Ahad, 27 April 2014

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


KLXPRESS | #DariDaerah : Pesta Lihat Buaya <b>Di Tanjung Karang</b>

Posted: 11 Apr 2014 08:24 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TANJONG KARANG: Tak ubah seperti pesta! Begitulah gelagat orang kampung yang berpusu-pusu datang untuk melihat buaya yang berjemur di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, ...

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


ADUN <b>Sungai Panjang</b> Hairan Dengan Gelagat Wan Azizah <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 05:18 AM PDT

budimanzohdiTindakan bakal Menteri Besar Selangor, ADUN Kajang, Datin Seri Wan Azizah meminta ADUN Sungai Panjang bertanya soalan kepada beliau menimbulkan kekeliruan dan gelak ketawa di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Wan Azizah yang berucap kali pertama dalam DUN Selangor kelihatan tidak fokus dan tidak mempunyai sebarang topik perbincangan jelas. Lebih mengejutkan, secara tiba-tiba beliau meminta ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi bertanyakan soalan kepada beliau.

Ini menyebabkan beliau disindir oleh Sungai Panjang dengan pertanyaan, "ini peraturan mana tidak minta untuk bertanya, tapi diarahkan untuk bertanya."


Posted by KuntaKinte Malaysia on April 16th, 2014 :: Filed under Utama
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


PKMM Perak Diberi Kepercayaan Bangunkan Tanah <b>Di Meru</b> Raya <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 04:30 AM PDT

mou 2

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Perak telah diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk membangunkan tanah seluas kira-kira 1.6 hektar di kawasan Meru Raya, dekat Ipoh.

Menurut Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad, projek pembangunan yang membabitkan pembinaan dua bangunan telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan kini 90 peratus siap.

"Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah memberi sepenuh kepercayaan dan peluang kepada kontraktor dari PKMM cawangan Perak untuk membangunkan projek pembinaan di Meru Raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Peraktoday.com.my selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKMM cawangan Perak di Hotel Casuarina @Meru, di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, projek di Meru Raya itu katanya, melibatkan dua jenis bangunan iaitu rumah kedai dan kondominium.

"Projek ini dibangunkan oleh orang Melayu dan dijual semula pada orang Melayu dan Alhamdulillah, kira-kira 98 peratus bangunan ini sudah dibeli," katanya lagi.

Tambahnya lagi, penglibatan kontraktor Melayu ini adalah hasil daripada syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang ingin melihat lebih ramai kaum Melayu terlibat dalam sektor pembinaan.

Beliau juga mengharapkan agar kerajaan memberi peluang dan ruang kepada kontraktor Melayu untuk terus maju ke hadapan.

"Diharapkan agar kerajaan dapat memberi peluang dan ruang untuk kontraktor Melayu membuktikan yang mereka juga mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan," tambahnya lagi.

Pada majlis sama, beliau turut menjadi menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara pihak PKMM Perak dan Kolej Vokasional Seri Iskandar yang bakal membuka peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan kolej itu untuk menceburi bidang pembinaan.

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


fishmalaysia » Jeti Memancing Pak Long Botak, <b>Sungai Pelek</b> <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2014 08:41 PM PDT

There are many options for boat charters to go fishing in Malaysia. People can charter boats for a very reasonable price and still enjoy some fishing for some saltwater fish. This is possible if you are planning a saltwater fishing expedition in the mangrove area of the estuary. To charter a boat and fish in these parts will give one access to fishing options for fish like Barramundi, Groupers, Garfish, Mangrove Jack, the occassional trevally and many more mangrove breeding fish. The boats available for charter are in the price range of lower hundreds up to the thousands. Each depending on what kind of fishing you plan to do and what kind of fish you plan to fish.

Jeti ini terletak lebih kurang dua batu sebelum ke pekan Sungai Pelek. Ia terletak betul-betul selepas selekoh besar dan sebelum Sekolah Sungai Pelek. Jalan yang menuju ke jeti ini terletak di belah kiri jalan setelah mengambil selekoh. Jeti memancing ini terletak di penghujung jalan ini.20140422_15350620140422_153523

 Kadar bayaran untuk memancing di jeti ini amat murah. Kadar untuk setiap satu joran adalah RM 2 di siang hari dan pada waktu malam adalah RM 3. Jeti ini dibuka 24 Jam.

