Jumaat, 3 Ogos 2012

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Batang Kali</b> | boyzonne-hijaurimba

Posted: 26 May 2012 06:34 PM PDT


BATANG KALI - Kesilapan seorang pemandu yang didakwa cuba membuat pusingan U di garisan berkembar menyebabkan seorang remaja patah paha kanan apabila motosikal ditunggang merempuh kereta terbabit.

Mangsa, Haziq Izzuddin Naziron, 17, yang dipercayai baru pulang daripada bermain bola sepak bersama rakannya gagal mengelak kereta Myvi dipandu seorang lelaki di hadapan premis perniagaan berdekatan persimpangan Batang Kali.

Bapa mangsa, Naziron Mohd Adam, 51, yang tiba di tempat kejadian berkata, keadaan lalu lintas ketika itu sesak kerana waktu kemuncak orang pulang dari kerja.

"Ketika saya tiba kira-kira jam 5.15 petang, anak saya sudah terbaring dan dipapah rakannya. Melihat kepada kecederaannya agak serius dan patah paha kanan akibat rempuhan kuat.

Naziron diberitahu, anaknya yang menunggang motosikal berseorangan datang dari arah Bandar Utama Batang Kali (BUBK) menghala persimpangan tersebut bersama kereta terbabit.

Namun, setiba di laluan itu, kereta Myvi terbabit tiba-tiba dilihat membelok dipercayai cuba membuat pusingan U dan mangsa yang tidak dapat mengelak terus merempuh kereta terbabit.

Rabu, 1 Ogos 2012

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Peningkatan Taraf Jalan & Lampu Jalan <b>Di Bangi</b> - blog*spot

Posted: 25 Jul 2012 04:31 PM PDT

BBB, 04 Ramadhan 1433 = 24 Julai 2012 (Selasa):
Kami dimaklumkan oleh Encik Nasir Karim pihak JKR-Letrik telah mengambil tindakan memulihkan letrik di kawasan-kawasan berikut:
a) Pemulihan Letrik-Pemasangan Lampu Jalan
1) Lampu-lampu jalan Persiaran Bangi
2) Jalan P1 Bandar Baru Bangi
5) Jalan Reko ke Bulatan Bangi
6) Jalan 4/5 Bandar Baru Bangi
7) Jalan Persiaran Bangi.
b) Peningkatan Taraf Jalan
Menurut Encik Hamidi bin Sulaiman, jalan daripada Jalan Reko hingga ke Jambatan di tepi pagar UKM (Hadapan Taman Pantun UKM) akan dinaik taraf dari jalan satu lane kepada dua lane dengan divider ditengah. Jalan di bawah kategori B17 ini adalah di bawah kerajaan negeri dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Selangor. Peruntukan bagi menaiktaraf jalan ini dalam lingkungan RM50 juta beserta dengan peningkatan tiang lampu. Tender bagi projek ini telah dikeluarkan dan kerja-kerja dijangka bermula pada hujung tahun ini.

c) Peningkatan Taraf Jalan Fasa Kedua Dan Pemasangan Tiang Lampu Jalan Sementara
Kami diberitahu oleh Encik Hamidi bin Sulaiman, Fasa Kedua bagi peningkatan taraf Jalan dari UKM ke Pekan Bangi akan dilakukan selanjutnya berikutan dari penaiktarafan Jalan dari Jalan Reko ke UKM. Buat sementara ini, menurut Encik Nasir Karim jalan antara UKM-Pekan Bangi akan dipasang dengan tiang-tiang lampu. Jarak antara kedua tempat ini memerlukan sebanyak 350 batang tiang. Oleh kerana jalan ini akan dinaiktaraf dan tiang-tiang lampu sedia ada akan dikeluarkan dan diganti dengan yang baharu, maka menurut Encik Nasir tiang sedia ada dalam milik JKR-Letrik akan digunakan, tidak sepenuhnya dari segi jumlah. Penambahan dalam lingkungan 100 tiang.
Kami berkonvoi dengan tiga kenderaan meninjua tempat-tempat yang patut diberi keutamaan dipasang tiang. Kami dapati tempat yang belum berpasang tiang lampu adalah dari UKM hingga ke Pusat Agency Niklear. Dari UKM ke Pusat Agency Nuklear terdapat 11 selekoh yang gelap dan bahaya, manakala dari Agency Nuklear ke Pekan sudah berpasang dengan tiang-tiang lampu. Sebab itu setelah bergerak dari beberapa hentian di sepanjang jalan dan pada akhirnya kami membuat keputusan.
2) Oleh kerana sudah ada tiang letrik dari Pusat Agency Nuklear ke Pekan Bangi, maka pihak JKR-Letrik akan memasang lampu-lampu pada tiang-tiang yang sedia ada.
Diharap dengan peningkatan taraf lebih memberi kemudahanan, keselesaan dan keselamatan kepada pengguna dan kita berharap pihak Jabatan yang diamanahkan menyiapkan projek-projek akan segera melaksanakan amanah ini dengan baik dan sempurna.

