Ahad, 6 April 2014

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Rawatan bekam <b>di Paya Jaras</b> Sg Buloh sakit kaki, gout dan <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2014 12:33 AM PST

(101) Rawatan bekam di Paya Jaras Sg Buloh sakit kaki, gout dan bengkak.

Rawatan bekam di Paya Jaras Sg Buloh sakit kaki, gout dan bengkak kaki. Rawatan kali ke 2 pelanggan yang memandu teksi KLIA. Bekam berkesan untuk hilangkan sakit kaki, gout, bengkak dan keluarkan angin dari badan…

 

POINT BEKAM UTK SAKIT LUTUT

 

A. Susah nak sujud waktu sembahyang kerana lutut sakit?

 

B. Sakit bila berjalan?

 

C. Tak boleh berdiri lama?

 

2 jam sebelum bekam kena puasa. selepas berbekam x boleh buat aktiviti berat. Digalakkan minum madu..

 

Alhamdulillah…berbekamlah sebulan sekali secara konsisten…setiap yg sunnah pasti ada keberkatannya…Menurut Anas Bin Malik, telah bersabda Rasulullah S.A.W. "Pengubatan yang paling baik di antara kalian ialah al Hijaamah (Bekam Darah)".

 

Rahsia kesihatan optima~buang toksin dan racun dari tubuh anda!!! PAKEJ OVERHAUL LENGKAP 1 BADAN 22 POIN~Rawatan BEKAM POWER ke Rumah Anda bermula seawal jam 10 pagi. Anda tak perlu bersusah payah hendak ke pusat rawatan saya. Biarlah saya datang kepada anda. Pakej rawatan saya Kuala Lumpur & SELANGOR (jurubekam wanita juga disediakan) :

a)Rm110 utk 22 cups         b)Rm60 utk 10 cups

 

Appointment bekam sms/whatsapp NAMA-ALAMAT-TARIKH-MASA  BERBEKAM KE 017-237 8001 JEHAN   facebook: http://bit.ly/bekamazzahra  ♥jom LIKE & SHARE|♥ INSHA ALLAH BERMANFAAT PADA RAKAN2 ANDA :)

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Titans tersungkur <b>di Selayang</b>, tewas kepada PKNS | Terengganu <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2014 08:30 PM PDT

Pemain pertahanan T-Team Fabio Flor cuba menghalang asakan pemain PKNS Primorac dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang malam tadi yang menyaksikan Titans tewas 1-3.

PKNS FC meraih tiga mata berharga apabila menewaskan pasukan bawahan Liga Super, T-Team 3 -1, malam tadi.

Walaupun pelawat cuma memberikan tentangan menerusi jaringan penyamaan Marzuki Yusof pada minit ke-29, ia masih belum cukup untuk menghalang kemenangan ketiga PKNS yang sudah mengharungi tujuh perlawanan.

Shahrul Azhar Ture membuka jaringan PKNS seawal minit ke-7 sebelum T-Team bangkit menerusi tandukan Marzuki.

Namun pemain pertahanan Helmi Remeli memastikan tuan rumah mendahului menerusi rembatan jarak dekat m-45 untuk menewaskan penjaga gawang Mohd Shahril Shaari buat kali kedua.

Bersambung babak kedua, PKNS kendalian Wan Jamak Wan Hassan terus memberi tekanan dengan menguasai permainan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya.

Hasilnya, Muhd Khairu Azrin Khazali meletakkan tuan rumah dalam situasi selesa apabila meledak gol ketiga m-60.

Kemenangan itu membolehkan PKNS mengumpul 11 mata dan melonjak ke tangga kedua ketika baki lima saingan liga berlangsung malam ini.

T-Team kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah terus menghuni tangga kedua tercorot liga dengan tujuh mata.-Harian metro

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Siling Hotel Concorde <b>di Shah Alam</b> Runtuh (4 GAMBAR <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2014 05:09 PM PDT


Siling Hotel Concorde di Shah Alam runtuh petang kemarin menyebabkan sebahagian besar dari lobinya musnah.

Bagaimanapun menurut laporan tiada individu yang tercedera dalam kejadian jam 5.30 petang itu.

Menurut laporan lagi, pengawal keselamatan hotel tersebut telah memaklumkan premis itu sedang dalam proses pengubahsuaian.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu pihaknya tiada menerima laporan kejadian itu.

Bagaimanapun, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara tersebut.