Terdapat juga servis menyewa bot. Bot boleh disewa dengan tekong dengan harga yang amat berpatutan. Pemilik jeti ini dikatakan amat arif dengan lubuk di kuala dan akan membawa bot yang cukup besar untuk memastikan anda mendapat pancingan terbaik.

20140422_153530

20140422_15360820140422_153644

Pengurus jeti ini yang suka dikenali sebagai Pak Long Botak berkongsi dengan kita bahawa masa yang paling sesuai untuk memancing disini adalah pada waktu subuh dan senja. Ikan sasaran utama disini adalah ikan Siakap dan Kerapu. Selain dari ikan ini pernah juga dinaikkan ikan Senohong dengan ikan Kurau oleh pemancing yang mengunjung ke sini.

Sekiranya anda ingin mengambil angin sambil memancing tempat ini amat sesuai untuk tujuan sebegitu. Bagi peminat teknik casting anda juga boleh mengasah bakat anda disini juga. Tempat ini boleh menggunakkan gewang yang menyelam secara dalam atau "jig" plastik lembut yang boleh merayap di dasar sungai.

20140422_15373420140423_081849

Terdapat payung untuk berteduh dari panas terik matahari. Sekiranya anda berminat untuk memancing ikan todak, terdapat banyak ikan todak yang bermain di permukaan air kawasan ini. Ikan ini pasti sangat mencakup sekiranya anda menggunakkan set ringan kerana ia membuat lonjakan yang amat bertenaga.

Untuk membuat booking bot dan servis tekong sila Pak Long Botak boleh dihubungi di talian 019 610 1323. 


View Larger Map

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Merasai pengalaman pelumba F1 <b>di Sepang</b> - Macikz konah - Blogger

Posted: 23 Apr 2014 08:46 AM PDT


Prolong : Terima kasih kepada Ckin,kamar dan Kak yani sebab invite kita join hari tu & Happy birthday usue!

 

Pengalaman Sepang Go Kart

Bertempat di lokasi Sepang F1 Circuit, Kami mencabarkan  diri untuk merasa pengalaman pelumba F1. Kami telah pun berlumba di Litar Go-Kart Sepang yang bertempat di sebahagian Litar Sepang F1 Circuit.

 Panjang Track adalah 1247 m yang direka dalam bentuk mengikut jam. Selekoh kombinasi  dengan selekoh high-G last selekoh tu sememangnya menguji stamina pemandu.

 Mula-mula semasa menerima invitation tu, konah terkenang race date konah di Go-kart Shah Alam. Tak berapa ingatlah tapi itu kisah silam. Di Sepang Go Kart, Kami diberi 10 minit untuk berlumba dengan bayaran RM40. Mula-mula terfikir kenapa 10 minit sahaja ????
Tapi itu adalah  di luar jangkan atau assumption Konah semata-mata. Pengalaman yang dikutip adalah pengalaman yang mengujakan, ini kerana dengan "race olok-olok" kami . Rasanya 10 minit tu seperti lama. Dan rasa tak puas , sebab korang akan rasa mahu lagi dan lagi untuk merasai thrill selekoh high G litar. Moment melayan 11 selekoh yang berbeza cabarannya meningkat adrenalin yang menegak tengkuk Konah. Konah tak kira berapa lap konah buat, yang pasti konah tekan minyak dan layan break. Ada sekali tu part go-kart konah berpusing sebab bertembung dengan Kamar. ehehehe Pecut je minyak.
Rasa priceless bila time korang layan selekoh-selekoh high G litar Go- Kart. Bila layan corner kat sini , rasanya seperti Konah punya masalah tertinggal dekat penjuru selekoh.  No wonderlah kadang-kadang litar go-kart sepang menjadi latihan pelumba secara privasi. Sebab kalau korang datang petang sikit ,korang akan nampak beberapa orang pelumba melaku latihan di sini.

 

 

Macam mana nak pergi sini ?

