Ahad, 3 Julai 2011

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Kebakaran Besar <b>Di</b> Pekan <b>Bangi</b>

Posted: 02 Jul 2011 04:05 PM PDT

Pekan Bangi, 30 Rajab = 02 Julai (Sabtu):

9 buah kedai sederet di Pekan Bangi terbakar pagi ini. Api merebak dari kedai makan kira-kira jam 2.30 pagi dan segera merebak ke kedai-kedai lain yang hanya bertiang batu, tetapi bahagian yang lain daripada papan (kayu). Dijangka berlaku litar pintas. Menurut pegawai bomba Encik Khairuddin, pihak bomba menerima maklumat jam 3.00 pagi dan dapat sampai ke Pekan Bangi, tempat terbakar 12 minit kemudian. Menurutnya 4 buah kereta bomba tiba ke lokasi, 2 buah dari Bangi, 1 buah dari Kajang dan 1 buah dari Serdang. Operasi diketuai oleh Haji Imran Ahmad Pegawai Bomba dari Bandar Baru Bangi. Menurutnya `Api segera merebak oleh kerana bahagian bangunan berusia 70 tahun itu adalah dari kayu dan tidak dapat diselamatkan, walaupun bekalan air tidak terganggu.

Adun Bangi mendapat maklumat jam 8.30 pagi ketika bersiap ke Program di Cheras Jaya. Adun mengarahkan Haji Rushdi bersiap dengan bantuan dan peruntukan tambahan, selain dari kewangan yang ada pada Adun. Arahan juga agar pengiring-pengiring ikut sama. Dalam masa membuat persediaan Adun segera ke Cheras Jaya yang turut ke sana YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang. Dari program di sana bersama pengiring-pengiring Adun berkejar ke Pekan Bangi dan tiba di lokasi jam 11.00 pagi menemui Pegawai-Pegawai Bomba, pemilik-Pemilik Kedai yang terbakar dan melihat kerja-kerja memadam masih sedang dilakukan. YB Teo Nie Ching yang juga dari Program di Cheras Jaya bersama pengiring turut sama tiba. Adun Bangi yang bertemu mangsa-mangsa mensenaraikan nama-nama mereka yang kehilangan bangunan dan harta, iaitu seramai 8 orang (seorang memiliki dua unit kedai). Mereka ialah:

1) Puan Sapura Baby – Ibu tunggal menyewakan bangunan sebagai kedai makan
2) En. Tony yang berniaga hardware
3) En. Rama Samy
4) Mr. Tan Hoi Tiong berniaga perabut
5) En. Rama Muthu peniaga kedai gunting
6) En. Kian Phat Leong Yeow
7) Mr. Chong
8) Kow Soon Hing
9) Penyewa Kedai Puan Sapura

(Mungkin berlaku kesilapan ejaan bagi sebahagian dari nama-nama di atas – mohon maaf, kerana dalam keadaan tergesa-gesa dan perlu dibuat rujukan kembali).

Mereka semua diminta Adun & Ahli Parlimen Teo Nie Ching berhimpun di sebuah warung berhampiran bangunan yang terbakar. Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar dan YB Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan permulaan kepada setiap mangsa dan juga penyewa serta berjanji akan disusuli dengan pertemuan berikut bagi membincangkan kedudukan dan bagaimana mengatasi serta memberi sumbangan.

Kerugian dijangka melebihi 5 juta. Walau bagaimana bersyukur kepada Allah tiada berlaku kemalangan jiwa. Menurut seorang pegawai bomba, tiga buah kereta terpaksa dipecahkan cermin bagi mengalihkan kereta dari terbakar. Turut sama hadir ke lokasi terbakar ialah YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, Haji Zakaria Ketua Kampong Bangi, En. Lau Ketua Kg. Baru Cina, Pekan Bangi,Dato` Fathil Ketua Umno Serdang, Tuan Haji Sukaimi Setiausaha Pas Serdang, pemimpin-pemimpin setempat dan orang ramai.

Hingga jam 12.00 tengahari orang ramai masih berhimpun menyaksikan kebakaran yang dapat disifatkan besar dan belum pernah berlaku sebelumnya sebegini. Apabila Adun bertanya tempat kediaman sementara kepada mangsa-mangsa terbakar, buat masa ini masing-masing mempunyai keluarga yang mereka dapat menumpang buat sementara. Mereka tidak memerlukan lindungan sementara. Kami akan terus berusaha membela dan memberi perhatian terhadap kepentingan mangsa-mangsa terutama membawa masalah mereka ke peringkat Negeri dan ke Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang pada minggu akan datang.

