa RM154)! Melalui BEKAM POWER, selain drpd servis badan biasa, ianya juga menyentuh pelbagai penyakit SEKALIGUS seperti

 

● darah tinggi

● kencing manis

● jantung

● gastritis

● migrain

● gout

● kebas2 dan kejang2 otot

● strok

● memulihkan tenaga

 

Dan banyak lagi!

 

Semoga Bermanfaat….

 

♥ 1 LIKE = 1 DOA  ♥   ♥ 1 SHARE = 10 DOA  ♥

:: YA ALLAH SEMOGA insan YANG LIKE DAN SHARE INFO INI JUGA AKAN MENDAPAT KESIHATAN DAN SEJAHTERA SEKELUARGA DUNIA DAN AKHIRAAT AAMIIIIN :)

 

Rahsia kesihatan optima~buang toksin dan racun dari tubuh anda!!! PAKEJ OVERHAUL LENGAKAP 1 BADAN 22 POIN~Rawatan BEKAM POWER saya bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda. Pakej rawatan saya KL & SELANGOR (jurubekam wanita juga disediakan) :

a)Rm110 utk 22 cups         b)Rm60 utk 10 cups

 

appointment bekam sms/whatsapp NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA  BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN   facebook: http://bit.ly/bekamazzahra  ♥jom LIKE & SHARE|♥ INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN2 ANDA :)

 

♥ Allahu Akbar! Alhamdulillah! Subhanallah! ♥

 

Ya ALLAH…

✔ Muliakanlah orang yang membaca status ini  ✔ Ringankanlah kakinya untuk melangkah ke masjid  ✔ Lapangkanlah hatinya  ✔ Bahagiakanlah keluarganya

✔ Luaskan rezekinya seluas lautan  ✔ Mudahkan segala urusannya  ✔ Kabulkan cita-citanya  ✔ Jauhkan dari segala Musibah  ✔ Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.  ✔ Dan berkatilah dunia & akhirat untuk orang yang membaca, like dan sharekan status ini.

 

Aamiin ya Rabbal'alamin

ads