Macam nak pergi ke arah LCCT, cari papan tanda litar Sepang F1. Pastikan masuk di Enterence utama kat depan selepas traffic light tu, bukan masuk di bahagian paddock. Sepang Go kart betul-betul ada sebelah kiri bila korang dah masuk Ke Sepang F1. (Papan tanda dia kecil sikit kena alert)
Alamat : Jalan Pekeliling , 64000 KLIA . Selangor Darul Ehsan.
Operasi Masa: Selasa- Khamis & Sabtu - Ahad di buka daripada 10 pagi hingga 7 petang , manakala Jumaat  dibuka 10 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.
Harga : RM40 untuk 10 minit seorang/ ada go-kart seat couple harga sedikit berbeza iaitu RM50 untuk 10 minit
Dream Konah : One day...and hope Ckin organize benda ni, dimana kami berangan untuk race lagi dimana untuk race sebenar kami akan dapat percuma khidmat time keeper RM150 untuk 12 minit X 4

Tips

1. Khabarnya ramai orang datang pada hujung minggu. disarankan untuk membuat panggilan telefon dahulu jika anda datang dalam berkumpulan
2. Main pagi-pagi, sebab bila masuk pukul 11 pagi. Matahari dah terpacak macam sejengkal di atas kepala...panas...
3. Daripada rumah dah siap-siap pakai sun block
4. Bila dah bayar, dia akan kasi slip kecil. Simpan slip kecil tu sebab masa nak masuk go-kart , penjaga go-kart akan minta.
5. Benda ni fun bila anda bergroup buat "race olok-olok" baru rasa thrill
6. Have fun and follow your instance . Kalau tak boleh buat jangan push. Fahamkan jalan selekoh litar ni
7. Bawa go-kart macam bawa kereta auto

Sabtu, 26 April 2014

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


2 Anggota Polis Parah Ditembak <b>Di Ampang</b> - Phat Corner

Posted: 11 Apr 2014 01:07 AM PDT

Ampang: Dua anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu 'Harimau' di Lembah Maju di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dua anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan.

Kemudian, dua anggota polis itu melihat seorang lagi lelaki berada berhampiran suspek pertama yang cuba melarikan diri.

Menurut sumber, dua anggota polis terbabit mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.

Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis.

Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran.

Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.



Metro

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


kerajaan <b>selangor</b>: status semasa kapasiti empangan-empangan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2014 04:33 AM PDT

Berikut adalah status semasa kapasiti empangan-empangan di Negeri Selangor sehingga 25 April 2014;

 

BIL

EMPANGAN

19 APRIL 2014

25 APRIL 2014

% PENINGKATAN

% PENURUNAN

TAKUNGAN

TAKUNGAN

Mm3

%

Mm3

%

1

Batu

25.10

78.51

 

 

 

 

2

Klang Gates

13.65

53.89

14.38

56.77

2.88

-

3

Langat

17.55

51.47

18.06

52.97

1.5

-

4

Semenyih

42.97

72.73

44.41

75.18

2.45

-

5

Sg. Selangor

88.62

38.53

91.33

39.71

1.18

-

6

Sg. Tinggi

70.31

61.40

71.17

62.16

0.76

-

7

Tasik Subang

3.54

84.23

3.66

87.00

2.77

-

 

SungaiselangordamDi dalam tempoh masa seminggu yang lepas, terdapat peningkatan pada kapasiti enam daripada tujuh empangan seperti yang ditunjukkan di atas. Ini adalah hasil daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) serta hujan semulajadi yang turun.

 

Peningkatan yang kecil ini adalah disebabkan kadar hujan yang banyak diterima di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar-bandar, dan bukannya di empangan. Walaubagaimanapun, kadar hujan yang banyak diterima oleh kawasan hilir ini membantu lagi pengurangan kadar pelepasan air empangan ekoran paras air sungai yang mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air (LPA).

 

Justeru kelonggaran catuan air boleh dilakukan dimana apabila aliran air sungai tinggi, LPA boleh mengabstrak dan merawat air sungai tersebut pada jumlah maksimum kapasiti reka bentuknya dan disalurkan kepada lebih ramai pengguna. Walaubagaimanapun apabila aliran air sungai rendah, pelepasan air empangan ke dalam sungai diperlukan supaya LPA dapat mengabstrak dan merawat air tersebut pada had yang ditetapkan. Sehubungan itu, mengoptimumkan penggunaan sumber air sedia ada dan memanjangkan hayat takungan simpanan empangan-empangan adalah amat penting untuk menghadapi kemungkinan cuaca yang lebih kering dan menampung keperluan pengguna di waktu tersebut.

 

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri, catuan air di seluruh Negeri akan dihentikan apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55%. Ini adalah kerana empangan tersebut adalah yang terbesar dengan kapasiti maksimum 235 juta meter padu (Mm3) dan keseluruhan tadahan lembangan Sungai Selangor membekalkan sekitar 60% keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur. Langkah catuan di seluruh kawasan di Negeri Selangor ini adalah untuk memanjangkan hayat takungan ketujuh-tujuh empangan Negeri.