Terima kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Paradigma Berani: DATO&#39; MENTERI BESAR LAWAT RAKYAT <b>DI SEPANG</b>....

Posted: 11 Jun 2011 06:22 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR

11 JUN  2011

DATO'  MENTERI BESAR LAWAT RAKYAT DI SEPANG 
 

Dato' Menteri Besar Tan Sri Khalid semalam telah meluangkan satu hari di daerah Sepang bersama rakyat sempena Progam Khas Mesra Rakyat di seluruh Selangor yang bertujuan mendekati rakyat serta memahami dan menyelesaikan masalah mereka.

Beliau memulakan program di Sepang dengan Program Perhimpunan Pagi dan Dialog di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, bersama kakitangan kerajaan serta pemimpin tempatan termasuk pegawai kerajaan, ketua-ketua kampung dan ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuaan Kampung (JKKK) di Sepang. 

Dalam sesi dialog tersebut, Menteri Besar memberi penerangan mengenai dasar-dasar baru, terutamanya dasar yang bertujuan memudahkan sistem pentadbiran dalam isu-isu tanah.  

"Di bawah Skim Pemilikan Tanah Persendirian, rakyat yang ingin memiliki tanah atau rumah secara sah kini ada pillihan untuk membayar RM 1,000 sahaja sebagai premium. Bayaran penuh premium hanya akan dikenakan sekiranaya tanah atau rumah tersebut dijual kepada pihak ketiga yang bukan ahli keluarga," kata beliau. 

Turut diperkenalkan adalah sistem pentadbiran tanah yang berasaskan sistem data komputer yang akan meringankan beban pegawai kerajaan dalam penyimpanan fail-fail tanah seperti sedia ada.

  

Beliau juga telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menambah baik pengendalian Skim Mesra Usia Emas dengan mewujudkan satu program baru dimana baucer pembelian barangan makanan akan diberi kepada warga emas.

"Kita lakukan begini kerana warga emas walaupun gembira dengan skim khairat kematian sebanyak RM2,500, namun begitu mahu menikmatinya sewaktu masa hidup. Oleh yang demikian, kita akan lancarkan program 'Jom pergi shopping bersama ADUN'. Bagi warga emas yang menyertainya akan dibawa ke hypermarket di mana mereka akan diraikan serta diberi baucer untuk berbelanja. Syarikat besar seperti Tesco, Giant dan Econsave telah menyatakan keinginan untuk turut serta dalam program ini," kata beliau. Kerajaan negeri akan memperuntukkan RM5 hingga RM 10 juta untuk menjayakan inisiatif ini.

Dato' Menteri Besar turut serta dalam dialog bersama lebih 4,000 rakyat di Dewan Orang Ramai Dengkil di mana rakyat berpeluang mengutarakan masalah-masalah yang dihadapi terus kepada Menteri Besar. Dalam ucapan beliau, Dato' Menteri Besar mengulangi komitmen beliau terhadap menjunjung amanah yang diberikan oleh rakyat, iaitu untuk mereformasikan kerajaan negeri.

"Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah untuk manfaat semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama, atau kecenderungan politik," tambah beliau. Di Dengkil, Dato' Menteri Besar menyampaikan bantuan MES kepada peserta Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor serta menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Sebelum itu, beliau telah menunaikan solat jumaat bersama rakyat di Masjid As-Syakirin, Kg. Labu Lanjut dan seterusnya menjamu selera bersama lebih kurang 300 penduduk. Seterusnya beliau turut melawat pengusaha industri kecil dan sederhana di Kampung Sungai Buah.

Kemuncak program tersebut adalah ceramah perdana berkenaan pencapaian negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, dimana penasihat ekonomi negeri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan ucapan. 

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor telah mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah memperkenalkan pelbagai dasar dan program demi membela kebajikan rakyat terutama program pemilikan rumah serta pembinaan rumah mampu milik. 

"Ini sebenarnya bukan kewajipan kerajaan negeri kerana kewangan kerajaan negeri mempunyai kekangan. Namun demikian, kerajaan negeri Selangor terpanggil untuk lakukan projek perumah mampu milik kerana kerajaan persekutuan enggan berbuat demikian. Jadi saya ingin mengucapkan syabas kepada Tan Sri Khalid," kata Anwar kepada lebih kurang 1,000 hadirin di ceramah tersebut. 