"Kami tidak dipanggil… mungkin runtuh biasa sahaja," katanya.

Hotel Comcorde Shah Alam merupakan hotel taraf empat bintang yang dibina pada tahun 1996 yang memiliki 381 bilik dilengkapi kemudahan moden dan mewah.

Selain terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam, ia merupakan satu-satunya hotel di Shah Alam yang memilik tiga jenis sijil halal.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


.: Pertarungan sebenar <b>di Kajang</b> bermula - Mso - Blogger

Posted: 22 Mar 2014 07:49 PM PDT

LANGSUNG KAJNAG                                                                      

[kemaskini] 
8:00 malam. Kedudukan terkini PKR memperolehi 16,086 manakala BN mendapat 10,407 majoriti 5,679. Hanya kira-kira 1,500 undi.

7:40 malam. PKR terus mendahului BN dengan kelebihan undi sebanyak 5,427 undi. Dengan 88% undi dikira PKR mendapat 15,055 undi manakala BN mendapat 9,628 undi. Apakah PKR mampu meraih 6,000 ke atas undi majoriti?

7:00 malam. Pengiraan undi sudah bermula. Daripada 53 peti undi yang dikira PKR sudah mengatasi BN. PKR mendapat 10,187 undi manakala BN mendapat 6,494. Dr Wan Azizah sudah mengatasi Mei Fun sebanyak 3,693 undi. Masih ada 35 peti undi dalam proses pengiraan.

5:00 petang semua 15 pusat pengundian ditutup. Pengiraan undi di pusat pengundian bermula jam 6:00 petang. Sekitar jam 6:45 gambaran keputusan awal akan sudah diketahui.

4:33 petang. Seperti dijangkakan peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Kajang agak lemah berbanding dengan peratus keluar mengundi semasa pilihan raya umum lalu. Peratus keluar mengundi setakat jam 3:50 petang tadi sekitar 60.85%, dimana peningkatannya sekitar kira-kira 20%. Peratus jam 12:00 tengah hari mencatatkan 40.81% yang keluar mengundi. 

Adalah dijangka peratus keluar mengundi dengan tempoh mengundi hanya tinggal satu jam setengah lagi disekitar 78% saja mungkin tidak mencecah 80%.


Kerendahan peratus ini menyebabkan sasaran atau telahan awal oleh para penganalisa politik yang meletakkan calon PKR Dr Wan Azizah Ismail menang besar hingga mencecah 7,000 bakal meleset.


Faktor menjadi hambatan ialah kerana calon dan pilihan raya kecil itu sendiri tidak memberi apa-apa signifiken apabila calon awalnya, Anwar Ibrahim gagal bertanding. 

Kalau dua minggu lepas PR dan BN bertarung dengan kata-kata dan propaganda, hari ini pertarungan sebenar bagi kedua-dua pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang sudah bermula tepat jam 8:00 pagi tadi sebaik pusat pengundian dibuka.

Awal-awal lagi penyokong kedua belah pihak memenuhui sekitar 18 pusat pengundian. Masing-masing datang untuk memujuk dan merayu para pengundi sebelum mereka melangkah masuk ke bilik pengundian.

Gelagat biasa di pusat pengundian turut dilaporkan terjadi. Penyokong kedua belah pihak yang bukan saja dari Kajang tetapi dari luar dengan teknik dan cara tersendiri melakukan apa saja untuk memastikan calon idaman mereka dipilih.

Keadaan pagi ini dijangka menjadi lebih panas, ditambah dengan suasana yang hangat sekarang ini. Bagaimana pun khabarnya polis telah meletakkan pasukan kesalamatan memadai untuk mengawal keadaan. Belum ada laporan kejadian serius berlaku, melainkan kekecohan dan juga sumpah seranah dari kedua belah pihak. Budaya 'samseng' nampaknya menjadi budaya pilihan raya yang menyeronokkan.


Menyaksikan kepada gambar yang sempat dirakam dan diletakkan dalam facebook, twiter dan sebagainya menunjukkan penyokong BN lebih agresif. Mungkin mereka merasakan pihak berkuasa seperti polis berada di sebelah mereka menjadikan mereka 'angin semacam'. Sementara itu rata-rata penyokong Pakatan Rakyat mengambil pendekatan serdahana dan lunak bagi mengelakkan berlaku ketegangan. Semua pihak harus waspada dan harus berusaha mengelakkan berlaku pertempuran sehingga boleh memungkinkan polis bertidak keras. Satu perkara yang hendak didedahkan disini dua hari lepas ada laporan dari pihak tertentu mengarahkan media-massa agar memberi laporan tentang tindakan kasar pihak PKR.