 

Orang ramai disarankan untuk menjimatkan air dan menggunakannya hanya untuk keperluan asas seperti makan, minum, mandi dan mencuci pakaian. Jumlah penggunaannya juga perlulah sekadar yang mencukupi dan tidak berlebihan. Aktiviti lain seperti mencuci kenderaan dan menyiram tanaman disyorkan untuk dikurangkan dan dilakukan dengan menggunakan air hujan yang dikitar semula seperti yang disarankan oleh Kerajaan.

 

Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

Pengerusi,

Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Penduduk gembira jumpa buaya <b>di Tanjung Karang</b> - KL-TODAY.COM

Posted: 10 Apr 2014 09:26 PM PDT

TANJONG KARANG – Tak ubah seperti pesta! Begitulah gelagat orang kampung yang berpusu-pusu datang untuk melihat buaya yang berjemur di kawasan lumpur berhampiran Kampung Lubuk Jaya dan Kampung Nyiur, Bukit Belimbing di sini.Meskipun saiz buaya  air tawar itu yang cukup besar jika dibandingkan dengan penemuan bangkai jenis yang sama pada 25 Julai tahun lalu, namun penduduk masih tidak berganjak untuk terus melihat fenomena yang jarang sekali dapat dilihat sepanjang hidup mereka.

Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, penduduk kecoh apabila menerima panggilan kaki pancing yang terserempak dengan buaya itu dan terus mengerumuni kawasan lumpur yang dimaksudkan.

"Bukan selalu boleh nampak buaya yang saiz lebih besar berbanding yang jumpa tahun lepas…Jadi mereka pun ramai-ramai datang  tengok kira-kira jam 4 petang semalam bersama ahli keluarga.

"Boleh dianggarkan lebih 50 penduduk datang melihat buaya yang statik..tak gerak-gerak dengan mulut ternganga. Mungkin buaya itu tengah berjemur sebab waktu itu cuaca cerah," katanya.

Menolak buaya itu mengganas dan boleh membahayakan, Samsudin menjelaskan, penduduk masing-masing percaya buaya itu tidak akan mengganggu nelayan sungai yang ada di kampung itu.

"Bukan sekali tapi penduduk pernah terserempak dengan buaya jenis itu tapi tak pernah nak ganggu atau mengganas ketika nelayan nak cari makan di sepanjang sungai yang kaya dengan hasil udang.

"Penduduk tak kira usia yang tengok buaya itu tak menunjukkan riak takut atau cemas..masing-masing macam seronok.

"Mungkin ini salah satu keunikan yang ada di kampung ini selain kelip-kelip," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, penduduk turut digemparkan penemuan bangkai buaya oleh dua sahabat yang mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing pada Julai tahun lalu.

Penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu kejadian pertama kali berlaku di kampung itu sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan.

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Tempat Makan Sedap dan Best <b>di BANGI</b> - HazmanFadzil

Posted: 22 Apr 2014 02:23 PM PDT

Tempat Makan Sedap dan Best di BANGI

Archives

VIDEO: Penyamun Di Masjid Al-Hasanah (Masjid Hijau) <b>Di Bangi</b> <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2014 03:41 AM PDT

Di saat orang sedang sibuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.
Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.
Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini.
Mungkin kakitangan bertugas tak sangka ada individu berhati busuk akan memasuki perkarangan masjid agaknya.
Menurut sumber tertentu, penyamun ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas.
Diharapkan dengan tersebarnya rakaman ini, dia akan dapat diberkas segera. –VIDEO KLIK SINI

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Dua rumah <b>panjang</b> musnah - The Borneo Post Online

Posted: 03 Apr 2014 09:06 AM PDT

by Reno Benjamin,Florence Nervyn dan Kepu Sidi. Posted on April 4, 2014, Friday

Lebih 300 penduduk terjejas dalam kebakaran Rh Adin Jawa dan Rh Kayan Tarang

RANAP: Rumah Kayan Tarang, Nanga Telik, Krian dekat Saratok musnah dalam kebakaran pagi semalam.

MARAK: Api memusnahkan Rumah Adin Jawa yang dibina rapat dengan rumah-rumah individu lain di Sungai Engkalat dekat Sibu, pagi semalam.

SIBU: Lebih 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran rumah panjang di dua lokasi ber-asingan di Sungai Engkalat dekat sini dan Saratok, pagi semalam.