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Rumah Maksiat <b>Di Hulu Selangor</b>, Tidak Hairanlah Kenapa Khalid <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 03:33 AM PDT

Ketika Hasan Ali menjawat jawatan Exco Agama, kali terakhir dia memegang jawatan tersebut, serbuan telah dilakukan ke atas sebuah pusat hiburan pada malam Tahun Baru. Akibatnya, para pemimpin DAP memekak dan Khalid Ibrahim memutuskan bahawa Hasan Ali perlu dikeluarkan dari barisan Exco Negeri. Bagaimanapun, untuk memecat Hasan Ali begitu sahaja, tidak boleh kerana tindakan sebegitu, akan mengundang kejengkelan di hati para pengundi PAS tulen.

Lantas, dengan 'kerjasama' Azmin Ali, disuarakan kepada pucuk pimpinan PAS Pusat bahawa Hasan Ali perlu dipecat daripada parti tersebut. Disokong pula oleh musuh Hasan Ali di dalam PAS seperti Khalid Ibrahim dan Rani Othman, akhirnya Hasan Ali dipecat keahliannya. Secara tidak langsung, gugurlah kelayakan Hasan Ali sebagai Exco Agama Islam.

Sebaik-baik sahaja Hasan Ali tidak lagi layak memegang jawatan Exco Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu serta Infrastruktur Awam, maka ramailah yang melihat serta menjangkakan Rani Othman yang akan menjawatnya. Apatah lagi Rani Othman adalah Pesuruhjaya PAS yang baru menggantikan Hasan Ali.

Malangnya, Khalid Ibrahim dan DAP yang ada di belakangnya, mempunyai rancangan yang lain. Tiada seorang pun pemimpin PAS Selangor yang layak untuk jawatan berkenaan, sebaliknya Khalidi Ibrahim melantik dirinya sendiri untuk memegang jawatan Exco Agama Islam.

Dengan menjadi Exco Agama Islam, mudahlah Khalid Ibrahim untuk memajukan Selangor dengan industri pelacuran dan maksiat seperti yang dibuktikan sekarang ini. Tidak ada tempat di Selangor yang tidak ada pusat-pusat pelacuran dan maksiat. Sehinggakan Hulu Selangor yang sebelum ini bebas dari pusat-pusat maksiat, kini mempunyai tiga buah pusat urut di Batang Kali.

Pendedahan berkenaan menunjukkan wujudnya kerjasama antara Exco Agama dengan pemilik-pemilik pusat maksiat untuk memastikan Selangor maju dengan pusat-pusat sebegitu rupa.

Anehnya, PAS yang begitu memperjuangkan sebuah negara hudud, tidak pula berkata apa-apa. Malahan sewaktu PKR merampas jawatan Exco Agama dengan menyerahkan kepada Khalid Ibrahim, PAS Selangor juga mati akal walaupun pada masa yang sama, masih lagi cuba untuk mengaitkan UMNO walaupun sebenarnya yang menyediakan pusat-pusat maksiat di seluruh Selangor itu adalah kerana sokongan dan dokongan PAS sendiri.

PAS sepatutnya bertanya mengapa mereka jadi BERHALA BISU tetapi cukup setia membela apa-apa juga kemaksiatan yang dihadirkan oleh Pakatan Rakyat, semata-mata kerana mereka adalah komponen dalam pakatan berkenaan? Apa lagi helah yang akan digunakan oleh PAS untuk menghalalkan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan selepas Selangor diambilalih oleh Pakatan Rakyat?