Sepang adalah daerah ketiga yang dilawati sempena Progam Khas Mesra Rakyat selepas Klang dan Hulu Langat. Beliau dijangka melawat Hulu Selangor pada Julai depan. 

Dikeluarkan oleh 

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 2 Julai 2011

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


SMK <b>Kuala Kubu</b> Bharu 1975 Jambori Pengakap <b>di</b> Stadium <b>...</b> - Kamaluddin

Posted: 28 Jun 2011 07:52 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jom mkn tongkol · SMK Kuala Kubu Bharu 1975 Lawatan ke KL Yayasan Sa... SMK Kuala Kubu Bharu 1975 Jambori Pengakap di Stad... Makan kek lapis pemberian sahabat Pegawai Bomba MA. ...

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


KRT <b>TELOK DATOK</b>: Kebakaran <b>di</b> Jalan Kemuning

Posted: 28 Jun 2011 11:34 PM PDT

Sekitar jam 1135hrs,unit SRS telah menerima laporan daripada penduduk yang melaporkan bahawa sebuah rumah bernombor T123 Jalan Kemuning telah terbakar.2 unit jentera BOMBA telah dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.Sewaktu tinjauan bersama Tuan Setiausaha KRT Telok Datok,pihak kami dapati hampir 60% rumah hangus dijilat api,dan ianya berkemungkinan berpunca dari litar pintas.Pihak bomba terpaksa pam air dari longkang berikutan pili bomba rosak dan ini amat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


<b>Port Klang</b>, PTP Maintain Top 20 Ranking | MyNewsHub

Posted: 02 Jul 2011 08:27 PM PDT

KUALA LUMPUR — Port Klang and Port of Tanjung Pelepas have maintained their top 20 ranking.

In a statement today, Westports Malaysia Sdn Bhd said Port Klang moved up one rung from 14th to 13th spot with 8.87 million twenty-foot equivalent units (TEUs) with Westports contributing 5.57 million TEUs.

It said PTP moved up a rung from 17th to 16th place with 6.54 million TEUs.

Westports said global container throughput hit a record 560 million TEUs in 2010, a growth of 14.5 per cent compared with the previous year.

It said according to estimates by axs-alphaliner.com — the worldwide reference in liner shipping — the Chinese ports led the growth, followed by South American ports which grew by 17.6 per cent.

The Chinese ports recorded an annual increase of 17.9 per cent as total container volume handled in China (including Hong Kong) rose to 169 million TEUs, or 30.1 per cent of last year's global total, up from 29.3 per cent the year before, it said.

Westports said China now accounted for nine of the world's Top 20 ports, with most of the main Chinese ports recording faster growth than ports in other regions.

It said Hutchison Ports Holdings regained its global lead among the port operators, with total volume rising by 14.9 per cent to 75 million TEUs last year.

Second-place APM Terminals fell behind as it posted a below-average growth of only two per cent to an estimated 70 million TEUs, it said.

For this year, Westports said, growth was expected to moderate to 8.4 per cent as volume returned to more sustainable levels with Chinese ports again expected to lead the gains this year. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


KERETA SEWA MURAH <b>DI SALAK TINGGI</b>, NILAI DAN KAWASAN SEKITAR

Posted: 25 Jun 2011 09:59 PM PDT


Assalammualaikom,

Saya ada buat perkhidmatan kereta sewa murah untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS berdekatan Salak Tinggi dan Nilai seperti Kolej Teknologi Timur, MIAT, USIM, INTI College dan yang berdekatan.

Sewa cuma RM50 sehari dan RM25 untuk separuh hari. Jenis kereta adalah Satria 1.3cc,manual. Jika berminat boleh hubungi saya di email umie_harun@yahoo.com.my.