Dalam kejadian pertama, sebanyak 24 daripada 70 pintu Rumah Adin Jawa di Sungai Engkalat musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam yang me-nyebabkan 124 penduduk hilang tempat tinggal.

Kebakaran yang dipercayai bermula dari salah sebuah pintu di rumah panjang itu turut memusnahkan enam buah rumah lain yang dibina berdekatan dengan rumah panjang terbabit.

Seorang wanita berusia 54 tahun pengsan setelah mengetahui kediamannya di rumah panjang yang berusia lebih 60 tahun itu musnah.

Menurut Tuai Rumah Adin Jawa, ketika kejadian beliau tidak berada di rumah panjang kerana pergi ke Julau bagi membaiki rumah saudaranya.

"Saya baharu hendak me-mulakan tugas apabila menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kejadian itu sekitar jam 8.40 pagi.

"Mendengar berita itu, saya terus memecut pulang semula dan apabila tiba di sini, rumah panjang telah musnah dijilat api," ujarnya kepada pem-berita.

Ketika kejadian, menurut Adin, hanya isteri, anak dan cucunya berada di rumah yang sempat menyelamatkan sebahagian harta benda termasuk dokumen penting.

Rumah Adin terletak 20 minit perjalanan dari pusat bandar Sibu dan mempunyai seramai 380 orang penduduk.

Menurut seorang pendu-duk, Borman Ruby, 30, beliau tiada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang selepas dimaklumkan me-ngenai kebakaran itu.

"Apabila saya tiba, api telah marak. Namun nasib baik api berjaya dikawal daripada me-rebak ke rumah saya yang terletak berhampiran," ujarnya.

Difahamkan, punca kebakaran dipercayai akibat tindakan seorang kanak-kanak bermain mancis di salah sebuah bilik di rumah panjang itu.

Api kemudian dipercayai membakar tilam menyebabkan ia bertambah marak sebelum merebak ke seluruh rumah panjang dalam masa kurang 30 minit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Abdul Mutalib Rashid berkata, bomba me-nerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 8.45 pagi.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan lapan lagi anggota dari BBP Sibu dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua buah jentera.

"Kita juga meminta bantuan daripada BBP Bintangor sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya sambil menambah api telahpun marak apabila bomba tiba di tempat kejadian.

Menurut Mutalib, pihaknya menggunakan dua jentera pengepam untuk mengepam air dari Batang Igan bagi me-lakukan kawalan kebakaran di bahagian atas dan bawah rumah.

"Kita berjaya mengawal api daripada merebak meman-dangkan rumah di sini banyak dibina daripada kayu serta rapat antara satu sama lain," jelasnya sambil menambah pihak bomba turut mendapat bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Api berjaya dikawal sekitar jam 9.53 pagi tanpa melibatkan sebarang kecederaan penduduk. Kebakaran itu merupakan yang pertama melibatkan rumah panjang di Daerah Sibu pada tahun ini.

Sementara itu, dalam kejadian kedua pada jam 10 pagi semalam, kira-kira 200 penduduk terjejas apabila Rumah Kayan Tarang, Nanga Telik, Krian dekat Saratok yang berusia 52 tahun musnah dijilat api dalam masa hanya 45 minit.

Rumah panjang separuh kekal itu mempunyai 25 pintu bilik yang mana bahagian atas diperbuat daripada kayu, manakala bahagian bawah adalah konkrit .

Tuai Rumah Kayan, 74, ketika ditemui berkata ketika kejadian kebanyakan penduduk rumah panjang itu berada di kebun dan di pekan Saratok.

"Hanya warga emas dan kanak-kanak yang berada di rumah semasa kejadian. Menurut penduduk, kebakaran dipercayai bermula dari salah sebuah bilik yang terletak di tengah-tengah rumah panjang.

"Ketika kebakaran, saya sendiri sedang bekerja di kebun sawit saya. Apabila dimaklumkan, saya dan beberapa pekerja yang juga penduduk rumah panjang bergegas pulang.

"Namun setibanya di rumah panjang, separuh daripadanya sudah musnah dijilat api," katanya.

Kayan berkata, kejadian itu merupakan satu tamparan yang amat besar kepada penduduk, terutama mereka yang bekerja sebagai petani dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Mohamad Darul Azreen Md Desa berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

"Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari balai.

"Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati api telah memusnahkan kira-kira 85 peratus rumah panjang itu. Faktor rumah panjang yang dibina daripada kayu dan angin kencang pada waktu kejadian menyebabkan api merebak dengan cepat.

"Ketiadaan pili bomba juga satu cabaran kepada anggota bomba untuk mengawal dan memadam kebakaran. Kita terpaksa mendapatkan sumber air dari sungai yang terletak lebih kurang 50 meter di bahagian hadapan rumah panjang ini," kata Mohamad sambil menambah bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 12.15 tengah hari.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


.: Lautan manusia <b>di</b> mini stadium <b>Kajang</b> malam tadi - Mso - Blogger

Posted: 21 Mar 2014 08:07 PM PDT

LAPORAN LEWAT                                                                           

[kemaskini] Mini Stadium Kajang malam tadi bertukar menjadi lautan manusia yang hadir untuk mengikut kempen menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Kajang esok dan juga sempena pelancaran secara rasmi Reformasi 2:0. Esok 38,965 pengundi Kajang akan menentukan siapakah wakil baru mereka, sama ada Dr Wan Azizan Ismail ataupun Chew Mei Fun. Kempen akan berakhir sebelum jam 12:00 tengah malam ini dan malam tadi merupakan kempen terakhir.


Reformasi 2:0 untuk membela Anwar Ibrahim yang dianggap diperlakukan tidak adil dan zalim telah dirancang sebaik sahaja mahkamah rayuan telah menjatuhi lima tahun penjara terhadap Anwar kerana dakwaan liwat.

Lautan manusia malam tadi itu menjadi indikator bukan siapa yang akan menang, tetapi ia menjadi petunjuk berapakah majoriti yang akan dikutip oleh Wan Azizan. Berdasarkan sambutan hangat pada majlis malam tadi, sudah pasti Azizah akan menang dengan besar. Kemenangan bagi Mei Fun pada ketika ini sangat mustahil, seperti mustahilnya akan ditemui pesawat MAS MH 370 yang hilang.

Malam tadi juga kebetulan MCA mengadakan majlis makan malam, sebagai kempen dan daya tarikan akhir kepada masyarakat Cina. Ia dihadiri oleh presidennya Liow Tiong Lai. Katanya daripada 150 meja yang disediakan hanya 30 meja saja yang penuh yang selebihnya kosong. 'Pemulauan' terhadap majlis makan malam itu memberi pertanda jelas orang Cina di Kajang tidak mudah untuk menerima Meh Fun.

Yang ditunggu-tunggu menjelang petang esok, sebaik pusat pengundian ditutup ialah berapa majoriti yang akan dipunggut oleh Wan Azizah. Apa yang menjadi tumpuan PKR kini, jumlah majoriti bukan untuk meneka siapa menang dan kalah. Kemenangan besar PKR akan memberi implikasi kepada BN khasnya MCA. Pilihan raya kecil Kajang itu apabila projek Kajang Move tergendala, ia kini tertumpu kepada MCA. Orang mahu melihat apakah keputusannya nanti memberi harapan kepada MCA atau tidak. Untuk melihat Anwar Ibrahim jadi menteri besar sudah sirna.

Sekiranya Mei Fun gagal untuk menambah undi diperolehi calon MCA, Lee Ben Seng dalam pilihan raya lalu yang mengutik 12,747 ia menunjukkan perubahan kepimpinan dalam MCA tidak membawa apa-apa signifiken dalam pilihan raya kecil itu. Bahkan yang akan mendapat kreditnya ialah DAP. Pertambahan undi Cina kepada Wan Azizah nanti ia akan dikaitkan dengan kredibiliti DAP.

Tidak mustahil kalau lebih 85% undi Cina akan berpihak kepada Wan Azizah. Ini kerana kesungguhan pemimpin DAP berkempen di Kajang ketara sekali berbanding dengan PAS yang diharapkan dapat menarik sokongan orang Melayu.

Seperti umum mengetahui PKR mensasarkan 10,000 majoriti dalam pilihan raya esok, ertinya mahu ditambah sekitar 3,000 undi? Apa disasarkan PKR itu agak sukar untuk dicapai. Majoriti yang paling logik ialah sekitar 5,000 sahaja. Seorang petugas bahagian media di ibu pejabat Umno yang turut sama hadir malam tadi untuk melihat kekuatan terkini PKR amnya dan pengaruh Anwar Ibrahim khasnya, meramal PKR akan menang 7,000 undi. Satu angka yang lumayan di mana ia lebih tinggi dari jangkaan saya.