Untuk bahan haluan mata para pembaca blog Merah Tinta saya telah mencuplikan beberapa foto dari twitter Adun Hulu Klang, Saari Sungip. Saari nampaknya awal-awal lagi sudah berada di Kajang untuk membantu Dr Wan Azizah.

Dari laporan awal menerusi facebook, twitter dan juga portal, menggambarkan tentangan dari kedua belah pihak sengit. Rasa selesa di pihak PKR sebelum ini mungkin berubah apabila saat penentuan telah tiba.

Apakah ramalan sesetengah pihak yang memberi kedudukan selesa kepada Wan Azizah hingga memperolehi majoriti hingga 7,000 menjadi kenyataan?

Sehingga ketika ini saya masih belum mahu memberi kredit tinggi kepada PKR, sehinggalah menjelang jam 12:00 tengah hari apabila peratus keluar mengundi diketahui. SPR akan mengumumkan peratus keluar mengundi dari masa ke sesama. [wm.kl.10:35 am 23/03/14]

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


Cucu pukul nenek hingga mati dalam kejadian menyayat hati <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2014 05:00 PM PDT


Cucu pukul nenek hingga mati dalam kejadian menyayat hati di Rawang | Hanya kerana ingin menyamun barang kemas milik neneknya, seorang cucu berusia 18 tahun sanggup memukul bertalu-talu kepala neneknya dengan batu sehingga mati. Dalam insiden menyayat hati kira-kira pukul 2 petang ini di Kuala Garing, Rawang dekat sini, Yatim Murtalah, 65, seorang warga Indonesia mati di tempat mati akibat kecederaan parah. Kejadian itu disedari seorang lagi cucu mangsa, Mohd. Faizal Edi, 8, yang ketika itu baru pulang dari sekolah. "Masa pulang dari sekolah, saya nampak motosikal abang diletakkan di hadapan rumah tetapi dia melarang saya masuk ke rumah dan menutup pintu. "Saya nampak abang kelam-kabut mengelap darah di bahagian tangan dan mukanya lalu saya sembunyi di belakang pokok di hadapan rumah. Saya kemudian ternampak abang melarikan diri menaiki motosikal.

"Apabila saya masuk ke dalam rumah, nenek sudah terbaring di ruang tamu berlumuran darah," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sementara itu, menurut anak mangsa yang juga ibu kepada suspek berkata, anaknya tersebut baru setahun berhijrah ke Malaysia selepas enggan meneruskan persekolahannya di negara asal mereka. Maryaton Rai, 49, yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) berkata, suspek merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya ketika di Indonesia.

"Sebelum datang ke Malaysia, dia menetap di Madura, Jawa Timur bersama ahli keluarga lain. "Dia memang anak yang degil dan tidak mahu mendengar kata, malah tidak mahu meneruskan persekolahannya," katanya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kini memburu suspek yang dikenali sebagai Pandi. "Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, sebahagian barang kemas seperti rantai dan loket berada pada badan mangsa hilang," katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Utusan

.

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


chedinsphere.: Bertemu Alistair Edwards <b>di Subang Jaya</b>

Posted: 01 Apr 2014 10:59 PM PDT

Alhamdulillah, semalam, 1hb April 2014 (Selasa), saya sempat bertemu dengan tiga orang bekas pemain Selangor FA iaitu Coach Alistair Edwards, Bro Malek Rahman dan Bro Talib Sulaiman. Pertemuan ini berlangsung di The Loaf, Empire Gallery, Subang Jaya. Syukur, dapat juga ketemu dengan para bekas pemain ini, berbincang seputar situasi serta perkembangan Liga Malaysia, selain kenangan mereka sepanjang bergelar pemain.
In sya ALLAH, Jumaat ini (4hb April 2014) pada jam lebih kurang 8 malam, akan berlangsung perlawanan persahabatan di antara skuad Bekas Pemain Selangor (Merah) menentang skuad Bekas Pemain Selangor (Kuning) di Padang SUK, Shah Alam.
Semoga semua berjalan dengan baik, in sya ALLAH. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

Sabtu, 5 April 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Birthday Party <b>di Bukit Raja</b>, Klang - Hairy Canopy Services - Blogger

Posted: 05 Oct 2013 11:32 AM PDT

Hairy Canopy Services (SA0008807-U): Birthday Party di Bukit Raja, Klang

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Hutan <b>Di Ampang</b> Terbakar Seperti Gunung Berapi | Fuh.My

Posted: 18 Feb 2014 05:44 AM PST

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi | AMPANG – Seorang wanita yang baru pulang dari Jawa Timur dua hari lalu menyamakan keadaan rumahnya seperti di kawasan gunung berapi di Magelang, Indonesia akibat kebakaran bukit bersebelahan rumahnya di Jalan SU 2B, Sering Ukay, di sini, malam kelmarin.