Masih lakukah lagi alasan konon-kononnya semua lesen-lesen berkenaan diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO? Atau alasan terkini yang seringkali digunakan ialah, pusat-pusat maksiat tersebut adalah berstatus haram dan tidak pernah diketahui oleh pentadbiran negeri mahupun PBT?

Dari tahun 2008 sehingga 2012, PAS Selangor tidak pernah menyuarakan sebarang tentangan terhadap kadar pertumbuhan pusat-pusat maksiat yang bermaharajalela di seluruh Selangor. Sebaliknya, kalau isu berkenaan dipanjangkan atau didedahkan, PAS yang terlebih dahulu membela dengan menyatakan bahawa semuanya itu diluluskan pada zaman pentadbiran UMNO walaupun telah terbukti dan menerusi pengakuan Ronnie Liu sendiri bahawa pusat-pusat maksiat berkenaan wujud dan diwujudkan pada zaman pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kalau di Pulau Pinang, tugu arak sudah cukup untuk menutup dan membuktikan kebaculan PAS dalam membela agama Islam walaupun mereka tidak pernah lekang dengan ceramah dan kempen kononnya PAS menentang kemungkaran dan segala gejala maksiat.

Apa yang berlaku di Selangor sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan PAS sebenarnya adalah penjual dan peniaga politik yang menggunakan agama yang cukup efisien tetapi pada masa yang sama, mereka adalah kaum munafiq yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kuasa yang diburu!

UMNO Online - Klinik 1Malaysia Beroperasi <b>Di Hulu Selangor</b>

Posted: 30 Apr 2010 02:55 AM PDT

Kategori Berita Pilihan

Klinik 1Malaysia Beroperasi Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 30 April – Kawasan Hulu Selangor hari ini mendapat Klinik 1Malaysia sendiri bertempat di Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.

Klinik itu dilancarkan oleh P Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang memenangi pilihan raya kecil pada Ahad lalu.

"Pembukaan klinik itu bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya kecil itu," katanya.

eliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sendiri telah memberi jaminan itu kepada penduduk Hulu Selangor untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka.

"Inilah cara BN bekerja, BN akan memenuhi semua janji-janji BN yang telah dibuat pada kempen pilihan raya baru-baru ini dan akan menyelesaikan semua masalah yang dihadapi penduduk setempat," katanya.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan kakitangan Kementerian Kesihatan kerana membantu menyegerakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia di Hulu Selangor ini," katanya.
Sejak kemenangannya, Kamalanathan telah melakukan lawatan dan beramah mesra dengan penduduk setempat di Felda Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu, Taman Teratai dan Rasa.

Mengenai masalah pampasan 363 bekas peneroka Felda di Sungai Buaya pula, kerajaan akan membayar baki RM49,000 untuk sebuah keluarga di situ setelah mereka menerima RM1,000 baru-baru ini.

"Bagaimanapun tarikh pembayaran baki tersebut akan ditentukan oleh kerajaan kelak," katanya.

Masalah lain yang akan diberi perhatian ialah pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, bantuan dana khas kepada masyarakat India di bawah Tekun, masalah banjir di Kampung Sentosa dan masalah bumbung rosak di Bukit Beruntung.

Sementara itu, Kamalanathan berkata kerajaan telah bersetuju untuk memberi tanah untuk pembinaan sebuah kuil untuk masyarakat India di Kalumpang di sini setelah masalah itu berlarutan lebih 50 tahun.

Apabila ditanya bilakah beliau akan berpindah ke Hulu Selangor, katanya beliau masih mencari lokasi sesuai yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam bagi memudahkan orang ramai berjumpa dengannya. -MediaUMNO/Bernama

Berita Bertarikh Pada 5:55 PM

Selasa, 31 Julai 2012

12 di tanjung karang - Google Blog Search

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Memancing <b>di Tanjung Karang</b> lagi… | ceritawan.com

Posted: 30 Apr 2012 10:01 PM PDT

Hari ni sekali lagi ke Tanjung Karang.. saje layan ayah mertua mancing.. Ye la kan.. kawan-kawan ajak boleh je pergi.. takkan ayah mertua ajak tak nak pergi.. Kali ni umpan umpun-umpun je. Kami ke sini bertiga.. aku, ayah mertua ngan adik ipar.. dia asal orang sini.. jadi senang la, nak cari umpan pun senang..