Pegawai itu memperakui majlis malam tadi berjaya menggerakkan minda rakyat untuk menentang kerajaan. Beliau akui partinya (Umno) sukar untuk mengumpulkan orang seramai di stadium malam tadi.

Beliau juga bimbang dengan sambutan malam tadi, dimana rakyat sanggup datang ia boleh menyebabkan kerajaan akan jatuh bukan melalui pilihan raya tetapi menerusi kebangkitan rakyat. "Saya bimbang kalau ada beberapa pilihan raya kecil lagi, dan sambutan sebegini, kerajaan boleh jatuh," katanya sambil menyatakan kebimbangan, sekiranya Pakatan Rakyat terus mencipta pilihan raya sebagai ujian kepada BN serta untuk mempamerkan sokongan rakyat, lama-lama BN akan jatuh.

Menurut pegawai itu juga 10% yang berada di stadium malam tadi adalah ahli-ahli Umno. Angka itu menunjukkan sudah ada minat orang Umno untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat dan ini merupakan satu sikap baru. Kenapa mereka, ahli Umno sanggup datang menurut pegawai itu kerana keadaan Umno hari ini yang semakin dipertikaikan.

Isu kenaikan harga barang dan terbaru kehilangan pesawat MH 370 menjadi pendorong kepada orang-orang Umno ikut sama datang bagi mendengar penjelasan dari sudut pandangan pembangkang. Dalam politik apabila musuh sudah masuk ke dalam gelanggang pihak lain, sedikit sebanyak ia akan dapat maklumat baru yang menjadi input untuk berfikir.

Dalam pada itu pegawai di ibu pejabat Umno itu, memberi tahu Umno mempunyai ahli sekitar 4,000 orang di Kajang dengan 21 cawangan. Tidak semua ahli Umno akan mengundi BN kerana masalah calon. Menurutnya dia tidak pasti apakah mereka akan keluar atau pun tidak, atau keluar dengan memberi undi kepada Dr Wan Azizah?

Dalam pada itu kehadiran kaum perempuan malam tadi ketara sekali. Ini mungkin disebabkan kedua-dua calonnya adalah wanita. Melihat kepada pakaian dan fesyen, jelas mereka adalah penyokong Dr Wan Azizan. Adalah munasabah juga pendapat mengatakan kaum wanita Melayu akan berpihak kepada Wan Azizah.

Keseluruhan yang hadir malam tadi bukan merupakan pengundi Kajang. Mereka datang dari seluruh pelusuk negeri untuk bertugas di pilihan raya berkenaan. Dalam agakan saya pengundi sebenar malam tadi kira-kira 3,000 saja.

Dalam pada itu sebuah pusat kajian bebas meramalkan calon PKR Wan Azizah akan menang dengan majoriti besar. Katanya berdasarkan kajian dengan merujuk PRU 13, dengan 85% Cina, 42% Melayu dan 50% India menyokong PR dengan peratus keluar mengundi 88%, berdasarkan survey yang dibuat buat mengambil angka paling konservatif 79% Cina, 57% Melayu dan 50% India menyokong PR dengan peratus keluar mengundi sebanyak 82% majoriti yang akan diraih Wan Azizah sekitar 10,200 undi. [wm.kl. 11:06am 22/03/14]

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Panas..!! JAIS Serbu Solat Jumaat <b>Di</b> Hotel Budget, <b>Batu Caves</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2014 06:51 AM PDT





Komen Abu Aqif: Dah lama difatwa sesat tapi masih juga ada pengikut. Dan sekarang berani mencabar undang² dengan bersenjatakan slogan "Human's Right". Tapi mereka ketepikan Allah's Right. Siapa pejuang Hak Asasi di Malaysia? Bagi saya mereka juga harus dipersalahkan kerana membawa perjuangan batil ini.

Kita mesti mendahulukan Hak Allah sebelum hak manusia yang jelas menyanggah dari ajaran Islam. Membawa masuk ke negara kita perjuangan sesat lagi batil demi kepentingan politik, akhirnya aqidah umat Islam juga yang menjadi mangsa. Human's Right bukan dari Islam.

Sebelum terlupa, bukan solat Jumaat di Hotel Budget yang dipersoalkan. Solat Jumaat dan solat Hari Raya bagi umat Islam adalah bersama pemerintah. Jadi, lokasi untuk bersolat Jumaat ini juga mesti mendapat kebenaran dari pemerintah. Dalam konteks Malaysia, solat Jumaat mesti di lokasi yang sdah diwartakan oleh Jabatan Agama. Jika Hotel Budget tersebut sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat maka ianya tidak mengapa. Allahu a'lam. Baca lagi berkaitan solat Jumaat bersama pemerintah di sini.



Kuala Lumpur: "Sekarang saya nak tanya kalau kami dikatakan oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang kami bukan Islam, maka kami tidak ada di bawah kuasa JAIS. Di mana kami nak sembahyang itu terserah kepada kami." Itu jawapan seorang lelaki yang mendakwa ketua satu ajaran dikenali Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia ketika diserbu sepasukan penguat kuasa JAIS selepas dia mengetuai 'solat Jumaat' bersama lebih 30 makmum di premis dua tingkat di sebuah hotel bajet di Batu Caves di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 2.10 petang itu membabitkan 30 penguat kuasa JAIS diketuai Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasinya Shahrom Maarop selepas penguat kuasa agama itu melakukan intipan tiga kali Jumaat sejak tiga minggu lalu di premis berkenaan.



Ketika serbuan, ketua ajaran berkenaan juga berkali-kali mendakwa pihaknya mempunyai memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mengiktiraf ajaran berkenaan yang bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu.

Memorandum setebal 48 muka surat itu turut mengandungi surat yang dihantar oleh jurucakap Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia Ainul Yakin Mohd Zain kepada kerajaan Selangor pada 2012 serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010.

Selain itu, turut disertakan dalam memorandum bertajuk 'Penindasan Terhadap Orang Islam Ahmadi di Malaysia' itu termasuk surat kepada wakil media serta agensi berkuasa agama di beberapa negeri memohon keadilan kepada ajaran berkenaan dalam setiap liputan di negara ini.



Keadaan 'panas' seketika ketika serbuan semalam apabila pegawai penguat kuasa JAIS diketuai Shahrom tiba di tingkat bawah premis berkenaan yang 'dikawal' beberapa individu.

Pemerhatian wartawan mendapati kumpulan itu mengenal pasti terlebih dulu jemaah yang datang bersolat Jumaat dan meminta mereka naik ke ruang atas yang menempatkan tempat solat.

Sebaik waran dibacakan, seorang lelaki dipercayai ketua jemaah 'naik angin' dan mula mencabar Shahrom dengan mengatakan mereka tidak boleh disabitkan dengan undang-undang sedia ada kerana fatwa menetapkan mereka sudah terkeluar daripada Islam sebelum ini.



Tindakan itu menimbulkan suasana tegang dengan Shahrom meminta semua jemaah memberikan kad pengenalan masing-masing kepada pegawai bertugas menyebabkan mereka mula membuat bising dan mempersendakan tindakan pegawai JAIS.

Keadaan berlarutan hampir dua jam sebelum semua mereka ditahan dan dibawa ke ibu pejabat JAIS di Shah Alam untuk siasatan lanjut.



Lelaki yang mengaku ketua itu akhirnya berlembut tetapi meminta seorang daripada jemaahnya yang dikatakan datang dari jauh iaitu London supaya dilepaskan.

Di antara lebih 30 individu yang ditahan untuk soal siasat termasuk dua lelaki berusia 40-an masing-masing berketurunan Pakistan dengan seorang daripadanya mendakwa tinggal di London turut dibawa ke pejabat JAIS.

Sementara itu, jurucakap JAIS berkata, serbuan dijalankan mengikut mengikut Seksyen 97 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 2003 kerana mengadakan upacara yang boleh dilakukan di masjid tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). - Harian Metro



Rujukan:
1. Fatwa Qadiani 1 Jan, 1970
2. Fatwa Qadiani 22 Jun, 1998
3. Fatwa Qadiani 2 Jul, 2001
4. Fatwa Qadiani 13 Dec, 2006
5. Fatwa Islam QA No.45525
6. Fatwa Islam QA No.4060
7. Fatwa Islam QA No.6153

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


MB: Air cukup <b>di Kuala Langat</b>, tetapi kurang di empangan KKB <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2014 12:30 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]"Kita cukup air di kawasan Langat tetapi tidak cukup di Empangan Selangor di Kuala Kubu Baru (KKB), jadi kalau nak bawa air dari Negeri Sembilan ke sana agak jauh dan kos juga tinggi. "Kalau dekat kawasan KLIA ...

ads