Perkhidmatan kereta sewa ini hanyalah untuk pelajar-pelajar IPTA dan IPTS sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Ahli Kelab KRGBM bertemu <b>di Puchong</b>, Selangor - Abdul Ghalib Yunus <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 09:13 AM PDT

Seminar /Bengkel/Ceramah SPM 2011

(Waktu seminar/ceramah/bengkel yang saya kendalikan ini adalah pada hari Hari Jumaat 2.30 hingga 6.30 ptg, Sabtu dan Ahad 8.00 pg hg 11.00 mlm-Harap Maklum]

Program yang saya kendalikan ialah:

1.Kursus Peningkatan Bahasa Melayu untuk Guru BM.
2. Kursus Peningkatan Penggunaan Buku Teks BM.
3. Kursus Peningkatan Tatabahasa untuk Guru BM .
4. Kursus Penulisan Karangan untuk Guru BM
5. Kursus Kajian Tindakan
6. Bengkel Teknik Menjawab BM untuk Calon PMR
7. Bengkel Teknik Menjawab untuk Calon SPM
8. Kursus LADAP /profesionalisme untuk Guru
9. Kursus Penggunaan ICT dalam P&P.
10. Kursus Penataran Bahasa Malayu.

Perkara-perkara yang perlu disediakan oleh penganjur:

  1. Bayaran kepakaran
  2. Penginapan untuk penceramah (Jika perlu)
  3. Perbelanjaan Perjalanan termasuk tiket kapal terbang dan bayaran tol.
  4. Makanan dan minuman
  5. LCD dan sistem bunyi untuk persembahan
  6. Sijil Penghargaan

1.Kursus Peningkatan P&P Bahasa Melayu untuk guru BM SMK Batu Unjur, Klang Tarikh: 08/1/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Sabtu Tempat: Bilik Mesyuarat

Sabtu ---12 Februari 2011 ---Mesyuarat Agung PIBG
Sabtu ---19 Februari 2011--Sekolah Ganti 1 Februari (Selasa)

2.Kursus Penulisan Karangan untuk guru-guru Bahasa Melayu SM Persendirian Cina, Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, N.Sembilan) Tarikh: 26 /2/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: Sabtu Tempat: Tingkat 7, DBP, KL

3.Seminar PMR SKOR A untuk Calon PMR Kuala Lumpur dan Selangor (Terbuka) Tarikh: 27 /2/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: AHAD Tempat: Universiti Malaysa.

4.Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) untuk guru-guru SMK Seri Serdang Tarikh: 5 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 tgh Hari: Sabtu Tempat: Dewan seri

5. Seminar SKOR A Bahasa Melayu untuk Calon PMR, MRSM, Kuantan Tarikh: 06/3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Ahad Tempat: Dewan sekolah

6.Kursus Tatabahasa Bahasa Melayu untuk guru BM SMK Seri Istana, Klang Tarikh: 12/3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Sabtu Tempat: Bilik Komputer

7.Bengkel Tatabahasa Bahasa Melayu untuk calon STPM SMK Paya Besar, Kuantan Tarikh: 13/3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.30 Hari: Ahad Tempat: Dewan Sekolah

8. Bengkel Tatabahasa Bahasa Melayu untuk calon SPM SMK Seri Serdang, Klang Tarikh: 14/3/2011 Masa: 8.00 hingga 10.00 Hari: Isnin Tempat: Dewan Sekolah

9.Kursus Penulisan Karangan untuk guru-guru Bahasa Melayu SM Persendirian Cina, Zon Utara (IPOH, P.Pinang) Tarikh: 19 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: Sabtu Tempat: SM Persendirian Cina, Poi Lam

10.Kursus Penulisan Karangan untuk Calon PMR dan SPM SMK Batu Unjur, Klang Tarikh: 26 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 12.00 petang Hari: Sabtu Tempat: Dewan Sekolah

11.Seminar PMR SKOR A untuk Calon PMR Kuala Lumpur dan Selangor (Terbuka) Tarikh: 27 /3/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: AHAD Tempat: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya.

12.Kursus Perkembangan Staf untuk guru-guru SMK Seri Serdang Tarikh: 2/4/2011 Masa: 8.00 hingga 5.00 petang Hari: Sabtu Tempat: Hutan Simpan Air Hitam

13.Ceramah BM SPM untuk Calon SPM Semasyhur Tarikh: 9 /4/2011 Masa: 2.30 hingga 5.00 petang Hari: SABTU Tempat: Dewan Sekolah.