Misi pertama gi beli umpan.. dia bawak gi beli umpun-umpun kat Lorong Teratai Kiri, Jalan Bomba, Tanjung Karang.. Siap ada size tu..
image
saiz s…

image
saiz xl…

image

lolasi – bawah jambatan. Dapat la ikan sekor kat sini.. Udang takde.. jadi nak kena ubah port ni.. cuba kat tempat lain pulak…

image

Lolasi kedua..Kat sini pun cam tadi jugak.. tak memberahikan.. dapat udang galah saiz s sekor ngan beberapa ekor ikan… huhuhu…
image

Hasil hari ni.. lepas la untuk makan malam… :)

p/s: kena gi pulau sembilan jugak baru best…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 28 Julai 2012

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Kursus Bahasa Mandarin <b>di Klang</b>,Selangor | Buy Sell | Classifieds <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 09:28 PM PDT

'; function load() { geocoder = new google.maps.Geocoder(); //directionsDisplay = new google.maps.DirectionsRenderer(); var newyork = new google.maps.LatLng(40.69847032728747, -73.9514422416687); var myOptions = { zoom: 14, center: newyork, mapTypeId: google.maps.MapTypeId.ROADMAP, mapTypeControlOptions: { style: google.maps.MapTypeControlStyle.DROPDOWN_MENU } } map = new google.maps.Map(document.getElementById('map'), myOptions); //directionsDisplay.setMap(map); } function codeAddress() { geocoder.geocode( { 'address': address }, function(results, status) { if (status == google.maps.GeocoderStatus.OK) { map.setCenter(); var marker = new google.maps.Marker({ map: map, icon: redFlag, shadow: shadow, //title: title, animation: google.maps.Animation.DROP, position: results[0].geometry.location }); var infowindow = new google.maps.InfoWindow({ maxWidth: 270, content: contentString, disableAutoPan: false }); infowindow.open(map, marker); google.maps.event.addListener(marker, 'click', function() { infowindow.open(map,marker); }); } else { (function($) { $('#map').append('

Sorry, the address could not be found.

'); return false; })(jQuery); } }); } function showAddress(fromAddress, toAddress) { calcRoute(); calcRoute1(); } function calcRoute() { var start = document.getElementById("fromAdd").value; var end = document.getElementById("toAdd").value; var request = { origin: start, destination: end, travelMode: google.maps.DirectionsTravelMode.DRIVING }; directionsService.route(request, function(response, status) { if (status == google.maps.DirectionsStatus.OK) { directionsDisplay.setDirections(response); } }); } //]]>

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Ceramah "Ombak Rindu" <b>di Kajang</b> - Pertubuhan Alumni Debat <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 10:13 PM PDT

Unit Undang-Undang Keluarga
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor


Satu seminar OBOR KASIH telah dilangsungkan bertempat di Masjid Jamek, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Program seminar ini melibatkan ceramah bertajuk "Ombak Rindu". Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dan juga Jawatankuasa Masjid Jamek Kajang.
Ceramah bertajuk "Ombak Rindu" ini telah disampaikan oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM). Beliau telah menyampaikan ceramah mulai jam 9.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari.
Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ceramah ini berlangsung.


Jumaat, 27 Julai 2012

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Reviu: Bandar Baru SP Setia Kat <b>Beranang</b>? | Saufikarim Official Blog

Posted: 10 Jul 2012 08:41 AM PDT

Salam rakan-rakan SK.com,

Sk mendapat banyak permintaan untuk reviu tentang rumah atau new tonwship yang bakal digegarkan di kawasan Beranang? Haa..Beranang? Biar betul kawasan tu akan dijadikan sebuah bandar baru yang 'macam bandar satelit la kan' ala-ala dekat dengan Kuala Lumpur.

Jom SK bawak korang tengok apa potensi yang Bandar Baru SP Setia ini nak tawarkan, seperti dibawah:-

1. Kalau nak diikutkan, Beranang ini memang sebuah lokasi tengah-tengah antara Semenyih, Bangi Lama, Seremban dan Kajang.

  • Jarak 5km daripada Semenyih.
  • 7km daripada Bangi Lama disebelah timur.
  • Lokasinya 2km daripada Beranang Barat.
  • Jarak 25km daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur

Jarak-jarak tak jauh dengan bandar satelit yang lain. Jadi Bonus yang baik!

sp setia

Peta Lokasi Beranang dan kawasan sekitarnya

2. Projek Bandar Baru ini boleh dihubungkan melalui jalan semenyih dan dipanjangkan dengan Kajang SILK Highway. Jika korang nak ke Kuala Lumpur boleh lalu Highway PLUS Utara Selatan atau Besraya daripada Kajang SILK Highway yang hanya memakan masa 40 minit sahaja. Jadi projek lokasi ini mempunyai kemudahan jalan-jalan highway yang mudah untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Hanya 40 minit untuk ke Kuala Lumpur dikira oklah. Jarak dan masa yang diambil boleh tahan.

3. Lokasi Bandar Baru ini juga akan berhampiran dengan Bandar Kajang MRT stesen (Sungai Buloh-Kajang Line). Kalau nak ikutkan hanya 15 minit sahaja daripada projek perumahan ini.

Mengapa SP Setia agak agresif dalam projek bandar baru di Beranang ini?

Projek sebelum ini yang amat membanggakan mereka ialah SP Setia di Setia Alam, Shah Alam. Kalau korang nak tau, harga permulaan kawasan perumahan di Setia Alam bermula dengan Rm218,000 untuk 20×70 rumah 2 tingkat dan sekarang dah naik sebanyak RM668,000 dalam masa 7 Tahun.

Gambar Hiasan: Antara Projek Rumah di Setia Alam

Kenaikan harga yang tinggi kerana SP Setia membuat pelaburan terhadap kemudahan-kemudahan awam disekitar Setia Alam dan juga perhubungan serta ameniti yang baik disekitar Setia Alam. Jadi disebabkan itu, Projek Bandar Baru di Beranang akan dilaburkan dengan projek percampuran perumahan dan juga komersial sebanyak RM3.5 billion.

Sasaran projek terbaru ini adalah untuk kebanyak rakyat Malaysia supaya mampu memiliki rumah dengan harga rendah dan nilai lokasi tersebut dijangka naik seperti yang berlaku di Setia Alam pada 7 tahun lepas.

Namun demikian berdasarkan pengalaman untuk lokasi selatan, seperti Kajang, Bangi, Nilai dan Seremban, Kenaikan mungkin akan berlaku dan hanya kenaikan 2 kali ganda dijangkan. Berbanding Setia Alam yang naik sehingga 3 kali ganda disebabkan Lokasi Shah Alam yang hangat. Didalam Ebook Pelaburan hartanah tanpa Modal, SK letak lokasi Shah Alam antara lokasi panas yang sangat menguntungkan.

Selalu SK ingatkan korang betul-betul mesti faham apa matlamat korang beli rumah, untuk duduk atau pelaburan hartanah. SK cadangkan beli rumah di Beranang ini untuk duduk dan juga mampu untuk mendapat pulangan 100%. Masa saja yang akan menuntukan. Kemungkinan mengambil masa yang lama. Tapi jika korang ada quota yang lebih, bolehla beli untuk pelaburan dengan jual setelah beberapa tahun (3-4 Tahun)

Harap korang semua puas hati dengan reviu SK. Bolehla pegi buat site view di lokasi tersebut untuk dapatkan feel. :)

Reference:

1. Lowyat.Net: SP Setia New Township – Beranang, Ulu Langat

2. Starbiz -Tuesday October 4, 2011 (SP Setia buys land for RM381mil to replicate earlier success(update))

from your own site.

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


asphalt driveway company Offer Bdr Teknologi <b>Kajang</b> Monteleone <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2012 06:32 PM PDT

Publish Date: 21-07-2012 09:32:04 | Contact name: Vaughn Karr | Location: Bdr Teknologi Kajang | Place: Monteleone Di Spoleto | 53 times displayed |

It's a good idea when the 1st step of concrete process sealcoating is performed inside just two years pertaining to the route having recently been produced.
Once some area might be cleaned related any debris, apply a single tach coat to make the new hot road adhere into the eliminate out area.

For more about asphalt driveway resurfacing cost visit http://portapacis.com/?page_id=61

Contact Vaughn Karr: asphalt driveway company

Send me an email with links to manage my Ad

Khamis, 26 Julai 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Geng C76 SMK <b>Kuala Kubu</b> Bharu <b>di</b> Paparich Rawang. - Kamaluddin

Posted: 07 Jul 2012 10:23 PM PDT

:: Kamaluddin ::

ads