Hutan Di Ampang Terbakar Seperti Gunung Berapi

Menceritakan kembali tragedi kebakaran itu, Angel Sebayang, 54, beliau sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamunya kira-kira jam 9 malam manakala suaminya pula berada di Indonesia atas urusan kerja.

Menurutnya, ketika hendak melelapkan matanya, dia dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan dipercayai mercun yang amat kuat dari luar rumahnya.

"Saya mendengar bunyi letupan tidak kurang dari lima kali dan nampak beberapa cahaya terang dari tingkap rumah," katanya.

Angel berkata, tidak lama selepas itu, dia mendengar jeritan 'api, api' daripada jiran berdekatan dengan rumahnya.

Katanya, sebaik sahaja keluar dari rumah, dia nampak kebakaran berlaku di kaki bukit tersebut, kira-kira 50 meter daripada rumahnya.

"Kebakaran merebak begitu cepat kerana angin kencang. Namun, mujurlah angin tidak bertiup ke arah rumah penduduk, sebaliknya, angin bertiup ke arah bukit.

"Melihat kebakaran itu, saya terus mengambil barang-barang penting seperti pasport, kad ATM, wang ringgit dan beberapa barang lain sekiranya kebakaran merebak ke rumah saya," katanya.

Menurut Angel, bomba tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan berjaya mengawal kebakaran dengan cepat.

Seorang lagi saksi, Holifah Abdullah, 42, berkata, ketika kejadian, dia sedang menjaga anak majikannya. Menurutnya, majikannya turut keluar membantu penduduk memadamkan kebakaran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut jam 9.22 malam dan jentera
pertama tiba di tempat kejadian jam 9.51 malam.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Wangsa Maju, Pandan Indah dan Hang Tuah bersama 33 orang anggota termasuk polis dan JPAM digerakkan ke lokasi dan pihaknya berjaya
memadamkan kebakaran sepenuhnya kira-kira jam 2 pagi.

"Beberapa penduduk mendakwa mendengar bunyi letupan sebelum kebakaran dan tiada orang yang tercedera dalam kebakaran yang dianggarkan seluas 10 hektar itu," katanya.

Sani menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan kebakaran secara terbuka ketika musim panas ini kerana kebakaran mudah merebak semasa musim ini.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Latest posts by Beki Mustaffa (see all)

Comments

comments

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Pengedar Shaklee <b>di</b> Putrajaya, <b>Bangi</b>, <b>Dengkil</b> - Mauceriasokmo

Posted: 01 Apr 2014 01:06 AM PDT

Assalam..

Saya nak perkenalkan seorang lagi rakan pengedar Shaklee saya di Putrajaya iaitu Sahida Wahab. Beliau merupakan kawan saya sejak di sekolah lagi.
Boleh panggil "C-da atau Puan C-da jer"

Blog: http://vita-house.blogspot.com/
sms @ whatsapp @ hubungi 012-9547542
sahida wahab
id no : 962831
"pengedar Shaklee anda"

COD AREA ; Putrajaya, Bangi dan Dengkil

Untuk pertanyaan tentang produk sila hubungi:


✍ PM: siti raihana ismail
✐ Blog: Mauceriasokmo
✉ Email: elraihan82@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-9387282
➲ COD Area: Setiu(Pak Kancil, Penarek, Merang, Guntong, Saujana) dan Kuala Terengganu(Giant G.Badak, Mydin Mall, Giant K.Trg)

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Bonda Qalish: Sabtu <b>di Beranang</b> - Rumah Nenek

Posted: 05 Mar 2013 09:13 AM PST

Malam ni aku baru dapat kongsi cerita sikit dengan korang.
Coz, kemarin my hubby sibuk dengan download cerita Luffy die tu.
*padahal aku pun minat juga.

Here u go..praggy mommy kat depan pintu rumah nenek.
So, kami di Beranang sabtu lepas.
Dengan mak abah, along kak long dan keluarga aku.
Mak kate, nenek sedih coz takde yang datang lawat die lepas die balik dari Mekah.
Biase la kan...orang tua ni jiwa diorang lembut.
Lagi lagi baru balik dari umrah ni, lagi la cepat sungguh tersentuh hati.

Tengok la muka anak aku tu. Geli hati aku di buatnye.
Asal nak amik gambar die je, mesti die akan buat muka macam tu.
Tapi jangan tengok Mr.Hubby aku, muka macam nak marah je.
*cuaca panas mase ni, tu yang berkerut dahi.

Lepas balik dari rumah nenek, kami semua singgah kejap di rumah Pak Long.
Keluarga pak long aku duduk kat Saujana kajang.
Kira dekat jelah dengan rumah aku.
Bile bile aku boleh je nak lawat, cuma busy dan rajin atau tak je.

So, perut pun dah kenyang makan kurma, kismis, coklat and kacang.
Ape lagi....Zam zam ala kazam.

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Tong Air Laris Dijual <b>di Balakong</b> | Suara Anak Muda FELDA

Posted: 20 Feb 2014 11:48 PM PST

Tong Air Laris Dijual di Balakong

Tong

KUALA LUMPUR – Penjualan tong air di Taman Impian Ehsan, Balakong dekat sini laris umpama 'pisang goreng panas' ekoran krisis air yang melanda kawasan tersebut.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Pang, 38, berkata, tong air di premisnya habis dijual dalam tempoh empat jam pada hari ketujuh krisis tersebut.

"Sejak krisis air melanda di kawasan Taman Impian Ehsan, orang ramai berpusu-pusu mencari peralatan untuk menyimpan bekalan air. Sebanyak 30 buah tong air habis dijual dalam masa tersebut dan berlarutan hingga hari kesembilan.

"Kebanyakan daripada mereka membeli tong hitam besar untuk digunakan bagi menyimpan air. Saya juga terpaksa memesan stok tong itu sebanyak 30 hingga 40 buah lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tinjauan di beberapa premis perniagaan yang menjual peralatan tersebut mendapati, rata-rata tong air dijual antara RM20 hingga RM30 mengikut saiz.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit yang enggan dikenali berkata, bagaimanapun permintaan terhadap tong air semakin berkurangan ketika ini dan ia hanya laris pada permulaan krisis air.

Selain itu, beberapa premis yang menjalankan perniagaan dobi hanya beroperasi pada waktu tertentu berikutan bekalan air yang tidak mencukupi selain pusat mencuci kenderaan ditutup.

Sementara itu, tinjauan turut dijalankan di Flat Taman Setia yang terjejas akibat terputus bekalan air dan para penduduk berpusu-pusu bagi mendapatkan bekalan air kecemasan dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Seorang penduduk, Noriah Mat Saat, 44, berkata, dia membeli sebuah tong air dengan harga RM5 yang dijual oleh pihak tertentu di kawasan tersebut.

"Saya menyediakan sebanyak enam buah tong untuk kegunaan harian, namun ia tidak mencukupi. Setiap hari kami mencari bekalan air di beberapa tempat," katanya.

Penduduk di flat itu, Md. Kamal Abu Bakar, 46, pula berkata, keadaan krisis air semakin meruncing dan menjejaskan aktiviti harian penduduk.

"Saya bimbang kerana anak-anak masih bersekolah. Susah mereka hendak mandi.

"Selain itu, akibat mengangkat tong air naik ke tingkat tiga flat menyebabkan pinggang saya sakit," jelasnya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada February 21, 2014 - 3:48 pm oleh Nor Azlina Shaari

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Jalan-Jalan & Makan-Makan <b>Di</b> Mydin <b>Meru</b>, Ipoh, Perak | Solehah <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2014 05:39 AM PDT

Pada hari Ahad minggu lepas, kami sekeluarga pergi ke Pasaraya Mydin yang terletak di Meru, Ipoh. Pasaraya Mydin ini berhadapan dengan Terminal Aman Jaya, Meru, Ipoh, Perak. Ini pertama kali kami singgah di sini.








Selepas shopping barang makanan, saya singgah sebentar di gerai Takoyaki. Gerai ini terletak di dalam pasaraya juga, di aras 1. Ini pertama kali saya makan takoyaki. Harga RM 4.90 untuk 3 takoyaki. Saya bagi 4/5 bintang.




Selesai singgah di gerai takoyaki, kami singgah makan tengahari di Restoran MY NASI KANDAR. Sedap tau makanan di sini. Sesiapa yang datang ke Pasaraya Mydin ini, jangan lupa datang ke restoran ini tau. Rugi kalau tak cuba.
Sesudahnya makan tengahari, terjumpa Kedai Makan Upin & Ipin. Alahai, kenapalah tadi saya tak jumpa kedai makan ini. Kalau tak, mesti dah makan di sini. Tak mengapalah, lain hari boleh pergi lagi.


Tidak sabar untuk kembali ke sini lagi. Lain hari datang lagi.

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2014 01:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 01:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 01:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di pandamaran</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2013 01:10 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Arada ImpressWorks: Pembinaan Gazebo <b>di Pandamaran</b>

Posted: 26 Oct 2013 12:00 AM PDT

Kerja membina Gazebo di Pandamaran. Tuan rumah hanya meminta kami membuat yang 'simple' tidak terlalu berukir.. Inilah hasilnya tetapi belum siap sepenuhnya..

Galeri gambar kerja kayu boleh lawati : Kerja Kayu atau Kemasan Kayu
 
 

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2014 01:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2014 01:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 01:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sijangkang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Dec 2013 01:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

raya aidiladha <b>di</b> kampung <b>sijangkang</b> - kisah tentang duniaku

Posted: 16 Oct 2013 06:00 PM PDT

Alhamdulilah rezeki beraya di Kampung Sijangkang...walaupun raya aidiladha tapi tetap meriah uols...happening...

ni la kampung halaman saya @kampung sijangkang...kampung sini la tempat bermain, menanggis, gelak ketawa bersama-sama saudara mara dan yang lain...bila besar ia adalah kenangan terindah buat kami yang kadang-kadang menjadi ingatan dan cerita bila berkumpul.

pagi raya hidangan atas meja panjang ni memang banyak, syukur alhamdulilah rezeki ALLAH berikan...walaupun tak semeriah seperti raya aidilfitri tapi ia masih sama seperti dulu...cuma raya aidiladha tahun ni tak dapat ikut mak balik terengganu sebab suami kena standby kerja jadi kami decide balik sendiri kampung sijangkang dan balik sana..
lagi pun raya puasa dah beraya di kampung rembau dengan keluarga mertua jadi biarla raya aidiladha aku sambut dengan atuk nenek belah aku lak..walaupun suami tak dapat merasa kemeriahan raya di kampung terengganu tapi di kampung sijangkang meriahnya tetap sama..love uols..

makanan yang dihidang..banyak tak terkira..macam-macam ada...kenyang sampai ke malam...

sayur lodeh ada, rendang ada, nasi impit ada dan lemang pun ada juga...

jemput makan dari kami...

pakcik aku yang very da sporting...

bila ibu-ibu berbicara..love uols..

cousin lepak-lepaking depan tv ruang tamu rumah atuk
mak ngah tengah suapkan nenek makan bubur..ini la nenek kesayangan saya, dah beberapa tahun terlantar..masih lagi sihat cuma tak dapat nak berjalan walauapa pun aku sentiasa doakan nenek sihat selalu dan sekiranya panjang usia nenek, aku harap nenek dapat tengok cicit-cicitnya membesar..
tangan nenek juga yang jaga aku kalau mak abah hantar aku bercuti di kampung..menjaga makan minum aku..mengusap badan aku kalau demam dan juga memakaikan aku inai di jari..kenangan tu tak mungkin aku lupa di saat nenek sihat...

aku dengan cousin yang giler happening...banyak gambar kat bawah ni..jadi koorang layan kan jela yer...aku doakan hubungan persaudaraan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat...amin...
ini adalah adik beradik perempuan Mrs.Mak, dalam gambar ini ada dua insan yang aku sayang tak ada..of course la seorang tu adalah Mrs.Mak sebab balik kampung abah di terengganu dan arwah aunty yang telah meninggalkan kami hampir 16tahun dalam insiden yang tidak diduga..al-fatihah...
aku doakan semoga kalian diberikan kesihatan yang sihat sepanjang hayat dan sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki..amin....
kakak-kakak yang tua dikalangan saudara mara..iaitu kak iza yang bertudung hitam adalah cucu pertama nenek dan kak yang baju coklat cucu keempat nenek...

kami semua bersama nenek 

INI LA CERITA RAYA AIDILADHA AKU....

ads