Ahad-17 April 2010 – Seminar SKOR A Melaka

14. Seminar SKOR A Bahasa Melayu untuk Calon SPM SMK Agama, Nilai, Tarikh: 22/4/2011 Masa: 3.30 hingga 5.30 ptg Hari: Jumaat Tempat: Dewan sekolah

Sabtu -23 April 2011 –MRSM-Batu Pahat-

Ahad – 24 April 2011-Seminar SKOR A UM

Sabtu -30 April 2011 – Bengkel TTB Dewan di Hotel Singahsana

-Sekolah ganti 27 Oktobr 2011 (Khamis)

Ahad 1 Mei 2011 - Bengkel TTB Dewan di Hotel Singahsana

Sabtu -7 Mei 2011 – Sekolah Ganti 28 Oktober 2011 (Jumaat)

Ahad – 8 Mei 2011 – SMK Tawau, Sabah

Sabtu 21 Mei 2011 – Kursus Penggunaan ICT dalam P&P untuk guru-guru SMK Seri Serdang

Sabtu 28 Mei 2011 –Seminar SKOR A Edu Group di Sabah dan di Sarawak

Isnin 30 Mei 2011 – Bengkel Penulisan Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah

Selasa 31 Mei 2011 – SM Tsun Jin, Kuala Lumpur

Jumaat 3 Jun 2011 – SM Tsun Jin, Kuala Lumpur

Sabtu – 18 Jun 2011-SMK Baling, Kedah

Ahad – 19 Jun 2011-SMK Baling, Kedah

Jumaat – 24 Jun 2011 – Sekolah Sri Achmar-2.00 hingga 4.00

Sabtu 25 Jun 2011- kosong

Ahad 26 Jun 2011- SMK Selancar, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.-Penulisan BM SPM

Jumaat 1 Julai 2011-3.00 hingga 5.00 ptg SDAR, Seremban-Bengkel Tatabahasa PMR

Sabtu 2 Julai 2011 – Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

AHAD 3 Julai 2011- Seminar PMR di UM oleh www.seminarskora.com

Khamis 7 Julai 2011 – Kejohanan Sukan Tahunan SMKSS

Jumaat 8 Julai 2011 – Sekolah Sri Achmar – 2.00 hingga 4,00 petang

Sabtu 9 Julai 2011 – kosong

Ahad 10 Julai 2011 – Bengkel Penulisan Karangan PMR-SMK Agama Nilai.

Jumaat 15 Julai 2011-2.30 hingga 5.30 ptg –-PMR-SM(P) Methodist, KL

Jumaat 15 Julai 2011-8.30 hingga 10.30 malam – SMK Seksyen 1

Sabtu 16 Julai 2011 – SMK Batu Unjur- Seminar BM PMR dan SPM

17 Julai 2011- Seminar PMR dan SPM oleh www.seminarskora.com

22 Julai 2011- Jumaat –Tg.5- 2.15-4.15 – SM Seri Puteri, KL-di Bilik Redang, PWTC

23 Julai 2011 – Hari Anugerah Kecemerlangan – 8 pagi -12.0o tgh

23 Julai 2o11 Sabtu –Tg. 4 – SM Seri Puteri, KL - 2.15-4.15 petang -di Bilik Kuala Lumpur,PWTC

24 Julai 2011- Seminar SPM di UM oleh www.seminarskora.com

29 Julai 2011 -2.30 hingga 5.30 ptg –SPM – SMK (P) Methodist, KL

30 dan 31 Julai – Bengkel Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah.

5 Ogos 2011 -Pusat Tuisyen Etika Jaya, Subang Jaya 2.30-

6 Ogos 2011 – Bengkel PMR di SM Confucian, KL –8.00 hg 1.00 tgh

7 Ogos 2011 – kosong

13 Ogos 2011 – Bengkel SPM di SM Confucian, KL –8.00 hg 1.00 tgh

14 Ogos 2011 – Kosong

20 Ogos 2011 – Kosong

21 Ogos 2011 – kosong

27 Ogos 2011 – kosong

28 Ogos 2011 – kosong

3 September 2011- kosong

4 September 2011 – kosong

10 September 2011 -SMKDH, Klang(0133488842)

11 September 2011 -Pusat Tuisyen Etika Jaya, Subang Jaya-10 pagi hingga 5.30 ptg.

17 September 2011 - kosong

18 September 2011 –(Ahad) – Seminar Tatabahasa untuk Guru-guru BM Negeri Kelantan, Kota Bharu.

24 September 2011 – Kursus Kajian Tindakan untuk guru-guru SMK Seri Serdang

25 September 2011 - kosong

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads